Pages

Friday, 2 May 2025

Aranyaprathet, Thailand: @Border Hotel

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

usai urusan passport, kami terus keluar dari Klongkuk Boundary Post (KBP) dan menuju ke hotel. jaraknya cuma 180M atau 2 minit je berjalan dari KBP.

suasana malam kat sini tak sama macam Poipet. kalau Poipet masih sibuk dengan urusan 'duniawi', tapi kat Aranyaprathet ni, agak sunyi walaupun jam baru menunjukkan pukul 8.45 malam.

tiba di hotel, tour agensi mula edarkan kunci bilik. 1 bilik untuk 2 orang. dapat je kunci, anies terus ke tingkat 2. hotel ni cuma 2 tingkat. tapi disebabkan ada luggage (driver dah turunkan semua luggage yang ditinggalkan dalam bas dan dikumpulkan kat lobi hotel), jadinya agak payah juga nak bawa ke atas. 

anies tak ada masalah fasal ni. tapi kesian kat ahli rombongan yang ada banyak barang dan luggage besar.

masuk je bilik, anies terus iron baju dulu. then barulah mandi dan solat. Alhamdulillah... walaupun bilik ni agak kecil tapi kemudahan yang disediakan lengkap. toilet bersih, ada bidet, bantal dan tilam empuk, TV, cerek, toiletries dan lain-lain.

hotel ni cuma bertaraf 3 bintang je. tapi saban masa sold out sebab sentiasa penuh dengan mereka yang selalu berurusan di sempadan termasuklah pelancong.


lokasi hotel ni tepi jalan menuju ke KBP. jadi memang senang sangat nak cari... 

yang bumbung hijau tu Klongkuk Boundary Post. dekat sangat, kan?

bangunan hotel... hotel ni memanjang ikut laluan jalan raya...

lobi hotel. masa ni baru perasan yang warna tema hotel ni adalah oren. dah siang baru perasan😂 BTW, hotel ni tak ada sediakan sarapan ya...

bilik hotel

meja ni jadi iron board sekejap😂😂

air paip laju dan bersih...

ruang mandi...

ada Netflix tapi tak boleh tengok. tak tahulah kenapa...

hotel ni cuma ada 2 pilihan bilik iaitu standard twin room &  standard double room. 👆 twin room. then, sebelah katil (kiri) tu ada tempat penyangkut baju...


kalau korang berhajat nak masuk / keluar Cambodia melalui sempadan darat, bolehlah cuba menginap kat hotel ni. boleh booking kat Agoda atau Booking.com.

okey, tu jelah cerita untuk hari ni.
thanks for reading.
daa...

27 comments:

  1. sedapnya boleh gi jalan2 ke Thailand.

    ReplyDelete
  2. Greetings from Turkiye have a nice weekend

    ReplyDelete
  3. Parece un buen hotel. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  4. yg penting meja blh jd iron board hehehe

    ReplyDelete
  5. Lumayan bersih dan rapi hotelnya Cik. Nyamanlah buat rehat ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, yang penting dapat lena sampai ke pagi

      Delete
  6. Bom dia e um excelente sábado, com muita paz e saúde.

    ReplyDelete
  7. very beautiful post, thanks for your sharing

    ReplyDelete
  8. Biasanya untuk transit memang cari hotel paling dekat dengan tujuan, tak kisah sangat keselesaan kerana sekadar nak tidur sahaja. Apapun Border Hotel ini lengkap juga, katil pun single king.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. boleh tidur lena and ada bidet dah ckp syukur

      Delete
  9. Yang penting, cukup selesa untuk menginap dan bobok lena 😊

    ReplyDelete
  10. Yang penting nyaman dan bersih.. Kalo sudah ngantuk mah langsung pules tidurnya😁

    ReplyDelete
  11. Waah iyaaa, Deket sangat dengan Border ya kak 👍👍👍. Lihat bentuk hotel pun nampak nyaman. Kamar mandi pun bersih, itu yg penting 😄.

    ReplyDelete
  12. Krn tak ada lift ,nampak nya saya kalo stay sana hrs olahraga lah ini angkat koper ke atas 😂.

    ReplyDelete
  13. Nampak selesa hotel tu. Saya pun suka cari yg jenis 3 stars je sbb harga, n kadang2 lokasinya yg dkt dgn tourist attraction 🤭

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆