✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Cuti sempena Hari Merdeka hari tu korang pergi mana? ada yang pergi Dataran Putrajaya ke untuk saksikan perarakan? atau tengok kat rumah (TV) sambil makan nasi lemak sambal paru berlado & teh tarik kaw? cer cite!
pada mulanya anies memang ada plan nak pergi. tapi disebabkan dah 2 hari perut asyik meragam je, jadinya baik tak payah pergi laa... karang tercirit kat sana, buat niaya je😂😂 sebagai ganti (konon-kononnya nak celebrate merdeka), anies ke bangunan kedua tertinggi di dunia iaitu Merdeka 118.
walaupun belum dibuka secara rasmi tapi para pelawat dibenarkan masuk kat tingkat bawah bangunan je.
kalau nak naik sampai ke tingkat 118 atau melayan panorama bandar KL, apa kata korang booking je hotel tertinggi di Malaysia iaitu Park Hyatt Hotel yang dah pun menerima tetamunya sejak bulan lepas.
anies ke sini naik MRT dan turun kat stesen Merdeka. lepas tu keluar melalui pintu A. then kena jalan sikit untuk sampai ke east entrance of Merdeka 118. kalau korang naik Monorel pula, boleh turun kat stesen Maharajalela dan jalan beberapa minit untuk ke Merdeka 118.
replika Merdeka 118 dan bangunan-bangunan sekitarnya.
agak-agak nanti kalau 118 Mall dah buka, The Exchange TRX akan tergugat tak?
short video inside Merdeka 118. tapi ground floor je laa...
bawa bekal roti ni tapi tak makan pun. korang dah dapat / try roti baru ni? anies jumpa kat AEON. kat 7Eleven tak ada lagi. yang suka pedas, kompem suka roti ni. harga: RM2.60 sebungkus.
khabarnya Merdeka 118 ni bakal siap sepenuhnya pada Januari 2027. nanti bila semua dah ready, anies nak datang lagi. tak puas tengok bangunan kosong je.
well... tu je laa cerita untuk hari ni. thanks for reading...
daaa