Saint Catherine, Mesir: menuruni Gunung Sinai

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI, SINI & SINI.

why anies share entry ni? sebab masa kami mendaki, kami tak dapat nak snap foto-foto scenery sekeliling gunung. keadaan gelap yakmat! kalau guna flash pun tak nampak apa-apa.

anies dan cousin start turun dari puncak jam 8.30am. perjalanan turun sangat lancar sebab dah tak ada orang lain kecuali kami, ustaz dan juga juru pandu.

suasana pun tenang je. sambil turun kami layan scenery yang terbentang depan mata.
perjalanan turun ambil masa 2 jam. ya, sekejap je berbanding ketika mendaki. 

pun begitu entah berapa kali anies terpaksa berhenti sebab kaki sakit akibat menahan dari daripada tergelincir akibat keadaan muka bumi yang menurun / berpasir halus + batu-batuan kecil (yang boleh menyebabkan terjatuh kalau tersilap langkah).

dan... sebahagian daripada foto-foto yang sempat anies snap untuk tatapan korang...

laluan berbatu ni memang kena extra berhati-hati. selain licin ada juga batu tajam yang boleh menyebabkan luka tanpa disedari... suka tengok scenery kat belakang tu... sekali tengok macam kat Grand Canyon, kan?

nampak tak lelaki berserban merah tu? tu laa juru pandu kami. menggeleng je dia tengok kami. rasanya ni first time kot dia bawa orang mendaki lebih daripada 7 jam.😂😂😂 tapi bila turun, tahu-tahu je dia dah sampai dulu. dia ada jalan short cut sebenarnya. tapi tak diberitahu kepada pendaki sebab laluannya agak ekstrem.

kadang-kadang rasa terganggu juga laa bila mana, kaki nak melangkah berhati-hati sebab takut terjatuh tapi mata ralit nak tengok scenery...😂😂😂

sesekali toleh juga ke belakang. nak tengok betapa tinggi kita dah mendaki. masa ni ustaz dengan cousin tengah sibuk nak bergambar...

bila tengok balik foto ni rasa macam tak percaya je boleh sampai ke atas bila perhatikan laluan berbatu ni...

di lereng gunung... ya matahari dah memancar terik masa ni tapi udara sekeliling masih sejuk sebab kami masih berada di paras 1000m++

berehat kejap sambil nikmati waktu pagi @ Gunung Sinai / tak jauh dari check point ketiga. kaki dah start sakit masa ni...

laluan kat lereng gunung ni didirikan tembok untuk tujuan keselamatan... BTW cantiknyaaaa scenery kat hujung tu...

laluan kat lereng gunung. nampak je luas sebab tak berselisih dengan unta dan keldai. masa ni dah tak ada unta / keldai lagi dah... depa dah dok rehat kat bawah gunung sana tu... sebabnya tak ada siapa pun nak mendaki pada waktu tengah terik macam ni...

bila dah jauh berjalan, sesekali nak juga toleh belakang... ya Allah... masa ni barulah terasa tinggi betul gunung ni...

ni laluan antara gunung... cantik, kan?

laluan semakin landai. pun begitu, adakala kami berhenti juga sebab penat...



kat sinilah penanda permulaan pendakian. sebelum mendaki kami tak jumpa pun tanda ni. mungkin ada tapi kami tak nampak sebab gelap. ada bergambar kat sini tapi muka ya rabbi... teruk yakmat! sakit kaki + penat tahap maksimum. korang bayangkan sendirilah😂


Alhamdulillah... selesai sudah misi jalan-jalan kami ke Mesir. ya, selain misi meraikan Will yang baru habis belajar tu, menawan puncak Sinai juga termasuk dalam misi kami kali ni. 

insya Allah, our aim for the next visit is.... ehh mana boleh beritahu! tapi kalau korang betul-betul nak ikut anies ke Mesir akhir tahun depan, bolehlah PM anies ya! 

dah boleh start menabung atau bayar secara ansuran. tapi... anies cari yang betul-betul serius nak pergi. ya, yang betul-betul serius nak join.

ni bukan pilih bulu, ya! sebabnya, nak handle manusia (bawa trip) bukan setakat pegang kepercayaan (mulut ke mulut) je tau! wang ringgit, keselamatan, komitmen etc semua tu kena ambil kira

anies & the team tak nak menjanjikan trip 'bagaikan di syurga'. sebabnya apa yang penting bagi kami, trip ni berbaloi dengan $$$ yang korang keluarkan (hehe dan lagi membebel kat sini) . so, PM anies ya kalau korang nak join!👇👇

that's all for today. thanks for reading.
daaa...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

39 Words of Lo♥e

  1. Cantik gambar, macam dalam poskad pun ada.

    ReplyDelete
  2. Laluan berbatu memang lebih susah dan bahaya. Alhamdulillah Anies berjaya dan selamat turun.

    Cantik pemandangan gunung disimbah cahaya matahari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa... kalau salah langkah sure terpeleot😁

      Delete
  3. Subhanallah!
    Melihat gambar-gambar ini sungguh menginsafkan.
    Betapa Allah Maha Pencipta! Kita sebagai makhluknya dapat menikmati pemandangan yang berbeza di tempat yang berbeza!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kak. masa daki tak nampak apa2 bila dah turun baru nampak segalanya... kat sini panjat gunung ada pokok2 tp.kat sini langsung x ada kecuali rumput

      Delete
  4. Ya allah best nya trip ni. ad rezeki leyla join

    ReplyDelete
  5. seronok baca pengalaman anies di mesir. hari tu borak2 dgn geng2 makan ada gak discuss pasal nak pergi ke mesir sbb ada kawan ni baru balik dari mesir macam menarik je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok. kalau pergi mesti nak pegi lagi. jom laa ikut trip sy thn dpn

      Delete
  6. Aaaa masyaallah😍tempatnya bener² indah. Biasanya lihat di tv. Ini beneran di postingan temen blogger. Cantik2 pemandangannya walaupun bebatuan. Tapi ini tuh kesannya ughh gemes banget😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. speechless! ketika mendaki tak nampak apa apa. bila dah turun barulah terasa takjub dengan ciptaan Allah

      Delete
  7. subhanallah cantiknya gunung sinai walaupun takde pokok.. kalau bayar ansuran tak terasa sgt kan, ibarat menabung je

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg cantik sgt.

      ya. dgn byr ansuran sy nak semua org dpt merasa jln2 ke sana. sy nk semua org happy. tak rs terbeban dan dpt jln2 dgn hati yg tenang

      Delete
  8. Genial lugar te mando un beso.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ¡Absolutamente! Espero que estés aquí algún día.

      Delete
  9. Indahnya tebing"walaupun curam dan berbatu.. alhamdullilah Anies sampai juga...stttt..pak ustad bersorban merah ga kliatan tanpa kavamata...aku zoom baru jelas😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. curam berbabtu tapi sangatttt cantik...

      pak ustaz langkahnya sangat besar. sekejapan sahaja sudah tinggalkan kami di belakang😁

      Delete
  10. bila tgk gambar2 anies ni terigt kisah2 zaman nabi dahulu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bayangkan zaman nabi dulu lagiiiiiiiii susah...skrg dah byk berubah...tp tu laa... nabi sememangnya insan terpilih

      Delete
  11. Cantik anies... view yg kita x jumpa di malaysia

    ReplyDelete
  12. g terbayang panasnya seperti apa itu ya

    ReplyDelete
  13. Ma shaa Allah kuatnya Anies and the gang, tengok laluan berbatu je dah boleh agak perjalanan akan drag dan mencabar sebab salah langkah sikit boleh mendapat tu, tapi puas hati bila nampak pemandangan cantik camtu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah... terima kasih... kdg masih x percaya kami boleh smpi kt atas tu... pd hal gunung kt malaysia ni pun x penah daki😀

      Delete
  14. antara pemandangan yang cantik apabila berada di bumi anbiya...untung orang yang dapat pergi...boleh tingkatkan iman sekali gus...ya banyak kisah nabi yang berkaitan dengan tempat seperti in

    ReplyDelete
    Replies
    1. gunung yg namanya ada dlm quran. no wonder scenery nya cantik

      Delete
  15. Jalanan berbatu memang lebih susah dilalui. Apalagi kalo alas kaki tak mendukung 😅. Bakalan sering terpleset atau jatuh. Tapi di sana memang gunung batu ya kak, mau tak mau lah jalanannya pasti seperti itu juga.

    Tapi cepat juga nih, turunnya hanya 2 jam 🤣🤣🤣. Saya pikir 7 jam juga, langsung puyeng mikirnya 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya fanny. batu batuannya ada kecil ada besar. jadi kena extra berhati2

      turun tak sepenat ketika mendaki. bezanya kaki jadi cepat sakit sebab menahan cengkaman

      Delete
  16. nk bt trip boleh tp kena kaji dulu lah semua faktor tu.. bila dh siang baru boleh selfie puas2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya allah kami ada expert yg boleh bantu..
      rezeki org smpi lambat😁

      Delete
  17. cantik ciptaan Allah.. jalan nampak luas bila tak ada manusia daki

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul... kalau redup pagi tu rs nak jg berlama lamaan😀

      Delete
  18. Hehe kalau saya entah larat mendaki atau tidak. Tengok rasa lemah semangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh NA tp kena slow2 mcm sy laa...insya allah boleh punya

      Delete
  19. SubhanaAllah.. Bila tengok balik semua gambar yang Anies kongsikan ini, rasa berbaloi sangat pendakian tu kan Anies.. Tahniah tau sebab berjaya sampai ke puncak walaupun lebih masa.. Berbaoi sangat.. Tepuk bahu sikit.. Awak memang terbaik!!

    ReplyDelete
  20. InsyaAllah, ada rezeki Sha pun nak sampai ke sini..

    ReplyDelete
  21. Saya suka sekali membaca catatan perjalanan Mbak di Mesir ini. Tulisan ini sepertinya yang terakhir ya Mbak?
    Foto-fotonya demikian indah, walau dominan dengan bebatuan, tapi demikianlah alam yang terbentang di hadapan.
    Oh ya Mbak, kamera apa yang Mbak gunakan? Foto-fotonya demikian sharp.

    Salam,

    ReplyDelete
  22. Mencabar betul nak menurun dengan laluan berbatu tu. Kalau terjatuh tu confirm luka. Aduhaii..kesian pulak tengok jurupandu. Kalau saya lebih 7 jam tu. hihi..bertabahlah dia menunggu kan. View memang superb kat sini.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆