✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
masa datang ke Cambodia pada 2017 dulu, memang tak terfikir langsung untuk repeat ke sini lagi. bagi anies, cukuplah sekali. bukan serik, bukan tak mahu. tapi rasanya kalau diukur dengan belanja yang dikeluarkan semata-mata untuk repeat ke "Kampuchea' ni, adalah lebih baik anies pergi ke negara lain (sebab Cambodia turut menggunakan mata wang USD selain Kiet).
tapi tu laa... kita merancang tapi Allah sebaik-baik Perancang. bila dah decide untuk join trip ni, anies rasa happy pula dapat kembali ke negara ni. yang buatkan happy 'ganda 2' adalah, kali ni masuk melalui sempadan darat!
welcome to Cambodia! welcome to Poipet! tu pintu gerbang merangkap pejabat kastam dan imigresen Cambodia.
sebelum masuk... harus bergambar dulu...
dalam entry lepas, anies ada beritahu... tour agency (TA) minta kami bawa barang-barang yang perlu je. luggage semua tinggal di dalam bas. why? sebab tangga tu laa...👆👆 tinggi woi! semput nafas... kasihan warga emas yang sakit kaki / lutut. TA dah minta kebenaran pegawai imigresen untuk benarkan warga emas ni masuk ikut laluan rakyat Cambodia tapi tak dibenarkan...
ada sesuatu yang buatkan anies rasa tak selesa bila berada kat area ni. bau busuk. bau yang datang dari sungai kecil (baca: longkang) yang dipenuhi sampah-sarap dan bersebelahan pejabat imigresen ni betul-betul memualkan.
bau ni bukan setakat kat luar bangunan je. sampai dalam bangunan pun ada. pening dibuatnya bila bau busuk + air cond + bau peluh manusia😰😰😰
'perangai' pegawai imigresen kat sini sama je... apa lagi kalau minta $$. tapi yang ni dia guna cara yang nampak macam bersih. kalau nak cepat dapat cop passport, immigration card tu👆👆 diorang isikan dengan bayaran 20 Bath😏 tapi once dah beratur, tetap lambat juga dapat cop passport. haihh...
selesai dah cop passport. nampak macam cepat, kan? ni kerana kami tak bawa luggage. lepas je dapat cop terus turun ke sini. lelaki berbaju biru (kanan) tu tour guide kami sepanjang berada di Cambodia. nama dia Sam...
sementara tunggu yang lain selesai cop passport... kat belakang anies duduk tu, bunyi hingar-bingar disebabkan kenderaan keluar masuk border...
suasana di bandar Poipet 👆👇 disebabkan bas parkir agak jauh jadi kami terpaksa berjalan hampir 1/3 KM. tapi sepanjang jalan tu dapatlah kami saksikan keadaan dan ragam warga bandar kasino ni.
kenapa Poipet dipanggil bandar kasino? menurut TA, kerajaan Thailand hanya benarkan rakyatnya berjudi dengan badan berlesen milik kerajaan sahaja.
so, mana-mana yang tak puas hati dengan peraturan ni, mereka 'cari hiburan' dengan berjudi di sempadan. negara-negara yang berjiran dengan Thailand esp Cambodia dan Laos pun ambil kesempatan ni. mereka buka hotel banyak-banyak dan tawarkan 'judi underground' kepada rakyat Thailand.
lagi satu yang datang berjudi ni tak payah risau fasal currency sebab kat sempadan ni, peniaga / orang ramai boleh terima mata wang Bath.
meanwhile, bangunan-bangunan tinggi / cantik yang korang nampak dalam foto👆👇 adalah kasino merangkap hotel. mereka tawarkan diskaun bilik untuk mereka yang berjudi kat situ.
ingatkan bas dah sampai dulu. rupanya kami yang kena tunggu bas. kami guna bas ni sepanjang berada kat sini sebab bas double decker kami tu tak ada permit. tambah pula Cambodia memandu di sebelah kanan (Thailand dengan Malaysia - kiri).
well tu je laa cerita untuk minggu ni.. nanti anies🫰sambung lagi.
thanks for reading...
daaa