Aranyaprathet, Thailand: restoran Makanan Islam dan kedai beg
12:00 pm✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
lepas check out hotel, kami naik bas dan terus ke restoran ni. masa kami sampai Aranyaprathet 2 hari sebelum tu, kami dah singgah sini. kali ni, kami datang lagi untuk bersarapan pula.
kat sini ada 2 restoran halal. yang pertama, anies dah share kat SINI. jemput baca, ya! dan 1 lagi restoran, cuba bersebelahan je dengan restoran pertama.
kata ahli rombongan sebelum tu, kedai kedua ni ada hidangkan nasi kerabu dan nasi dagang. so anies pun pergilah kedai ke-2 ni.
FYI, baik kedai pertama atau kedua, dua-dua kedai tak ada specific name. bila anies translate foto, yang keluar adalah perkataan 'Makanan Islam' (maksud lain, makanan halal).
jadinya, kalau korang datang ke Aranyaprathet kelak, Google je 'Halal Food' dan pasti korang akan ditunjukkan lokasi kedua-dua kedai ni.
lepas makan, sementara tunggu yang lain selesai, kami merayau sekejap ke kedai beg yang berada sebaris dengan restoran. asalnya seorang dua je yang masuk. last last, semua ahli rombongan (perempuan laa apa lagi) serbu masuk!
dari just nak tanya harga terus 'terbeli'. ewah! menggeleng je laa tour guide (TG) tengok gelagat mereka. tapi dalam pada tu sempat juga TG jadi translator untuk mereka😂
ni laa restorannya...
staf kat kedai ni tak fasih sangat cakap BM walaupun mereka berasal dari Selatan Thai. jadinya, lepas kami ambil makanan, dia akan bagi kad ni. maksud kad ni adalah, harga makanan yang kita ambil. nanti lepas makan, bawa kad ni ke kaunter dan serahkan bersama wang tunai. anies tak pasti sama ada restoran ni terima pembayaran kad debit / QR code. so ni total harga makanan yang anies makan pada hari tu. 70 Bath.
tak jadi nak makan nasi kerabu or nasi dagang. anies ambil nasi putih + kari fishball + kerabu mangga + telur asin. minuman tak order sebab anies ada bawa teh tarik 3 in 1. jadinya, anies minta sikit air panas dari staf untuk bancuh. well, korang rasa untuk makanan 👆berharga 70 Bath tu, mahal ke, murah?
suasana dalam restoran👆👇
suasana pagi kat depan restoran. yang biru tu bas kami... nampak macam mendung tapi lepas tu, membahang panas!
kedai beg
ni laa kedai beg yang kena serbu dek ahli rombongan...
antara beg yang dijual di sini👆👇bukan preloved, bukan gred AAA... tapi kalau tengok dekat-dekat, 70% macam beg ori.
gelagat ahli rombongan👆👇entah berapa kali TA panggil suruh naik bas. sekejap! sekejap! tapi masih tak keluar keluar juga dari kedai tu... haihh... orang perempuan kalau dah bershopping...
selesai semua hal, kami naik bas semula dan perlahan-lahan bus double decker berwarna biru ni meninggalkan bandar sempadan Thailand - Cambodia. bye-bye Aranyaprathet!
well... Isnin depan KL cuti sempena Wesak Day. so see ya on Tuesday.
thanks for reading...
daa
30 Words of Lo♥e
halo halo. First time dengar Aranyaprathet. ko beli cristiano tak? eh salah cristian dior
ReplyDeletesy smpi sini pun br tau nama tmpt ni...
Deletesy beli beg pelestik je...
Sakan semua memborong beg tu ye. Hihi
ReplyDeleteya... lupa daratan sat
Delete70 baht nasi dgn lauk gitu2 ja mmg mahe
ReplyDeleteya kak😔
Deletethank you!
ReplyDeleteurw
DeleteBagus lah senang nak jumpa makanan halal kat situ. First time nampak ada kad harga. Selalu staff tulis je. Inovasi ni.
ReplyDeletetu laa... mula2 sy igt kad diskaun🤣
Delete70 bath tu mcm rm9 rasanya. jd x mahal mana la tu. selamat mengembara ye.
ReplyDeleteya mahal😭
DeleteMe parecieron lindas las carteras. Te mando un beso.
ReplyDeletePero ellas no son artículos auténticos.
Deletebagi saya 70 bath utk lauk yg tk ambil ayam atau ikan tu mcm mahal sikitlaa. lagipun tkde air
ReplyDeleteperempuan ni kalau 2 org je yg masuk kedai, mmng rombongan yg lain serbu terus. pantang nampak benda bestt
ya mahal😭
Deletetu yg bahaya shopping ramai2 ni🤣
Boa noite de sábado, com muita paz e saúde. Bom final de semana.
ReplyDeleteobrigado
Deletetulisannya enggak alfabet ya
ReplyDeletejadi susah baca kalau tulisannya seperti itu
di thai sukar nak jumpa tulisan roman esp di.luar bangkok
DeleteKedai beg tu, kalau kami pun sama masuk, mau lama beleknya.
ReplyDeletesaja je nak buat TG panas ya🤣
Deletemakanan yang menyelerakan dan risau juga bila berlaku masalah miscomnunication
ReplyDeletesolusi yg 👍 bijak bla x pandai ckp BI o BM
DeleteBahaya kalau aunty ternampak kedai beg cam ni....!
ReplyDeletetersangat bahaya
Deletegeram betul zaty tengok beg-beg tu semua! lawanyaaaa!
ReplyDeletesabarrrr🤣
DeleteBelogkiter tak boleh tengok handbag tau. huhu. hian je nak memebeli
ReplyDeletebahaya ni🤣
Delete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆