✿...السلام عليكم✿
Waduuhhhh... Dah laa lama tak menjengukkan muka, batang hidung dan lesung pipit… tetiba up cerita pasal gi Vietnam. Hahaha… nampak sangat bila ada ‘mood best’ baru nak bercerita… kan? Kan?
Tu laa namanya mem besar… mood dia bukan sahaja dah ke laut malah ke petala langit ke tujuh gitewww…
Okey laa… balik kepada tajuk… sebenarnya ke HCM ni tak dirancang pun. diulangi: tak rancang pun!
Tetiba suatu hari tu ada laa 2 hamba Allah tuuu… (u know who u r) sesibuk dok me’wasap’ kite time tengah keje… beria-ria sampai berguling2 atas lantai dok mengajak kite ke HCM. Ishhh geram pulak kite dibuatnya! Kot ye pun sampai tak menyempat2. Beri laa kite ni masa nak memikir… ekekeke…
Akhirnya selepas tamat sesi hasut menghasut ugut mengugut dan siap ada acu pisau kat leher (nak nampak dramatic) maka kite pun setuju laa… uh!!! Apa lagi, melompat bintang laa 2 makhluk yang bernama manusia tu… ekekeke...
Then, pejam celik pejam celik… tinggal sehari je sebelum berlepas… masa tu laa semuanya tak kena. Dah masuk barang dalam beg, keluarkan semula. Itu je laa kerjanya sampai kol 3 pagi hahaha… tapi ni bukan kes mem besar ya! Ni kes orang yang duduk kat selatan Zimbabwe tu ;-)
FYI, kamiorang pergi berenam. Ya! Bukan sorang, bukan dua orang bukan tiga orang tapi enam orang. Semuanya pompuan! Hah! Tengok berani ke tak berani tu! Hehehe… tapi berani sekejap je… tengok laa nanti dah sampai HCM…
Kami berlepas dari sini. Direct flight sampai laa ke Tan Son Nhat International Airport. Alhamdulillah, perjalanan selama 1 jam 40 minit smooth je.
Cuaca pun baik. View Vietnam beberapa minit sebelum mendarat.
Kami sampai lebih kurang pukul 1.30 petang waktu HCM. Selesai urusan imegresen, kami terus keluar cari tour guide…
Hah, kat sini laa bermulanya sifat kami yang tak berapa nak berani tu… ekekeke…
van yang besar gedabak ni laa yang kami naik sepanjang berada di HCM. best dan selesa. ada wi-fi tapi wi-fi hidup segan mati tak mahu... mmmm...
Okey… apa yang terjadi pada kami lepas tu?
Tungguuu….