kepercayaan pertama: ada orang rindu kat korang!
kepercayaan kedua: bila dah gugur tu, cepat-cepat letak kat kepala. nanti rambut korang cepat panjang!
kepercayaan ketiga: nak tumbuh bulu baru. sesuwai dengan hormon korang yang maha hebat!
kepercayaan keempat: dah tak lama da tuuuuu...
masa kecik2 dulu, entah kenapa amat mempercayai amalan super karut ni...
eleh, korang pun sama jugak kan? kan?
kepercayaan kedua: bila dah gugur tu, cepat-cepat letak kat kepala. nanti rambut korang cepat panjang!
kepercayaan ketiga: nak tumbuh bulu baru. sesuwai dengan hormon korang yang maha hebat!
kepercayaan keempat: dah tak lama da tuuuuu...
>>::<<
eleh, korang pun sama jugak kan? kan?
ni bulu mata anies. dia gugur tiap2 ari sebab rindu kat incek comei ;-)
(jangan pecaya okey!)
Sewaktu berbuka dengan officemate tempohari, entah macam mana tajuk borak-borak kami tersentuh bab 'secret admirer' ni.
lalu, masing-masing menceritakan tentang 'secret admirer'.
dari satu cerita ke satu cerita, ketawa antara kami pasti tercetus.
di akhir perbualan, timbul persoalan: kenapa la terlalu naif dan kasihannya diri ini semata-mata kerana 'secret admirer'?
bohonglah kalau ditanya tidak penah mempunyai 'secret admirer'.
lebih 'memburukkan keadaan' ada yang sanggup buat perkara yang tidak pernah terfikir di fikiran semata-mata nak tagih perhatian si dia.
meskipun dalam hati mengakui bahawa si dia itu 'out of reach' namun desakan hati serta dorongan nafsu membuatkan diri kita terkesima seketika.
lalu hanyutlah diri dalam fantasi yang tidak bertepi.
pun begitu, jika ada yang bernasib baik, maka tidaklah dicop sebagai 'bertepuk sebelah tangan'.
jika sebaliknya... mmm 'makan hati berulam jantung' la jawabnya.
apa-apa pun, bagi anies 'secret admirer' ni mengajar banyak perkara especially time study dulu.
mungkin kerana kewujudan 'secret admirer' ni, anies rasa bersemangat nak hadiri kuliah, bersemangat nak score yang terbaik dan juga bersemangat untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar meskipun 'secret admirer' tu dah habis belajar.
bagaimana dengan korang semua? mesti tersenyum-senyum mengenangkan 'secret admirer' yang pernah bertakhta di hati korang tu kan?

Setiap kali Ramadan menjelma, salah satu perkara yang tak mungkin anies lupa ialah peristiwa yang berlaku pada tahun 1998.
masa tu, Ramadan jatuh pada bulan Januari, serentak dengan sesi persekolahan baru.
tahun tu, kami sekeluarga dimurahkan rezeki oleh-Nya.
bukan sahaja dapat menyambut Ramadan tetapi juga diberi peluang menjadi tetamu-Nya buat pertama kali.
ya, tahun tu kami sekeluarga mengerjakan umrah di tanah suci selama lebih kurang 13 hari.
pada mulanya anies tak nak pegi tapi setelah dipujuk, akhirnya akur juga.
tu pun selepas dirasuah dengan tiga helai jubah! ;-)
kami bertolak ke Mekah pada 8 Ramadan kira-kira jam 11 malam.
masa tu KLIA belum dibuka lagi.
dari Subang terus ke airport King Fadh.
tiba kat sana masa tu waktu Subuh.
kami dah siap bersahur dan niat miqat dalam flight.
lepas Subuh, kami tunggu bas untuk dibawa ke Madinah.
naik je bas terus qada' tidur.
sebab sepanjang perjalanan tak dapat nak lelapkan mata kerana terlalu eksaited naik flight for the first time!
celik2 mata dah sampai Madinah and waktu ketika tu dah hampir 11 pagi.
sampai kat hotel terus bersiap-siap sebab dah nak pergi solat Zohor.
masa tu Zohor di sana lebih kurang pukul 12.30 tengahari!
kami duduk di Madinah lebih kurang 4 hari dan sepanjang berada di sini, sempat kami menziarahi makam nabi SAW, perkuburan Baqi', medan Uhud, masjid Qiblatain serta pasar kurma.
salah satu suasana yang tak mungkin dapat di Malaysia ialah ketika berbuka puasa.
sangat2 happening!
pendek kata, kami tak perlu beli makanan sebab sepanjang beriktikaf dalam masjid, orang datang beri makanan.
sampai tak muat ruang dalam perut ni!
tu tak kira makanan kat hotel!
mau balik Malaysia, berat badan naik 4 kilo!
selepas Zohor dan bermiqat di Bir Ali, kami bertolak ke Mekah.
perjalanan yang jauh tu dihiasi dengan padang pasir yang sangat2 luas.
so zzzz je la di kala orang lain sibuk bertalbiah.
kami tiba di Mekah kira-kira dalam pukul 5pm.
kala tu, mungkin Allah nak uji kami.
kami diturunkan dari bas di satu tempat yang agak jauh dari hotel.
disebabkan itu kami terpaksa 'berkelana' depan kedai selama 3 jam sampai nak masuk waktu Isyak.
orang yang bertanggungjawab menguruskan kami tu sangkakan bahawa kami dah selamat tiba di hotel, malangnya kami rupa-rupanya tersadai di tepi jalan.
nak tak nak terpaksa telefon pengurusan di Malaysia walaupun masa tu waktu Malaysia dah pukul 11 malam.
alhamdulillah, akhirnya kami tiba jua di hotel.
penat tak yah nak cakaplah.
makan, rehat then malam tu juga, sekitar pukul 12am kami turun juga ke Masjdil haram.
kami tahu time tu orang dah tak ramai kat sana.
first time tengok Kaabah depan mata, rasa sangat2 kerdil.
sangat2 insaf.
terus kami solat Isyak- terawih sebelum balik semula ke hotel.
dalam pukul 3 pagi, kami dah sahur.
oh ya, makanan kami disediakan oleh tukang masak dari Indon.
so tak la rasa kempunan dengan masakan kat rumah.
hari-hari kami di Mekah berlangsung dengan baik.
lepas Subuh, terus je buat umrah.
habis umrah dah tengahari.
tau-tau je dah masuk time berbuka.
berbuka di Mekah sama macam di Madinah.
sangat2 meriah!
paling anies tak lupa, anies sanggup keluar masuk masjid semata-mata nak dapatkan roti kurma yang sangat2 best!
sik baik la orang tu tak perasan!
lagi satu, kat Mekah; time bulan puasa ni la kita dapat tengok orang Arab yang kaya raya tu memberi sedekah non-stop!
makanan ke, duit ke... main campak2 je!
namun seperkara yang tidak mungkin anies lupa ialah ketika melakukan tawaf.
ketika tu, cuma anies dengan jiran anies je yang buat tawaf.
tiba-tiba, hujan turun dengan lebatnya.
masa tu baru je masuk pusingan pertama.
kami tak pedulikan hujan.
terus mengerjakan tawaf sampai selesai.
alhamdulillah, sebaik sahaja tawaf selesai, telekung dan baju yang kami pakai tu kering serta merta!
balik hotel, kami cerita hal ni kepada family members yang lain.
rupanya-rupa hanya kami berdua je yang mengalami peristiwa tu.
mereka; masa tu dah habis mengerjakan umrah dan hanya menunggu kami di satu sudut dalam masjid.
benar kata orang, kalau dah pergi sekali akan rasa nak pergi lagi.
tu la yang anies rasa sekarang.
kalau ada peluang dan rezeki, nak pegi lagi.
tapi bila ya?
google
Anies tau, korang mesti dah lama mengidam.
mengidam pe lagi kalau bukan KAD RAYA, rite?
agak2 nyer la... dah berapa kurun korang tak dapat kad raya?
cer cer cite!
well, sempena kedatangan bulan Syawal, anies dengan setulus hatinya nak bagi korang semua..
ye korang semua la..
yang sudi menskodeng blog anies ni..
all you have to is JUST DROP YOUR REAL NAME & MAIL ADDRESS.
kat ne?
kat ruangan komen kat bawah ni la...
then tunggu je la kad raya ni sampai.
NO GUARANTEE kad ni sampai SEBELUM OR SELEPAS RAYA.
then satu lagi.
hanya 10 KOMEN TERAWAL SAHAJA ye!
so tunggu pe lagi!
do it now!

ada dua jenis kad raya. satu kad berlipat tiga (kiri) dan satu lagi kad raya berbentuk poster. and korang akan dapat salah satu nyer
all you have to is JUST DROP YOUR REAL NAME & MAIL ADDRESS.
kat ne?
kat ruangan komen kat bawah ni la...
then tunggu je la kad raya ni sampai.
NO GUARANTEE kad ni sampai SEBELUM OR SELEPAS RAYA.
then satu lagi.
hanya 10 KOMEN TERAWAL SAHAJA ye!
so tunggu pe lagi!
do it now!
Sebut je pasal bubur lambuk, pastinya dah sinonim dengan Masjid Kampung Baru.
mmm ada yang tak penah rasa ke?
ah, kalau tak penah cuba2 la jenguk kat masjid tu sempena bulan puasa ni.
pastikan anda mai awal.
kalau tak, melopong je la sebab dah kehabisan esp. weekend.
well, ni bukan nak cakap pasal bubur lambuk Kampung Baru or yang seangkatan dengannya.
tapi nak share dengan yu ols, 'benda-benda' yang jarang-jarang dapat dilihat di sebalik pembikinan bubur lambuk ni...
kesempatan singgah kat masjid Kampung Baru tempohari, sempat la anies snap beberapa pic untuk tatapan korang.
so, layannnzzzz....

Masjid Kampung Baru
dapur masjid. di sini terdapat entah berapa puluh dapur masak khas untuk masak bubur lambuk
stor penyimpanan barang-barang kering
hah, ni la deretan periuk-periuk yang digunakan untuk masak bubur lambuk. dengar kabar, ada lebih kurang 40++ periuk di sini. so bayangkanlah, berapa bungkus bubur lambuk dapat diedarkan dalam sehari? (katakan 1 periuk boleh dapat 200 bungkus. so 40 x 200 = 8000 bungkus!! ohmaigod!)
deretan periuk-periuk yang ditambat dengan rantai besi dan bermangga
err yang ni bukan bubur lambuk ya. tapi chicken chop kat HR Kampung Baru. kedai paling pemes dengan chicken chop, lamb chop, chopstik etc. so kepada yang masih berniat puasa dan beragama Islam itu, sila abaikan pic ini. sekian terima kasih.
Sekadar untuk renungan:
belanja makan minum sepanjang Ramadan ......... sehari RM20 X 29 hari (RM580)
zakat fitrah .......... (RM50)
baju raya (anak-anak) ............ (RM200)
baju raya (mak ayah) ............. (RM250)
service kereta sebelum balik kampung .......... (RM350)
minyak + tol .......... (RM400)
barangan buat kuih raya / kuih raya tunjuk .......... (RM250)
duit raya untuk dalam sampul ........... (RM200)
belanja makan minum: ketupat, daging, rempah etc ............ (RM200)
belanja kecemasan ........... (RM400)
duit belanja balik dari kampung ........... (RM500)
google
jumlah MINIMA untuk family kecik = RM3400!!!