#SoloTravel #Bangkok - naik MRT Blue Line ke hotel
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
perut dah lapar sangat masa ni. jadi anies kena cepat-cepat ke hotel untuk drop bag. tak larat dah nak pikul ke sana-sini. berat! sakit bahu dibuatnya.
lepas ni kalau travel solo lagi, tak nak dah bawa bagpack. rela bawa luggage. senang nak tarik. berat masa nak angkat je😂 selebihnya seret laa sampai ke sudah. kalau bagpack kecil tak apa lagi sebab just isi barang-barang biasa je. bukannya baju, toiletteries etc.
fast forward... untuk ke hotel, anies harus naik MRT Blue Line. ia satu-satunya laluan MRT yang bersambung dengan Bang Sue Grand Station.
untuk ke stesen MRT Bang Sue ni, ada laluan khas underground. so ikut jelah signage yang tertera sampai jumpa pintu masuk stesen👆👆
agak kecewa jugalah bila Thailand tak ada sediakan kad macam TnG khusus untuk pelancong. so setiap kali nak naik MRT, kena beli manual. jenuh jugalah korek duit syiling dalam beg😂 kitonyo sayang duit kertas sebab nak guna untuk beli barang. jadi, tambang train ni guna syiling supaya boleh perabih duit. lama-lama dok dalam beg, berat!😂
@ platform MRT. kat sini tak sunyi sebab iklan kat skrin atas pintu Metro sentiasa on. sambil tunggu train, layan je laa iklan yang terpapar tu...
dah sampai! @ salah satu entrance stesen Suthisan. jarak antara Bang Sue ke sini cuma berselang 5 stesen je.
ni laa train MRT Blue Line. dari stesen sampailah ke gerabak, semua warna biru. so memang senang nak cam...
suasana / kawasan berdekatan stesen Suthisan👆👇 tampak lengang kan? sebenarnya kat depan tu ada trafic light. sebab tu jalan raya ni tak ada kenderaan.
OTW ke hotel ternampak bangunan ni... ni laa rumah Lisa Blackpink! sila jangan percaya😂
dah sampai hotel. nak check in dulu tapi tak boleh masuk sebab masih awal lagi. lepas drop bag, terus ke stesen Suthisan semula. misi memburu tomyam pok tet and the geng bermula!
aroiiii makkk!!! ching ching!!!😂😂
daaa...
0 Words of Lo♥e
☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆