✿...السلام عليكم✿
Bersambung dari SINI.
Kami habiskan masa lebih kurang 2 jam plus plus di sekitar Angkor Wat. bila matahari dah meninggi, Salim pun terus bawa kami ke tempat lain.
dalam perjalanan, kami ternampak tugu singa tapi tak ada sebarang monumen kat situ. then Salim beritahu, kalau nak tengok kena mendaki.
aduyaiii... kalau kena mendaki memang tak dapek laa nak nolong. jadinya, kami cuma bergambar sahaja di kaki bukit.
dari pembacaan anies, mostly para pelancong datang ke sini pada sebelah petang sebab mereka boleh saksikan view menarik ketika sunset. so no wonder laa, masa kami sampai, tak ada orang pun kat area tu.
masa nak beredar, kami nampak orang menunggang gajah. kata Salim, sapa nak naik and tengok Phnom Bakheng tapi tak larat nak daki, boleh guna khidmat gajah tu. kalau tak silap, bayaran yang dikenakan USD10 plus plus!
dari Phnom Bakheng, kami beredar ke Baksei Cham Krong. jarak antaranya tak laa jauh mana. jalan kaki pun boleh. tapi kami ni mengada2 sikit. nak juga naik tuk tuk. hahaha... si Salim pulak on je...
tiba je depan Baksei Cham Krong (BCK) ni, perkara pertama sekali yang anies tengok adalah binaannya. yang ni totally tak sama langsung dengan binaan Angkor Wat. batu yang digunakan hampir sama dengan batu yang membina A' Famosa kat Melaka tu. mmm.... ni sesuatu yang menarik! tapi ni cuma pandangan anies je. entah betul ke tak, tu cerita lain ya.
dari segi bentuk pulak, BCK ni macam piramid. so, kami pun nak try laa panjat. bila dah panjat... mak oiiii curamnya tangga! sejuk tapak kaki nak oiii... ada 3 level tapi kami panjat 1 level je. tak sanggup rasanya nak naik sampai ke puncak walaupun ada je yang buat. curam ya amat tangganya. dah laa kami tak pakai kasut. karang sia2 je tergolek bak nangka busuk...
well tu je laa mukadimahnya. nak cerita panjang2 pun, bukannya arif sangat... jadi layankan je laa gambar2 yang sempat kami snap ni...
enjoy!!
laluan menuju ke Phnom Bakheng (PB). kalau korang nak tengok macam mana monumen ni, google je laa yek!
antara info yang terdapat di situ...
dua patung singa bersebelahan laluan ke PB...
dari PB kami ke Baksei Cham Krong (BCK)
dari jauh macam tak tinggi mana pun...
dinding BCK...
tangga... memang curam gila. pastu sempit plak tu. mereka2 yang berkaki panjang tu, kalau nak panjat terpaksa guna hujung kaki je...
laluan tepi BCK...
nak jugak panjat walaupun kaki dah seram sejuk...
lepas 10 minit baru laa sampai di tingkat 1...fuhhh berpeluh!
dah sampai level 1, kami keliling BCK...masa ni pun seram sejuk juga sebab boleh tahan tinggi juga...
setengah jam di sini dah memadai.. so sebelum beredar, haruslah posing dulu...
tu je... thanks 4 reading.
have a nice weekends everyone!