­
#SoloTravel #Bangkok - naik MRT→ BTS dan makan tengah hari di Rotinis Halal Breakfast @ Ratchathewi - Anies♥You

#SoloTravel #Bangkok - naik MRT→ BTS dan makan tengah hari di Rotinis Halal Breakfast @ Ratchathewi

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

tertangguh pula cerita yang satu ni. moh laa sambung balik sebelum segalanya terlupa dek kerana banyak makan kari kepala ikan😂😂

lepas letak beg kat hotel, anies jalan laju-laju ke stesen Suthisan. perut yang lapar ni dah tak boleh dibendung.

dari stesen Suthisan, anies turun kat stesen Sukhumvit yang cuma berselang 6 stesen je sebelum pindah ke stesen Asok untuk tukar train BTS. stesen Sukhumvit dengan stesen Asok ni bersebelahan je (interchange station). 

ada something yang buat anies rasa kelakar iaitu... laluan masuk ke stesen Asok terletak di dalam bangunan (underground). tapi bila nak masuk stesen Sukhumvit dari stesen Asok, kita kena keluar (tepi jalan) dulu dan barulah boleh masuk stesen😂


menuju ke stesen Asok dari stesen Sukhumvit...

entrance stesen Asok...


tiba kat stesen Asok, perkara pertama kena buat tak lain tak bukan... beli tiket. ya... sistem train kat Bangkok ni tak macam kat KL. satu tiket (kad TnG) boleh digunakan untuk hampir semua public transport yang ada (kecuali teksi) dalam 1 masa.

tapi kat sini, 1 rangkaian train = 1 tiket. sebab tu anies agak kecewa bila Thailand tak buat kad khas untuk pelancong macam kad TnG tu... nak beli tiket... kalau kau bernasib baik, tak ada orang 'berkampung' depan mesin tu. kalau sebaliknya... hmm kat situ je dah buang masa menunggu 1 by 1 settle membeli tiket. padahal kalau tak tahu, boleh je beli kat kaunter😏 (situasi merujuk kepada pelancong luar).


tiket BTS (sehala). tak ingat laa berapa Bath...

yeayy... akhirnya dapat juga naik BTS ni. anies kenal BTS ni dari filem Bangkok Traffic (Love) Story. best tau filem ni! kalau rajin korang search laa ya...

sampai dah @ stesen Ratchathewi... tak sabarrrr nak makannn...


sampai je kat sini, anies pun on kan Google Map untuk cari restoran halal. jalan punya jalan... rupanya anies dah terlepas kawasan untuk melintas. nak patah balik, jauh. so terpaksalah jalan lagi sampai jumpa jejantas. adeehh...


@ atas jejantas... kesesakan trafik menjelang tengah hari...

sebaik ternampak signboard ni, makin laju langkah anies...

yeayy... sampai dah... tapi kena jalan sikit lagi... ni lorong / kawasan yang majoritinya Muslim...

ni laa restorannya... simple je...



suasana depan restoran👆👇ada beberapa lagi restoran halal kat kawasan ni. tapi anies malas nak cari. jumpa sebuah pun cukuplah. dah tak tahan lapar daa ni...



setiap pelanggan yang makan kat sini akan diberi kertas ni. just tick menu apa yang korang nak makan... then serahkan semula kepada staf...

suasana di dalam restoran. restoran ni ada 1 cawangan yang terletak bersebelahan jalan utama; just 100M je dari restoran ni...

hot Thai tea... nak order yang sejuk, masa ni still batuk... rasanya? tawar and pahit. maybe sebab kurang susu.

pad kra pao (ayam). perghhh dia punya level kepedasan tu... ke langit 7! berasap telinga beb! tapi lapar punya pasal... licin pinggan! 


anies order juga nasi goreng kampung untuk buat makan malam. total bill: 180 Bath. 

Alhamdulillah... puas dah dapat makan walaupun tekak teringin tomyam. tak apa... ada masa lagi untuk makan tomyam...

well tu jee laa perkongsian untuk hari ni...
thanks for reading...
daaa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

11 Words of Lo♥e

  1. Kalau cakap pasal Rotinis, mesti tak boleh lupa kejadian pagi raya haji. Kami ingat mereka berniaga, rupanya tengah buat jamuan raya. Tak pasal² dapat makan jamuan raya Muslim Bangkok 😄

    Kalau nak try tomyam sedap, kat lorong yang sama, depan Noursabah Hotel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. laa best tu dpt laa mkn free di pagi raya😀
      orait nnt sy dtg bangkok lg sy singgah

      Delete
  2. Takpe... simple pun simple lah restorannnya... janji dapat makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul restoran simple x buatkan kite kenyang😁

      Delete
  3. Pad Kra Pao tu dua kali ganda sedap la kalau pedas. Berasap pun berasap la.. nak nak pulak minum dgn teh panas. Baik, nanti kita cari movie Bangkok Traffic tu, cam Best aje tu ceritanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pedas menyengat x berapa nak jln. tp ms tu dah lapar telan jelah😁
      tgk lah. best cite tu

      Delete
  4. sedap nampak nasi n lauknya sikit ja kenyang ke

    ReplyDelete
  5. Lapar punya pasal ye pedas pun telan jugak la.

    ReplyDelete
  6. Teh Thai tu rasa macam mana? Pernah minum yang warna hijau je.

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆