남궁민님과 연인팀 제작을 축하드립니다!

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Seperti yang dijangka!

tapi kan... jujur cakap, anies prefer Nam Goong-min menang Daesang daripada Best Actor Award. kenapa? sebab 'taraf' Daesang tu lebih tinggi daripada Best Actor Award.

well... apa-apa pun anies tetap puas hati dengan kemenangan ni. lakonan Nam Goong-min sebagai Lee Jang-hyun, seorang yang dianggap misogynist dalam My Dearest memang tak perlu dipertikaikan lagi. 

lagi satu, sememangnya 'laki orang' ni layak menang selepas 3 kali dicalonkan dalam kategori sama (menerusi drama: Remember: War of the Son, Good Manager dan Stove League [calon paling hampir]). tapi masa tu watak Kang Ha-neul melalui drama When The Camelia Blooms (2019) 'terlalu kuat' untuk menambat hati para juri.


kata Nam Goong-min: "saya dah datang ke majlis ni beberapa kali. tapi saya hanya hadir dan balik. hari ni, saya sangat gembira kerana dapat tampil (di sini) dan berkongsi kisah saya." kredit

video ucapan Nam Goong-min (ada Eng sub). kredit


semalam telah berlangsung the 60th Baeksang Arts Awards; antara majlis anugerah seni hiburan berprestij kat Korea Selatan - mengiktiraf hasil kerja dan usaha para karyawan dan anak seni sepanjang 1 April 2023 hingga 31 Mac 2024; yang terdiri daripada bidang pengacaraan, TV dan filem.

antara pemenang-pemenang untuk kategori TV:

Daesang TV: Moving
Drama Terbaik: My Dearest
Variety Show Terbaik: Adventure by Accident 2
Aktor Terbaik: Nam Goong-min (My Dearest)
Aktres Terbaik: Lee Honey (Knight Flower)
Pembantu Aktor Terbaik: Ahn Jae-hong (Mask Girl)
Pembantu Aktres Terbaik: Yeom Hye-ran (Mask Girl)
Pengacara Lelaki Terbaik: Na Young-sook
Pengacara Wanita Terbaik: Hong Jin-kyung
Aktor Baru Terbaik: Lee Jung-ha (Moving)
Aktres Baru Terbaik: Yoo Na (The Kidnapping Day)

(:: baru perasan yang Nam Goong-min & Lee Honey menang award ni melalui drama saeguk)

antara pemenang-pemenang kategori filem:

Daesang: (produksi) 12.12: The Day
Filem Terbaik: 12.12: The Day
Aktor Terbaik: Hwang Jung-min (12.12 The Day)
Aktres Terbaik: Kim Go-Eun (Exhuma)
Pembantu Aktor Terbaik: Kim Jong-soo (Smugglers)
Pembantu Aktres Terbaik: Lee Sang-hee (My Name Is Ro Gi-wan)
Aktor Baru Terbaik: Lee Do-hwan (Exhuma)
Aktres Baru Terbaik: BIBI (Hopeless)


so, tahniah Nam Goong-min! tahniah untuk team drama My Dearest. kalau korang tak tengok lagi drama ni, boleh baca dulu ulasan yang anies kongsikan kat SINI. kalau nak tengok/download drama ni online, cari kat Loklok, Dramacool, KissAsian etc.


gigih betul dok ikuti live streaming. dari office sampai ke rumah😁. selalunya majlis macam ni berlangsung sebelah malam. tapi semalam, seawal 3.00PM dah start. haihh... Nam Goong-min punya fasal... tak apa laa😜

Ahn Eun-jin turut tercalon dalam kategori Aktres Terbaik menerusi drama My Dearest. walaupun tak menang, dia tetap happy dengan kemenangan 'seobangnim' nya... #ytjt

woori #JangChae ... bila laa agaknya diorang akan dapat reunite dalam naskhah baru...

masa ni tengah announce nama-nama untuk Best Actor Awards. saingan memang sengit lebih-lebih lagi bila ada Kim Soo-hyun (foto: tengah) #ytjt 😂

'orang kuat' di sebalik drama My Dearest: CP Hong Seok-woo (kiri) dan pengarah, Kim Sung-yong (pengarah sama untuk drama The Veil) ketika memberi ucapan selepas My Dearest diumumkan sebagai Drama Terbaik.


p/s My Dearest merupakan drama kedua lakonan Nam Goong-min yang memenangi anugerah Drama Terbaik di Baeksang Arts Awards selepas Stove League mengunggulinya pada 2019. so, ada peminat berseloroh, kalau nak menang award, sila berlakon bersama Nam Goong-min😂

well, tu je laa sharing untuk hari ni. kalau dah bercerita fasal dunia hiburan ni... payah nak stop😂

daa...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

24 Words of Lo♥e

  1. Congrats to Nam Goong-min & My Dearest team 😊👏

    ReplyDelete
  2. bersungguh betul anies... kalau kite belajar sama2 dulu ade geng lady tuk berjaga malam2 tgk citer korea n jepun.. :P

    ReplyDelete
  3. Lamanya tak dapat tengok Kdrama ni. Record pun tak sempat tengok. Bermusafir lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp drama my dearest kena masuk watchlist tau😁

      Delete
  4. Ala kenapa tak Kim Soo-hyun je yang menang.. hihi...Tahniah untuk semua pemenang. Tak pernah tengok Awards Korea ni walaupun layan K-Drama & movies.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KSH amik popularity awards cukup laa dah beberapa kali kot mng baeksang ni bg laa can kat oppa sy hahaha

      Delete
  5. Hahahahaha nampaknya saya memang harus tonton my dearest yaaa 🤣🤣😄. Banyak menang soalnya. Oke kakak, saya masukkan dalam list to be watched 😄👍. Penasaran pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaaa
      wajib tengok!
      make sure mental and emosi kena kuat!
      kalau takkkk.....
      haaaaa
      tan nak laa spoiler
      tengok dulu! hahaah

      Delete
  6. handsome dan bertalenta...Congratulations!
    Tak paham the title di atas, saya harus belajar bahasa Korea dulu nih.

    ReplyDelete
  7. El es muy guapo. Me alegra que haya ganado. T e mando un beso.

    ReplyDelete
  8. suka erk anies tgk movie korea nih., hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya wak... ni laa cara sy healing
      gituuuuu hahaha

      Delete
  9. Kita dah lama tak tengok anything Korean. Mungkin nanti boleh tengok cerita Nam Goong Min sebab kita suka sangat lakonan dia. Cerita dia selalunya best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya tak dinafikan drama2 lakonan NGM mmg best2 belaka

      Delete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆