✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Yeayyy... kerja-kerja BW dah pun selesai. tapi kan guys... ada blog yang tak ada link. jadi anies tak dapat nak BW macam biasa. so, korang tolonglah update dekat blogger profile tu. jangan kata nanti anies sombong tak nak 'datang rumah' korang pulak. pada hal... link dah tak ada. macam mana tu?
>>::<<
Bulan lepas ada kursus 3 hari kat Setapak. so anies decide untuk stay kat hotel je. senang kerja! badan pun tak penat.
Hotel Smile ni bolehlah dianggap sebagai hotel bajet yang berbaloi di sekitar area KL. sebelum ni, anies pernah menginap kat Hotel Smile, Wangsa Maju.
untuk 3 hari, anies kena bayar sebanyak RM297.12 untuk bilik single. Alhamdulillah, menginap kat sini nak kata best sangat tu, taklah. okay je. cuma yang tak best nya, ada suatu malam tu tengah syok syok layan movie, tiba-tiba pintu bilik diketuk!
>>::<<
"Nabil! Nabil! Nabil!" jerit suara di sebalik pintu.
anies dah berkerut kening. bila masa pula aku stay dengan Nabil ni? tanpa buka pintu, anies pun jerit dari dalam.
"tak ada orang nama Nabil kat dalam ni. saya seorang je!" (gila ke apa? nak kena tangkap khalwat ke stay dengan jantan?)
tak sampai seminit, terdengar bunyi kecoh kat depan bilik. anies malas nak ambil pusing. tiba-tiba, telefon berbunyi.
"Cik, minta maaf ya. Ada orang ketuk pintu bilik ya?" soal receptionist.
"Ha'ah. Dia cari Nabil. Pada hal saya seorang je dalam bilik ni," balas anies.
"Maaf ya, cik. Kami dah halang dia dari naik ke atas tapi dia degil," ujar receptionist lagi.
"Okay, okay," balas anies, mematikan perbualan.
>>::<<
well tu je laa ceritanya. esok hari anies tanya receptionist, apa jadi dengan orang yang cari Nabil tu? katanya, diorang dah halau keluar. adehhh... macam-macam hal!
oh, ya! lupa nak beritahu. lokasi hotel ni berhadapan dengan Setapak Central. tapi nak melintas jalan tu, ya Rabbi... punyalah lama sebab kenderaan sangat banyak dan laju! kena hati kering sebelum melintas!
dari segi kebersihan, anies puas hati. semua peralatan berfungsi dengan baik. since menginap di bilik single, sempit tu perkara biasa. terpaksa solat depan pintu tandas. tapi anies dah standby tuala siap-siap sebagai alas. then, kalau korang nak pakej sekali dengan sarapan, korang kena tambah dalam RM10 - RM20.
okey laa... layan je gambar yang ada ni.
depan hotel. ada parking di sini kalau korang datang bawa kenderaan.
ruang santai di depan kaunter receptionist.
main entrance dan kaunter receptionist (kanan).
lif. kalau nak guna (bilik) iron atau surau, make sure korang guna lif ya. jangan guna tangga. confirm tak sampai.
koridor depan bilik (bangunan sebelah). FYI, hotel ni ada dua bangunan saling bersebelahan dan dipisahkan dengan tangga dan lif di tengah-tengahnya.
anies menginap kat bilik ni.
ruang yang memisahkan antara 2 bangunan. di sebelah kanan gambar ada tangga. kotak hitam (kiri) tu water dispenser.
katil single untuk bilik single. takkan nak letak katil super king pula untuk bilik single, kan? gila ke apa?😅
bilik ni tak ada almari/wardrobe. ada penyangkut je. then, channel TV pun cuma ada 4 je. kalau nak channel banyak, sila tonton TV di rumah sendiri!😅
everything is okay dengan bilik air ni. cuma hand held bidet sprayer tu je yang 'ketat' sampai sakit tangan dibuatnya bila mencuci dalam tempoh yang lama.
pintu bilik. ada kala access card lambat detect and ambil masa untuk pintu dibuka.
well tu jelah perkongsian untuk kali. thank 4 reading.
daaaaa
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Jumaat lepas telah berlangsung majlis pernikahan pak cik anies yang kami panggil Alang. majlis berlangsung kat mini auditorium, Masjid Al Azim, Melaka pada jam 9.30am.
musim pandemik macam ni tak perlu majlis yang gah. cukup syarat berkahwin, then proceed je. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. dan secara rasminya kami dapat 'mak cik' baru😀
then, lepas solat Jumaat kami terus bertolak ke Ayer Keroh Country Club (AKCC). Alang buat majlis hi tea simple untuk kedua keluarga. so secara tak langsung dapatlah kami berkenalan dengan ahli keluarga baru.
btw, gambar tak banyak. yang mana sempat je anies snap untuk share kat sini. selebihnya ada kat hp orang lain😁
mini auditorium Masjid Al Azim, Melaka. lokasi di mana majlis pernikahan berlangsung. selain Alang, ada 2 - 3 pasangan pengantin turut melangsungkan pernikahan kat sini.
antara menu jamuan hi tea @ AKCC
kuih-muih / dessert
laksa nyonya
taugeh goreng, ayam masak lemak & daging masak asam pedas. first time anies rasa masak asam pedas ni, kaw kaw dia punya pedas🔥
butter chicken, timun, salad, ikan masin, telur asin, sambal belacan & buah-buahan
cer teka... mana satu 'mak lang' baru kami? kanan ke... kiri?😉
p/s masa untuk BW! get set go!!!🏃🏃💪💪
thanks 4 reading... daaa
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Semalam telah berlangsung Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan kita pun dah tahu parti mana yang akan memerintah Johor untuk tempoh 5 tahun akan datang.
sebenarnya ini kali kedua anies jadi PACA selepas PRN Melaka pada bulan 11, tahun lepas.
tag / pas bertugas, Borang Sumpah Kerahsiaan, salinan kad pengenalan berwarna & Borang Pelantikan ejen (belakang borang pink) wajib ada dan mesti bawa ke bilik mengundi. jika gagal, ETM tidak dibenarkan masuk / bertugas.
apa tu PACA? PACA adalah akronim daripada Polling Agent & Counting Agent atau dalam bahasa Melayunya dipanggil Ejen Tempat Mengundi (ETM) & Ejen Mengira Undi (EMU).
Dalam kedua-dua PRN, anies ditugaskan sebagai Ejen Tempat Mengundi (ETM). Kalau korang masuk bilik mengundi, selain pegawai-pegawai SPR, korang pasti akan nampak 3 atau 4 pegawai lain berada di sudut bilik. Haa... tu laa ETM.
ETM ni terdiri daripada orang awam yang juga bertanggungjawab untuk memastikan proses pengundian dapat berjalan lancar.
Daripada tugas ETM juga sesebuah parti yang bertanding dapat mengenal pasti (jangkaan awal) peratusan yang keluar mengundi, kumpulan pengundi parti sekian sekian dan sebagainya.
Syif anies bermula jam 12.30 - 3.00. tapi anies bertolak awal sebab kawasan yang anies bertugas ni, anies tak pernah sampai lagi.
OTW ke Serom, singgah dulu pekan Merlimau untuk bersarapan. lepas tu barulah bertolak ke Serom melalui pekan Sungai Rambai - Kampung Kesang Tasik.
sarapan nasi lemak + telur mata + teh tarik suam.
jarak dari Kampung Kesang Tasik ke Serom tak jauh mana pun. lepas kenal pasti pusat mengundi, anies ambil kesempatan untuk berjalan-jalan sampai ke Kangkar.
Pekan Kangkar, Johor.
dalam jam 12.15, anies pun bertolak ke SMK Tengku Mahmud Iskandar (SMKTMI). di sini merupakan salah satu pusat pengundian bagi N. 11 Serom yang mempunyai kira-kira 30 000++ pengundi berdaftar.
anies ditugaskan di Saluran 1. Saluran 1 terdiri daripada pengundi warga emas dan golongan OKU. jumlah pengundi yang didaftarkan di Saluran 1 SMKTMI adalah seramai 450 orang.
Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud Iskandar (SMKTMI), Sungai Mati, Johor.
Alhamdulillah, sepanjang anies bertugas tiada kejadian tak diingini berlaku. tambah pula staf SPR yang berada di situ, semuanya perempuan.
tepat jam 3.00 petang, tugas anies diganti ETM yang lain. selesai serahkan borang, terus bergerak pulang dalam keadaan cuaca yang teramattttt panas!!!
selamat datang ke Sg. Mati, Johor. Sg. Mati termasuk dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Serom. Kerusi DUN Serom ditandingi 4 calon.
jalan jammed teruk!
singgah Kue Street Cafe, Kg. Air Tawar Melaka untuk beli kopi dan dessert.
insya Allah anies akan kembali aktif berblog lepas ni. 🙏🙏 doa-doakanlah semoga istiqamah.
thanks 4 reading. daaa...