receptionist counter. staf hotel ni peramah sangat walaupun tak fasih berbahasa Inggeris. dia banyak berkomunikasi dengan our tour guide je. cantik kan ruangan ni?
17C Tran Hung Dao Street, 10 Ward, Dalat City, Old Train Station, Dalat, Lam Dong, Vietnam, 02633.
jom main teka-teka!korang rasa, anies dapat vaksin apa?a) AstraZanecab) Sinovacc) Pfizerd) Sinopharmdan jawapannya adalah: 🅱
Umum mengetahui Sultan Johor merupakan antara ‘collector’ kereta terkenal di Malaysia yang memiliki pelbagai jenis kenderaan klasik dan moden selain dijaga rapi dalam garajnya.
Semalam, DYMM Sultan Johor hadir ke majlis perasmian Pembukaan Penggal Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri Johor Ke-14 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor Bahru.
Kehadiran baginda bersama DYAM Tengku Mahkota Johor (TMJ) ke majlis tersebut telah mencuri tumpuan ramai apabila baginda dan anakandanya menaiki kereta jenama Genesis yang rare dan jarang ditemui atas jalan raya di Malaysia.
Genesis G90L merupakan kereta limosin mewah yang dihasilkan pembuat kereta mewah dari Korea, Genesis. Jenama ini merupakan division kenderaan mewah untuk Hyundai Motor Group sejak 2015.
Model limosin mewah ini baru sahaja diperkenalkan di Korea pada awal bulan Julai lalu dan hadir dengan dua fungsi standard iaitu ‘Genesis Adaptive Control Suspension’ yang mengutamakan keselesaan penumpang dan ‘Intelligent Front-Lighting System’ yang dapat mengawal lampu hadapan secara automatik.
Jika pemilik limosin mewah ini mahu tampak lebih bergaya, Genesis memberikan pilihan untuk upgrade rim tayar menjadi saiz 19-inci.
Lebih menarik lagi, model Genesis G90 hadir dengan edisi khas ‘G90 Stardust’ yang hanya dihasilkan 50 unit sahaja untuk pasaran Korea. Interior design kereta ini menggunakan material kulit dua-tona dan metallic pore Ash wood untuk menambahkan eksklusiviti limosin mewah ini.
Melihat reka bentuk yang eksklusif dan premium, tidak hairanlah DYMM Sultan Johor memilih model kereta dari Korea ini dan menjadikannya kenderaan rasmi untuk menghadiri majlis-majlis rasmi.
Zhong Shanshan dilahirkan pada 1954 di Hangzhou, China dan berhenti sekolah di usia 12 tahun. Beliau telah mencuba pelbagai bidang pekerjaan termasuk pembinaan, penanaman cendawan, penjualan minuman dan bekerja dalam bidang kewartawanan.
Pada 1996, beliau memutuskan untuk membuka syarikat sendiri yang diberi nama Nongfu Springs. Syarikat ini menghasilkan air minuman botol dan ia berkembang dengan pantas selain menjadi produk minuman yang terkenal di China.
Selama bertahun-tahun menjalankan bisnes, syarikatnya telah menjadi syarikat minuman terkemuka di China. Tetapi kejayaan terbesarnya adalah berpunca daripada keputusan beliau untuk membangunkan Beijing Wantai Biological Pharmacy Enterprise yang menjadi syarikat pembuatan vaksin bagi mengekang penularan COVID-19.
Di kala pandemik berleluasa, saham Beijing Wantai Biological Pharmacy Enterprise meningkat lebih daripada 2000% dan saham Nongfu Springs turut melonjak naik hingga 155%.
Kekayaan bersih beliau kini adalah sebanyak USD71.9 bilion dan semakin meningkat. Pencapaian ini menjadi lebih bersejarah kerana beliau sama sekali tidak terkenal di luar negara mahupun di China.
Beliau juga tidak pernah terlibat dalam dunia politik dan amat menjaga kepentingan perniagaan. Beliau juga sendiri tidak terlibat dengan mana-mana keluarga kaya lain termasuklah dengan pihak media.
Kekayaannya kini telah mengatasi hartawan-hartawan teknologi China lain seperti pengasas Pinduoduo, Colin Huang (USD66 bilion), pengasas Tencent, Pony Ma (USD58.2 bilion) dan pengasas Alibaba, Jack Ma (USD51.5 bilion).
Kesimpulannya, kekayaan Zhong Shanshan datang daripada hasil kebijaksanaannya yang pandai mengambil peluang dan disiplin tinggi. Selain daripada itu, beliau tidak pernah berputus asa walaupun pelbagai ujian yang mendatang.
Di sebalik pandemik, beliau dilihat menjadi semakin kaya-raya. Beliau pernah berkata “dalam dunia bisnes, saya hanya mahu berbisnes sahaja” dan kurang bergaul dengan orang lain. Sebab itulah beliau digelar ‘lone wolf’.
diubahsuai daripada artikel INI.