✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Minggu lepas anies share fasal ais krim Magnum (boleh baca kat SINI), hari ni nak share tentang ais krim Mango Sticky Rice dari 'variasi' ais krim La Cremeria.
bagi anies 'kemunculan' (tempoh masa) ais krim ni dikeluarkan terlalu cepat selepas ais krim La Cremeria Hazelnut.
lepas beberapa instafamous buat food review barulah 'nampak' ais krim ni 'laku' kat kedai-kedai.
ni laa ais krimnya. ia mungkin diinspirasi daripada dessert terkenal Thailand iaitu pulut mangga...
sorry laa ya terpaksa guna food filter sebab nak nampakkan isi ais krim ni. masa buka pembalut, ais krim ni dah cair sikit. dari segi saiznya sama je macam ais krim yang lain.
bila dah makan... so rasanya? personally kecewa sikit sebab ais krim ni macam mango yogurt. rasa pulut pun tak ada. lebih banyak rasa susu. tahap kemanisan pula... sedang sedang je.
overall, dari ⭐⭐⭐⭐⭐ anies bagi ⭐1/2 je untuk ais krim. sorry ya untuk peminat ais krim ni... selera kita berbeza laa😀
harga sebatang ais krim ni adalah RM4.00. boleh dibeli di pasar raya atau kedai-kedai runcit berhampiran.
p/s terima kasih banyak banyak atas ucapan & doa hari lahir tempoh hari...💗