­
AI Diffusion: event besar penentu pullback atau terus fly - Anies♥You

AI Diffusion: event besar penentu pullback atau terus fly

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

AI Diffusion ini asalnya satu pelan yang kerajaan US (era Biden) mahu laksanakan. plan ini simple sahaja, yakni ingin mengawal eksport cip AI dari US ke lebih 100 negara. negara yang tidak termasuk dalam senarai seperti India, Switzerland dan Mexico pun tidak terkecuali.

alasannya? supaya teknologi AI ini tidak jatuh ke tangan negara 'rival' seperti China. tapi realitinya syarikat-syarikat teknologi US seperti Nvidia, AMD mula cuak😨 sebab peraturan ini boleh jadi macam rantai besi, gantung tak bertali. semua nak jual produk dan susah nak grow.

hari ini, 15 Mei 2025 - tarikh keramat yang ramai tunggu. inilah hari AI Diffusion sepatutnya bermula. tapi tiba-tiba datang Trump (selepas jadi presiden), dia pun umumkan: "cancel jelah benda ni!"

kata Trump, peraturan ini tak membantu sebaliknya membunuh industri AI US. dia mahu ubah pendekatan dengan mengurangkan kawalan dan memberi lebih fokus untuk menyokong syarikat US agar terus menguasai global🌏. malah Trump sempat menyindir: "semua ni hanya bagi advantage kepada syarikat seperti Huawei!"


apa kesan terhadap syarikat teknologi?


apabila berita tentang AI Diffusion dibatalkan, syarikat seperti Nvidia pun tersenyum lebar. mereka boleh menjual cip AI ke banyak negara tanpa kerenah lesen yang pelik-pelik.

kenyataan dari Nvidia: "ini peluang keemasan untuk kami jadi peneraju revolusi AI global"!

AMD & Broadcom.pun lega kerana demand untuk cip AI sedang mencanak naik ketika ini. tiada sekatan = lebih banyak revenue💲.

tapi semua tu sementara saja.

Trump ada plan nak ganti dengan peraturan baharu yang lebih flexible katanya. cuma sekarang kita belum tahu apa dan macam mana bentuknya. jadi still ada 'misteri' yang buat pelabur resah sikit.

macam mana pula dengan pasaran saham?

kesannya kita dah nampak. saham syarikat cip semua naik📈 macam baru lepas minum Tongkat Ali. Nvidia naik lebih 3% selepas berita itu keluar. AMD dan Broadcom pun ikut sekali. indeks semikonduktor pun tunjuk angka hijau sebab pelabur happy melihat perkara ini 'unlock' potensi jualan global.

tapi kita kena ingat. ini pasaran global. hari ini boleh naik, esok lusa mungkin akan correction semula kalau Trump tiba-tiba keluarkan polisi pelik. jadinya, pasaran masih dalam mode 'wait & see'👀.

kesimpulannya, tuan-tuan dan puan-puan... AI Diffusion ini pada asalnya nak protect teknologi Amerika tapi nampaknya ia seakan bakal mengurangkan progres syarikat AI.

bila Trump kibas meja dan cancel, pasaran tarik nafas lega. tapi masih tiada kepastian sebab peraturan baharu bakal diumumkan. yang pasti sektor AI sekarang tengah 'panas'. dari cip sampailah ke software AI, semua jadi 'barang panas🔥🔥'.

diubahsuai & kredit dari FB SB

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

16 Words of Lo♥e

  1. adoi, linda isu2 global nie tak tahu sangat...boleh dengar je lah

    ReplyDelete
  2. Trump seorang yg mengacau bilaukan ekonomi dunia .. mungkin sbb dia seorang businessman yg nak menguntungkan USA

    ReplyDelete
  3. Bom dia. Uma excelente quinta-feira com muita paz e saúde.

    ReplyDelete
  4. ya pasaran saham meningkat...cuma kripto agak jatuh sikit sekarang...tapi tengok gaya Altseason macam ada manis manis hihihi...

    salam kenal dari New Follower...jemput singgah di teratak saya yang tidak seberapa

    ReplyDelete
  5. Isu berat tetapi menarik...mereka pemain besar dan kita hanya sebagai pengguna saja...HP pun belum ada jenama Malaysia ( dulu ada tapi tak pasti sangat)...apatah lagi bermain dengan isu AI nie

    ReplyDelete
  6. Uncle angguk-angguk baca artikel ni buat-buat faham... hehehe

    ReplyDelete
  7. Muy interesante, te mando un beso.

    ReplyDelete
  8. moga kegagalan buat Trumph huhuhu

    ReplyDelete
  9. teknologi AI memudahkan n menyusahkan juga

    ReplyDelete
  10. Hahahahah keputusan trump memang suka berubah2 😂. Tp saya LBH suka dia Krn memang dia cendrung fokus dengan ekonomi drpd perang. Basic nya dia tetep businessman.

    ReplyDelete
  11. Trump ni dia ubah semua benda ikut anak tekak dia je, yela kuasa besar kan. Negara lain smua kne tunduk pada dia

    ReplyDelete
  12. nyampah betull ler dia pi belah Arab sane ....org kat layan baikkk ... gerammm mak tengokkk

    ReplyDelete
  13. Lahh..tiba cancel. Sekarang China tengah naik. Macam-macam isu sejak dia naik kan.

    ReplyDelete
  14. Seramlah kalau macam tu sebab masing-masing kena berjaga-jaga.. Entah apa syarat yang Trump akan keluarkan..

    ReplyDelete
  15. Suka hatilah Trump, nak enforce… nak cancel… plan benda lain pulak ke… 🤣

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆