✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
perjalanan dari Aranyaprathet ke Buriram mengambil masa hampir 4 jam. bas berhenti 2 kali untuk isi minyak dan ke tandas. dan sama macam sebelum ni, stesen minyak PTT Station akan jadi pilihan driver kami sebab ada kedai 7 Eleven atau kafe Amazon. driver pun dah maklum, kalau masuk PTT Station, kami pasti akan ambil kesempatan untuk 'menyinggah' 7E😂😂
well... walaupun perjalanan ni jauh dan lama, tapi anies enjoy dengan suasana / persekitaran dan pemandangan kampung, ladang, sawah dan pekan-pekan kecil dalam provinsi yang terletak di timur laut Thailand ni selain info-info baru yang dikongsikan our tour guide sepanjang perjalanan.
sekitar 12.30 tengah hari kami selamat tiba di pekarangan Chang Arena. suasana kat sini agak sunyi. yelah... mana ada orang main bola waktu tengah hari, kan?
well, cakap fasal Buriram United FC (BUFC) ni... ia lebih kurang macam pasukan bola sepak JDT @ Malaysia sekarang. BUFC ni antara kelab bola sepak 'paling berkuasa' di Thai League 1. manakala Chang Arena pula, home of BUFC.
tapi masa kami kat sini, tak ada seorang pun pemain BUFC yang muncul. mana laa tau kan... kot kot ada yang nak sambut kedatangan kami. ahaks!😂
lepas bergambar kat pekarangan Chang Arena dan kawasan sekitar, kami pun masuk ke BUFC official store. ada ahli rombongan yang mahu beli jersi BUFC. bila anies tengok price tag, fuhhh... rata-rata atas 1000 - 2000 Bath sehelai. ori punya jersi ya. bukan cap ayam😂anies cari jugalah kalau-kalau ada enamel pin BUFC tapi nan hado. keciwa haku!
hampir sejam berada kat sini, kami pun beredar. waktu Zohor pun dah masuk. jadinya elok sangatlah kalau kami cari masjid untuk solat jamak.
ni laa stadiumnya. warna biru adalah warna rasmi BUFC. tak jauh dari (belakang) stadium, ada litar go kart...
short video @ pekarangan Chang Arena...
ni laluannya kalau korang join stadium tour. tapi rombongan kami tak buat pun... nak ikut stadium tour ni ada entrance fee, ya!
main entrance of BUFC official store...
short video @ inside the BUFC offcial store...
ada ni haa... seketul bertudung merah...
okey tu je untuk hari ni.
thanks for reading
daa...