✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Tahun lepas masa anies singgah Menara 118 (baca kat SINI), pada salah satu dinding bangunan tertulis 'Opening Soon January 2027'.
tapi bila masuk Januari, tak nampak pun tanda-tanda mall ni akan dibuka. sebaliknya 'yang kecoh' adalah fasal signage Maybank yang diletakkan kat puncak menara tu😂
2 minggu lepas baru laa anies dapat tahu yang mall ni bakal dibuka pada 1 Nov. maka dengan ini bertambahlah lagi sebuah mall berprestij @ KL selepas Pavilion, The Exchange etc😁
sebaik keluar dari tren, dalam kepala dah set: cari pintu A (untuk ke entrance mall). tapi bila sampai kat Concourse, mata terus tertancap pada entrance ni👆wah! ini sangat bagus! dah sama macam Ombak KLCC. keluar stesen MRT terus boleh masuk mall! mantop pak abu!
suasana di dalam mall👆👇tingkat paling bawah adalah B5 dan tingkat paling atas adalah Level 4. so korang rasa 118 Mall ni ada berapa tingkat? acu teka?
kemudahan tandas terdiri daripada tandas lelaki, wanita dan OKU. manakala di sebelahnya ada tandas kanak-kanak, nursing room dan diapers changing room. di dalam tandas pula ada banyak cubicle dan bidet yang digunakan merupakan jenis toilet seat bidet. untuk surau, anies tak sempat nak jenguk. maybe next time laa kot...
suasana di dalam mall... yang bertanda ⭐ tu adalah entrance dan kaunter tiket untuk ke puncak 118... manakala foto bawah, kiri adalah entrance mall dari Jalan Hang Jebat. kiosk Madani pun ada kat sini (kanan, atas)...
antara kemudahan lain yang disediakan: digital directory, mesin ATM / CDM, money changer, lif dan foodcourt...
walaupun banyak lagi kedai yang belum buka, tapi anies berasakan yang 118 Mall ni hampir sama (konsepnya) macam The Exchange TRX. ada pelbagai butik mewah antarabangsa serta kedai-kedai dari jenama tempatan 'mengisi' ruang pusat membeli-belah terbaharu ini.
video - inside the mall
nak ke sini naik public transport, senang je. sama ada naik Monorel dan turun kat Stesen Tun Sambanthan atau naik MRT Laluan Kajang dan turun kat Stesen Merdeka - Maybank.
that's for today
daaa...

.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)



Albania
Belgium
Brunei Darussalam
Cambodia
China
Deutschland
Egypt
England
France
Greece
Hong Kong
Indonesia
Japan
Kosovo
Laos
Macau
Malaysia
Netherlands
Saudi Arabia
Singapore
Switzerland
Taiwan
Thailand
Türkiye
Turkmenistan
Vietnam