Singgah LiverpoolFC @ Sunway Pyramid, Bandar Sunway
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI (lama betul nak sambung😂)
dapat tahu fasal kedai ni pun melalui X (Twitter). so, alang-alang dah sampai Sunway Pyramid anies terus ke sini.
beberapa tahun lepas, LFC ada buka store mereka kat Lot 10, Bukit Bintang. then... tahu tahu je dah tutup. nasib baiklah anies dan blogger Sal sempat ke sana.
BTW, store LFC ni kepunyaan al-Ikhsan; salah sebuah kedai barangan sukan popular di Malaysia. apa yang anies tahu, al-Ikhsan memang ada dapat lesen untuk edarkan barangan rasmi LFC kat sini.
kalau korang masuk mana-mana store al-Ikhsan, pasti korang akan jumpa satu sudut khas untuk items LFC. tapi kat Sunway Pyramid ni, al-Ikhsan buka satu store khas untuk fans LFC.
apa yang best ada kat sini? of coz laa korang akan dapat beli produk terkini LFC tanpa menunggu lama. sebagai contoh, kit collaboration LFC v LeBron James (pemain bola keranjang LA Lakers. LeBron juga antara pemegang saham LFC).
selain tu, ada pelbagai lagi produk seperti official merchandise, jersi pasukan, memorabilia etc.
dari segi harga... ya, mahal. agak susah nak jumpa barangan yang berharga bawah RM50. kalau ada pun, tu disebabkan diskaun atau barangan tu mungkin dah tak releven lagi buat fans LFC seperti mafla Jordan Henderson yang dijual pada harga RM45 sehelai.
so, anies beli apa kat situ? tak ada beli apa-apa. just singgah untuk cuci mata je dulu. jersi LFC tak ada yang cun buat masa sekarang. tunggu je laa Adidas jadi main sponsor tahun depan.
diorang tak update pun 'wall' ni...
jersi home (merah), away (hijau putih) dan 3rd kit (Pasha ungu)...
jersi retro... jersi untuk kanak-kanak pun ada...
kalau tak nak beli jersi, boleh beli beg...
ni jersi lama tahun 90an dulu. buruk betul design nya. memang sesuai laa dengan prestasi hauk LFC masa tu 😂😂
official merchandise... tak dapat pergi Anfield dapat beli kat sini pun dah cukup...
ni laa kit terbaru hasil kerjasama LFC dengan LeBron...
ni training kit. bila tengok jersi ni kepala mesti terus teringat Nunez. adehh...
lokasi store ni: Lower Ground 1.28. kalau masuk dari pasar raya Parkson, turun eskalator, akan nampak store ni di sebelah kiri. store ni dibuka setiap hari ya!
well, tu je laa sharing untuk hari ni.
anies ada kerja kena buat. dah selesai nanti baru pulun BW. sabaq na...
thanks for reading
daa..
33 Words of Lo♥e
Baru tau dekat Malaysia ada kedai barangan merchandise LFC. Kelab bola sepak Inggeris yg lain takde ke bukak merchandise store kat Malaysia?
ReplyDeletedulu ada MU megastore kat dlm lot 10. tp dah x de daa la ni...
Deletemodelnya keren banget
ReplyDeletesaya jadi naksir dan pengen beli
jom datang ke sini! ;-)
DeleteMinggu lepas saya ikut suami ke Al-Ikhsan untuk beli jersi bola Terengganu yang baru. Saya masih hairan dengan orang lelaki yang suka tengok bola, rasanya lepas ni saya akan hairan dengan Anies jugak kot sebab suka layan bola haha
ReplyDeletehehehe tak ada apa yg diherankan. sy mmg suka bola dr jaman sek men lagi. cuma x terlibat je secara lgsg dgn sukan ni sbb tak ada skill hahahaha
DeletePasukan bola sepak kegemaran suami dan anak nombor dua saya!
ReplyDeleteye ke? kem salam #YNWA kat depa tau!
DeleteBuat collection 😀😀
ReplyDeleteada tp certain je x leh semua. rabakkkk poket hahaha
DeleteKalau uncle pun 'cuci mata' je kat tempat macam ni... sebab poket kosong!
ReplyDeleteYeay! Dah terima hadiah dari Anies! Entri uncle hari ni!
give me 5! hahaha
DeleteWhat a nice gift idea, My brother would be very happy...
ReplyDeletei hope so ;-)
DeleteBOLEH SHOPING SAKAN BANYAK PILIHAN
ReplyDeletecuci mata je kak hehheeh
DeleteParece una buena tienda. Te mando un beso.
ReplyDeletela única tienda LFC en la ASEAN...
Deletemantap, sukses LFC and LeBron... !
ReplyDeleteabsolutely!
Deleteharga mahal sbb kena bayar lesen Liverpool dan sewa premis yg tinggi tu...
ReplyDeleteya. plus currency exchange jg...
DeleteWahhh! Bolehla Anies selalu pergi cuci mata kat sini.
ReplyDeletekalau teringin nak bli taj dah tmpt mn nak tuju
DeleteTinggal siap RM je… lepas ni boleh buat collection
DeleteLama sungguh tak pergi sunway pyramid ni.
ReplyDeletennt2 free pegi laa. SP ni dah lbh bsr, lbh menarik dan ada mcm2 kedaiiii
DeleteSayapun suka sepak bola,walau hanya sekedar jadi penonton saja😁, harga baju lumayan mahal..tapi kalau kualitasnya bagus bisa jadi mahal juga .
ReplyDeletekalau yang baru memang mahal sebab ia kualiti AAA.
Deletekalau jersi retro saya tak sure kualitinya....
wahhh cantikkk.. dekat penang ada kedai nasik lemak liverpool je 🤣 meh la datang.. sedapp tauuu
ReplyDeletekami dah penah singgah zaty ms mula2 dia buka dulu...😁
DeleteOkeeee, saya tak akan ajak suami ke sini 🤣🤣. Bisa habis budget kalo dia tahu tempat ini 🤣😅
ReplyDeletemesti peminat liverpool ramai yg dh sampai sini kan
ReplyDelete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆