✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Dah lama cari minuman ni since Khairul Aming 'viral' kan dulu. tapi tak jumpa jumpa.
nak jadi cerita, last week ke Econsave. nasa tengah cari nasi impit, tiba-tiba ternampak minuman ni. anies tak fikir 2 kali. terus sambar!
so far setahu anies minuman ni cuma didatangkan dalam saiz 1 liter sahaja. belum jumpa lagi dalam bentuk air kotak or air tin.
maklumat pemakanan...
info tentang minuman ni yang patut pengguna tahu...
masa buka penutup ni anies terkejut bila tengok penutup warna perak (seal) di dalamnya dah terbuka. takut jugalah kalau kalau ada yang gatal tangan, dia buka penutup then cucuk dengan jari. tapi masa bawa air ni secara melintang, syukurlah ia tak tumpah. maknanya penutup kotak ni belum pernah dibuka...
warnanya sama macam susu soya. dari segi rasa, ada sedikit rasa gula perang dan baunya lebih kuat berbanding susu soya biasa. bagi anies air ni akan jadi lebih sedap kalau diminum sejuk atau dicampurkan dengan ais. kalau tak, rasanya sedikit hambar.
that's all!
p/s hari ni mengantuk sangat. BW banyak tak selesai lagi... haihhh😔