✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
jarak dari Chang Arena ke masjid ni tak jauh pun. lebih kurang 10 minit perjalanan. pada mulanya, pihak tour agensi nak stop kat masjid lain tapi bila tengok jam, akhirnya mereka decide untuk solat kat masjid ni memandangkan dah pukul 2.00 petang. lebih kurang sejam je lagi nak masuk waktu Asar.
tentang masjid ni, menurut tour guide, ia dibangunkan oleh masyarakat Muslim dari Selatan Thai. jumlah penduduk Muslim kat sini dalam sekitar 3000++ orang.
walaupun tak ramai tapi bila tengok keadaan masjid dan persekitarannya, anies rasa kagum kerana mereka bersungguh menjaga masjid ni sebaiknya meski keliling mereka terdiri daripada komuniti non-muslim.
ada beberapa keping foto sempat anies snap untuk tatapan korang. andai kata korang 'tersesat' sampai ke Buriram 1 hari nanti, singgahlah masjid ni, ya!
bila tengok logo pedang dan pokok kurma tu, terus teringat Arab Saudi. adakah kerajaan Saudi pernah menyumbang dana ketika pembinaan masjid ni? wallahu a'lam...
tempat ambil wuduk & tandas untuk wanita. tandasnya bersih, air paip laju, ada shower, besar dan of coz... ada bidet.
pintu masuk ke ruang solat wanita dari tempat ambil wuduk / tandas...
pintu masuk ke ruang solat utama. yang berbumbung tu, gerai makan...
ruang solat utama. ruang solat wanita di sebalik tabir (kiri foto)...
antara binaan yang terdapat dalam kawasan masjid...
masjid ni berbentuk segi empat. jadi, pintu masuk ada di kiri, kanan dan belakang masjid...
gerai makan... kata tour guide, kalau hari Jumaat, gerai ni penuh dengan jemaah yang makan tengah hari...
bahagian hadapan masjid...
sisi masjid👆👇
laluan dari main gate ke masjid. bas kami parking kat luar. BTW kawasan depan masjid ni agak luas...
short video @ depan masjid. ada sebatang sungai yang dikenali sebagai sungai La Lom. dari jauh, sungai ni nampak bersih dan terjaga. secara peribadi anies suka dengan scenery tepi sungai ni sebab ia mengingatkan anies kepada Hoi An @ Vietnam... very relaxing👍👍
daa...