Pages

Wednesday, 19 February 2025

#SoloTravel #Bangkok - seketika @ Bang Sue Grand Station

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

sebaik keluar dari gerabak SRT, dalam kepala dah fikir macam-macam. andai kata tiket train sold out, anies kena beralih ke plan B.

sambil fikir, mata tak lepas mencari polis bantuan. tapi, belum sempat cari, muncul kaunter khidmat pelanggan depan mata. tanpa berlengah, terus tanya staf lokasi kaunter tiket kereta api.

lepas tu, terus jalan mencari Gate 4. jalan punya jalan, tak jumpa! ya Allah... kenapalah Bang Sue Grand Terminal ni besarrrrr sangat???


Bang Sue Grand Station - juga dipanggil sebagai Krung Thep Aphiwat Central Terminal. mula beroperasi pada Ogos 2021 menggantikan stesen Hua Lamphong. terminal ni terletak tak jauh dari pasar minggu Chatuchak.


dah macam airport pun ya terminal ni. no wonder ia diiktiraf sebagai stesen kereta api terbesar di ASEAN. 




bahu dah mula rasa sengal sebab pikul beg. tapi Gate 4 masih tak muncul lagi. lebih kurang 10 minit berjalan, barulah nampak Gate 4. adoiiii... anies kira-kira... rasanya separa bangunan ni dah redah lepas keluar dari platform SRT.


short video

ticket office ni ada kat 1 lokasi je. jadinya memang kena cari sampai dapat...

ni laa kaunter tiketnya... bukan public holiday atau hari perayaan... sebab tu nampak lengang je kat sini...


bila tiba kat kaunter, ternampak 3 Muslimah dan anies dah boleh agak, mereka ni tentu dari selatan Thailand. then terus tanya diorang sama ada tiket kat sini boleh bayar guna cash atau kad. 

mulanya diorang tak faham. so terpaksalah ejas sikit lidah ni: kecek Kelate. haa... baru diorang faham😂 yang anies pulak, tak check terlebih dahulu payment mode kat sini. haihhh...

bila staf beritahu tiket masih available, fuhh... lega rasanya. tapi, bila tanya tiket return, dia cakap.... tiket tak dijual lagi. dia suruh anies beli bila dah sampai sana nanti.  ahh sudah... kalau tiket balik dah habis? satu hallah pula kena fikir plan B... hmm...

lepas beli tiket, merayau sekejap dalam terminal ni sambil check lokasi platform yang bakal anies naik nanti. sambil-sambil tu perhatikan juga kemudahan yang disediakan di sini.


musolla / suraunya luas dan bersih. tempat ambil wuduk pun ada... tapi... air cond dalam surau ni dah macam kat Greenland! gigil mat!


selain toilet & surau kiosk makanan pun ada. kalau nak cari yang halal, korang kena pergi kat gate pelepasan train ke Selatan Thailand. since selatan Thailand kan ramai Muslim, jadi no wonder laa ada kiosk halal kat situ...

last but not least... kenapa anies pilih #Bangkok ? bukan Singapura, bukan Taiwan or London? ada 3 alasan:

✅pertama, keselamatan. benda ni paling penting. haa... faham-faham je laa kalau perempuan & berseorangan pula tu. Alhamdulillah, #Bangkok memang selamat untuk solo traveller.

✅kedua, pengangkutan awam. #Bangkok ada rangkaian pengangkutan awam  & infrastruktur yang baik. bila part ni okey, then ia jadi mudah untuk anies atur itinerary.

✅ketiga, bajet. sejujurnya anies 'ikat' bajet untuk #SoloTravel ni. cuma part tiket flight je yang tak boleh nak control sebab pergi hujung tahun kan... so yang ni kira paling mahal laa. untuk hotel, dah bayar dulu. untuk makan minum, tambang train dan souvenir, anies dah bajet siap-siap. Alhamdulillah, total belanja keseluruhan tak sampai pun RM2K.

kalau korang ada apa-apa nak tanya fasal solo travel ke Bangkok ni, silalah!👇

well tu je laa perkongsian untuk hari ni.
nanti ada masa anies sambung lagi.
thanks for reading.
daaa...

12 comments:

  1. alaa..rindu nya bangkok bila baca blog anies ni... x tau la bila nak gi sana lagi.
    lagi gi jenjalan mana? story tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. meh laa kite g bangkok sama2 😁
      orait... lps transfer gmbr sy smbg cerita

      Delete
  2. Saya belum lagi lihat station yg ini. Dulu rasanya blm ada? Atau saya saja yg tak perasan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas covid hari tu baru buka Bang Sue ni...

      Delete
  3. Btw kak, ini siapa yg motret? Atau pakai tripod? Soalnya nampak belakang semua foto akak 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. tripod. bila travel solo macam tu laa...😁

      Delete
  4. Solo traveling sampai skr saya belum teringin. Memang tak sanggub rasanya hahahahah. Makanya wajib jalan selalu ada teman, ntah Raka atau travel mates saya lah.

    Tp saya agree, Bangkok itu aman utk solo traveler yg wanita trutama. Saya suka Krn transportasi umum mereka dan baguuus sangat. JD memang memudahkan. 👍👍.

    Saya lebih tahu jalan di sana drpd jalan di JKT 🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. travel solo ke penang laa... kalau rasa macam tak best boleh terus balik kampung medan. dekat dah tu😁

      Delete
  5. lain kali kene cube naik train pula, masuk melalui kelantan... kami nk cube juga tp belum tercapai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yap naik dr sg golok... tak lama lg dah ada speed train. lg cepat perjalanannya

      Delete
  6. Bila dah pergi tahun lepas, perasan jugak Bangkok ni macam selamat untuk travel solo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya... sy sendiri pun tanya org thai sama ada bangkok ni selamat ke x utk solo traveller n dia mengangguk smbl bg beberapa nasihat dan tips

      Delete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆