✿...السلام عليكم✿
Bersambung dari SINI.
usai ronda2, posing sana posing sini kat Eiffle tower tu, kami pun terus gerak ke Lafayette dengan teksi.
sama macam Champs-Élysées, Lafayette juga adalah antara tempat tumpuan kaki2 shopping. tapi kat sini, ia sama je macam KLCC, Lot 10, The Garden etc. bukan butik sebuah-sebuah... (faham tak ni?)
jarak dari Eiffle tower ke Lafayette lebih kurang 4.2km je.
hari tu tak dan nak snap pintu masuk sebab cuaca sejuk sangat. ni salah satu bangunan Lafayette dari 3 buah bangunan yang ada... boleh shopping sampai kejung 😁😁tapi hari tu kami masuk 2 bangunan je...
khabarnya ada 3500 brands dari seluruh dunia 'menginap' kat kat Lafayette ni... hah, masuk dan cari je apa yang berkenan...
anies suka cara diorang display barang2 kat sini... simple dan menarik...
ni deco je...tak jual ya pasu2 tu...
salah satu cara diorang display barang2 yang ada... menarik!
tak tau laa... diskaun tu tiap2 hari atau hanya pada hari2 tertentu je... sebab tu ramai yang mabuk dan pitam bila masuk Lafayette ni 😁😁😁
habis satu bangunan, kami masuk bangunan yang lain. kalau tadi, bangunan yang penuh dengan barang2 / koleksi untuk lelaki je. bangunan kat sebelahnya pula, barang2 / koleksi untuk perempuan pulak...
salah satunya... minyak wangi... kami stop kat sini sebab si Nurul berkenan dengan salah satu perfume NR yang ada...
kalau tak silap, yang ni NR limited edition punya sempena hari jadi NR... wangi tau. botol dia pun cantik. warna warni. dan tak de kat market Malaysia. tapi yang ni cuma pamplet je...
arghh...berkenan sungguh anies dengan handbag Sophie Hulme ni... yang colourful tu... cantik kan?
yang ni tak payah diperkenalkan... nak masuk pun seram je... 😂😂😂
beg2 ni (tak ingat jenama apa) cuma 40 euro anggap macam RM40 😀😀 je tau... siap ada diskaun lagi...
antara landmark Lafayette... bumbung merah ni... cantik kan?
ingat tak... anies ada tanya apa jenama beg ni? sebenarnya... anies pun tak tau... main snap je sebab nampak cantik dan colourful...
tengok tu! sampai senget2 bahu dia bershopping sakan... 😁😁😁 btw, sila jangan percaya. mem besar cuma jadi tukang angkat beg je. membelinya tak... dapat cuci2 mata kat sini pun dah cukup...
okey... tu je untuk hari ni...
thanks 4 reading...
to be continued...
p/s BW sebelah petang nanti...