✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI (lama betul nak sambung😂)
dapat tahu fasal kedai ni pun melalui X (Twitter). so, alang-alang dah sampai Sunway Pyramid anies terus ke sini.
beberapa tahun lepas, LFC ada buka store mereka kat Lot 10, Bukit Bintang. then... tahu tahu je dah tutup. nasib baiklah anies dan blogger Sal sempat ke sana.
BTW, store LFC ni kepunyaan al-Ikhsan; salah sebuah kedai barangan sukan popular di Malaysia. apa yang anies tahu, al-Ikhsan memang ada dapat lesen untuk edarkan barangan rasmi LFC kat sini.
kalau korang masuk mana-mana store al-Ikhsan, pasti korang akan jumpa satu sudut khas untuk items LFC. tapi kat Sunway Pyramid ni, al-Ikhsan buka satu store khas untuk fans LFC.
apa yang best ada kat sini? of coz laa korang akan dapat beli produk terkini LFC tanpa menunggu lama. sebagai contoh, kit collaboration LFC v LeBron James (pemain bola keranjang LA Lakers. LeBron juga antara pemegang saham LFC).
selain tu, ada pelbagai lagi produk seperti official merchandise, jersi pasukan, memorabilia etc.
dari segi harga... ya, mahal. agak susah nak jumpa barangan yang berharga bawah RM50. kalau ada pun, tu disebabkan diskaun atau barangan tu mungkin dah tak releven lagi buat fans LFC seperti mafla Jordan Henderson yang dijual pada harga RM45 sehelai.
so, anies beli apa kat situ? tak ada beli apa-apa. just singgah untuk cuci mata je dulu. jersi LFC tak ada yang cun buat masa sekarang. tunggu je laa Adidas jadi main sponsor tahun depan.
diorang tak update pun 'wall' ni...
jersi home (merah), away (hijau putih) dan 3rd kit (Pasha ungu)...
jersi retro... jersi untuk kanak-kanak pun ada...
kalau tak nak beli jersi, boleh beli beg...
ni jersi lama tahun 90an dulu. buruk betul design nya. memang sesuai laa dengan prestasi hauk LFC masa tu 😂😂
official merchandise... tak dapat pergi Anfield dapat beli kat sini pun dah cukup...
ni laa kit terbaru hasil kerjasama LFC dengan LeBron...
ni training kit. bila tengok jersi ni kepala mesti terus teringat Nunez. adehh...
lokasi store ni: Lower Ground 1.28. kalau masuk dari pasar raya Parkson, turun eskalator, akan nampak store ni di sebelah kiri. store ni dibuka setiap hari ya!
well, tu je laa sharing untuk hari ni.
anies ada kerja kena buat. dah selesai nanti baru pulun BW. sabaq na...
thanks for reading
daa..