✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Ehh... apahal tiba-tiba pergi sini? nak pergi Türkiye ke, anies? amboiiii diam-diam je yaaa...
hahaha... (gelak ntah hape hape) sabar... sabarrr... jangan terpedaya. baca dulu apa yang anies nak kongsikan ni ya.
.
.
.
setiba di kaunter khidmat pelanggan, Menara Prestige, KL:
anies: saya nak ke office Turkish Airlines. tingkat berapa ya?
staf: maaf, cik. office Turkish Airlines dah tutup!
anies: hah, dah tutup? ya ke? dah lama ke?
staf: dah 2 tahun cik.
anies: means, dari sebelum PKP lagi dah tutup?
staf: ya betul.
anies: sebenarnya saya datang nak tanya fasal tiket mama saya. kami dah call, emel... tapi tak ada balasan. jadi, alang-alang dah ada kat sini, so saya singgahlah. nak cuba nasib.
staf: maaflah cik, kami tak dapat bantu. hmm... apa kata cik try pergi bangunan sebelah? Turkish Tourism Office. memang tak ada kaitan tapi mungkin diorang boleh bantu.
anies: okey, okey. saya cuba.
dengan hati yang berat, anies pun pergilah ke Turkish Tourism Office (TTO) yang cuma bersebelahan je dengan Menara Prestige.
setiba di office TTO, pada mulanya anies just nak tanya tentang keberadaan office Turkish Airlines. then...
staf TTO: hah? dah pindah? biar betul?
anies cuma mampu ketawa bila staf TTO tanya begitu. nampaknya dia pun tak tahu ke mana 'menghilangnya' office Turkish Airlines. dah balik Istanbul kot?
dan dari pertanyaan tu, perbualan kami meleret masuk bab-bab pelancongan di Türkiye. macam-macam kami bualkan sampai terlupa tujuan asal ke situ.
sebelum beredar, staf TTO sempat beri sedikit cenderamata. rasa terharu pula. sebab anies datang bukan tujuan nak dapatkan info daripada mereka.
situasi ni mengingatkan anies kunjungan ke Taiwan Visitor Association (TVA) (boleh baca kat SINI) beberapa tahun lepas.
so, anies anggap semua ni... rezeki ke Türkiye... aminnn...
ni lah lokasinya... terletak di jalan P. Ramlee, KL.
bila melangkah masuk, akan nampak ni dulu...
pelbagai jenis pamphlet berkaitan produk pelancongan di Türkiye ada di sini. bole ambil. FOC.
ruang pejabat TTO.
cenderahati daripada pihak TTO. woven bag, small note book, pen & sekeping coaster. dalam woven bag tu, ada macam-macam pamphlet anies ambil.
okey, tu sahaja perkongsian untuk hari ni. tak ada apa-apa yang istimewa. cuma rasa teruja dapat hadiah yang tak disangka. terima kasih TTO. dan terima kasih juga kepada korang yang sudi baca dan komen.
daaaa...