مكة المكرمة، المملكة العربية السعودية: العمرة الأولى
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
ikutkan hati, memang rasa nak marah je. mutawif dah pesan. semua jemaah kena turun pada pukul 9.00PM. tapi 9.30PM, barulah seorang demi seorang munculkan diri kat lobi hotel.
mengenangkan kita ni masih dalam ihram, jadinya simpan je laa rasa marah tu. anggap jelah ni ujian awal. sabar...
kalau cakap penat, semua orang penat. kalau cakap mengantuk, rasanya semua orang mengantuk. sebabnya waktu Malaysia masa ni dah pukul 2.30AM.
bila semua dah berkumpul, mutawif pun beri arahan dan nasihat sebelum buat umrah. lepas tu kami sama-sama bertolak ke perhentian bas yang jaraknya cuma 40M dari hotel.
sebelum datang, anies sempat jugalah tengok beberapa video berkaitan perhentian bas, cara nak naik bas dan lain-lain. tapi bila dah tengok dengan mata kepala sendiri, memang rasa lain sangat.
setiap jemaah akan diberi kad ni. in case kalau naik bas, tiba-tiba driver tanya, tunjuk je kad ni...
walaupun dah lepas waktu Isyak, masih ramai jemaah tengah tunggu bas. mutawif terpaksa tunggu bas yang tak ramai penumpang supaya kami dapat naik sama-sama. kalau terpisah, susah pula group leader & mutawif nak handle. FYI rata-rata dalam group ni, baru first time datang ke Mekah dan buat umrah...
bila dah naik bas menuju ke Masjidil Haram, barulah anies tahu dan faham di mana kedudukan hotel kami...
lepas turun bas, kami kena jalan sikit untuk ke masjid. sebaik ternampak Masjidil Haram, hati dah tak boleh tahan sebak lagi. sungguh! menderu-deru air mata keluar tanpa ditahan-tahan😭😭
The Clock Tower... ramai sangat jemaah masa ni... ada yang tak sabar nak minum air zamzam. anies tengok je. tak minum pun sebab prefer air zamzam yang ada kat dalam masjid...
menuju ke Babus Salam...
hati makin berdebar...
dannn... sebaik ternampak binaan ini... air mata yang sedia mencurah tak mampu dibendung lagi. rasa sayu... rasa kerdil... rasa yang tak terucap dengan kata-kata.... ya Allah, aku datang ke rumah-Mu. terimalah umrahku ini meski ia tak sempurna mana😭😭
anies tak tahu berapa lama kami mengerjakan Tawaf. tahu-tahu je dah cukup 7 pusingan. usai Tawaf, mutawif bawa kami ke suatu sudut yang selari dengan Multazam (ruang antara Hajar Aswad dan pintu Kaabah). ni antara tempat mustajab untuk berdoa. dapat je ruang, kami terus buat solat sunat Tawaf dan berdoa.
usai semua, rasa lega dapat duduk sekejap sambil memandang Kaabah. Alhamdulillah... ya Allah. terimalah ibadah ini dan ampunilah dosa-dosaku...
bergambar seketika sebelum beredar untuk buat Sa'i...
menuju ke Bukit Safa untuk Sa'i. cabaran dan ujian masa Sa'i ni is real, guys! berperang antara rasa penat + mengantuk yang teramat. nak habiskan 7 pusingan tu, ya Allah... sangat-sangat mencabar. tapi demi umrah pertama yang sempurna, anies dan jemaah yang lain gagahkan juga sampai habis.
Alhamdulillah... tepat jam 2.00AM waktu Mekah, kami pun selesai buat Sa'i. usai minum air zamzam, kami kembali semula ke stesen bas untuk balik ke hotel. manakala tahallul (gunting rambut) pula, mutawif sarankan kami (yang perempuan) buat kat bilik hotel je (sebab aurat kan...) tapi siapa yang dah bawa gunting and nak buat kat situ juga, tak jadi masalah...
on the way ke stesen bas, suasana kat luar masjid di luar jangkaan anies rasa masing-masing datang awal sebab nak cop tempat solat subuh berjemaah.
tiba hotel, kami tak tunggu lama untuk tahallul. selesai je gunting rambut, rasa lega sangat. Alhamdulillah... berakhir sudah (rukun) umrah pertama...
jom dapatkan hibah berganda untuk yang tersayang. tawaran terhad hingga 31 Disember 2025. klik foto untuk maklumat lanjut!














Belgium
Brunei Darussalam
Cambodia
China
Deutschland
Egypt
England
France
Hong Kong
Indonesia
Japan
Laos
Macau
Malaysia
Netherlands
Saudi Arabia
Singapore
Switzerland
Taiwan
Thailand
Türkiye
Turkmenistan
Vietnam
22 Words of Lo♥e
Alhamdulillah selesai juga Anies buat umrah walaupun penat dan mengantuk.
ReplyDeleteAlhamdulillah selesai sudah. Memang bila nampak je Kaabah memang automatic akan berderai air mata.
ReplyDeletekalau jadi mutawif lagilah berganda kena sabar ..
ReplyDeleteTak mampu nak gambarkan perasaan 1st time nampak Kaabah tu kan 🥹
ReplyDeleteIngatkan 1 group tu 1 bus, berpecah2 juga ye. Ramai kot ye ?
Thank you!
ReplyDeleteorang putih kata, speechless saya dibuatnya....catatan Anies betul-betul berbicara dari hati...Moga Allah SWT rezekikan saya bersama keluarga untuk buat umrah nanti...aamiin
ReplyDeleteSalam singah, bagus group Aniez dapat bergambar ramai2 depan Kabbah, masa kami dahulu, tak sempat bergambar tak ada yang nak bergambar..Ya Allah bila baca paparan ni teringat Umrah kami ..Subahanallah..
ReplyDeletememang pergi Umrah di Mekah ..perasaan lain..begitu dekat dengan Allah, Allah sayang kita semua..
ReplyDeleteAlhamdulillah dikurniakan rezeki ke sana.
ReplyDeleteMenunggu orang lain tu mmg satu cabaran dan ujian bila ikut pakej umrah 😅 lain kali kalau ada rezeki dan dapat jemputan Allah utk ke Mekah menunaikan umrah lagi, saya rasa macam nak pergi DIY je.
ReplyDeletePaso a desearte una feliz navidad para ti y tu familia. Te mando un beso
ReplyDeleteWonderful photos! Thank you so much for sharing your journey! I wish you good health, peace and happiness now and always! Hugs.
ReplyDeleteso amazing photos! I wish you Merry Christmas!
ReplyDeletealhamdulilllah, seronok baca pengalaman ni.
ReplyDeletesaya baru tau, air yg kat luar masjid tu rupanya bukan air zamzam
Alhamdulillah.. semoga Allah jemput ke sana satu hari nanti
ReplyDeleteSemoga Allah terima segala ibadah umrah yg anies kerjakan.. Aaminnn
ReplyDeletebeautiful post, have a good day
ReplyDeleteSeronoknya kak anies,.lepas habis umrah pertama tu terus solat berhadapan dgn area multazam. Area situ selalu ramai orang sangatt
ReplyDeleteSaya pun teringin sangat bisa umroh lagi. Dulu melakukan 2018. Kalau ada waktu dan rezeki lebih, mau kesana lagi, tapi nanti dengan anak2. Yg pertama dulu hanya berdua Raka.
ReplyDeleteDan saat melihat Kakbah itu, memang susah nak dideskripsikan 😍😍. Saat berdoa di depannya lah, yg teringin menangis sangat
ReplyDeleteTerima kasih Anies shared your umrah journey. Doakan Faa one day dapat tunai umrah jugaa. Salam BW
ReplyDeleteBelum ada pengalaman lagi naik bas dari hotel ke masjidil haram.. pengalaman yg menarik juga tu.. betul bila pertama kali atau selepas lama tak ziarah pasti akan rasa sebak nak masuk masjidil haram..
ReplyDelete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆