Berbuka puasa @ Berjaya Times Square Hotel, KL

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Alhamdulillah... ada rezeki kami tahun ni berbuka puasa di hotel. kali ni pihak office yang belanja. so masing-masing senyum lebar bila dapat makan free. terima kasih bos & management.


setiap staf dapat kupon ni... 


cerita berbuka puasa ni berlaku minggu lepas. pada mulanya pihak office cadang nak buat on hari Nuzul Al-Quran. tapi masing-masing tak mahu ganggu cuti. then AJK buat undian untuk pilih tarikh. finally mereka bersetuju untuk berbuka pada Jumaat minggu lepas sebaik selesai kerja.

tema bufet Ramadan kat hotel ni adalah Selera Nostalgia Do Re Mi. so mostly hidangannya terdiri makanan popular di Malaysia.

selain kami, ada juga orang awam yang berbuka kat sini.

komen tentang makanan & minuman kat hotel ni? terbaik! sangat sedap, okey! anies rasa kalau belanja seperti amaun yang tercatat atas kupon, amatlah berbaloi. siyes, beb! sangat sedap.

anies ambil dalam.portion kecil dan hampir semua hidangan yang ada, anies makan kecuali minuman. memang tak pandang air lain daa... teh tarik kat sini... aduyaiiii.... menyesal tak bawa botol air! entah berapa cawan agaknya yang masuk perut hari tanpa diet

foto sangat banyak. so bertabahlah ya...

section ikan masin, telur asin, mempedal goreng etc.

section ulam-ulaman

section steamboat

pelbagai jenis kerabu...

seafood yang dimakan bersama pelbagai jenis sos...

section kari kepala ikan... terbaik punya kari! kalah kari mamak!

section sate dan 'adik-beradiknya'...

section nasi ayam hainan... ayam ni sangat juicy, okey!

section nasi goreng, nasi putih dan pelbagai jenis sambal ada dalam kuali...

section kuih-muih tradisi...

teruja betul bila nampak section chocolate fondue dan 'adik-beradiknya'... jangan tak percaya ya! pihak hotel guna dark chocolate ni. sangat likat, pahit tapi sedappp...

section kuih raya. semua kuih-muih raya ni sedap beb... rasa nak bawa balik sebalang!😂

section buah-buahan...

section air panas. ada 4 jenis air: teh o, kopi o, nescafe tarik dan teh tarik... section air sejuk belah kiri foto...

section ABC (air batu campur) dan 'adik-beradik' beliau...

section ais krim. tong ais krim ada kat sebelah kiri foto. sorry tak termasuk dalam foto. kat sini korang scoop ais krim dalam mangkuk then hiaslah dengan pelbagai topping yang ada...

section kegemaran ramai... tak lain tak bukan... nasi beriyani dan kambing golek! kami dimakan bersama sos black pepper...

nasi lemak dan lauk-pauk sampingan seperti sambal sotong, sambal udang, sambal paru etc...

section bubur lambuk...

pelbagai jenis lauk yang dimakan bersama nasi putih...

section pizza pun ada tau! 

section roti canai dan martabak. dimakan bersama kuah kari.

antara makanan yang anies ambil... ni baru 1st round...😂 2nd round, 3rd round, 4th round maleh dah nak snap...😂😂

short video - meja kami😁


ada banyak lagi makanan yang disediakan tapi tak sempat anies nak snap semua. 

kalau ada rezeki, boleh bolehlah try berbuka puasa kat sini. sangat sangat berbaloi, okey! yang paling penting, sedap!

sekali lagi terima kasih kepada pihak office kerana sudi belanja kami berbuka puasa di sini.

that's all for today
daaa

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

38 Words of Lo♥e

  1. Alhamdullilah dapat rezeki buka puasa bersama di hotel, nah kan bingung lagi...ronde ke satu ke dua ke tiga dan seterusnya😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😁😁 ikut nafsu tak nak berhenti mkn sampai pukul 10 malam🤣

      Delete
  2. Meriah betul menunya. Ni kalau dapat makan sampai moreh memang asyik.

    ReplyDelete
  3. best je dpt mkn buffet free.. mewah sgt nih.. wak is jealousy 😜😜

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah... sethn sekali wak mkn mcm ni

      Delete
  4. dpt iftar kt hotel mmg seronok sbb mcm2 pilihan menu smp tktau nk mkn kan...nak plak di taja lg la best

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhandulillah
      pening nk makan yg mana 1😁

      Delete
  5. waaahhhh! i olls tertumpu pada coklat fonde & section buah-buahannnnnn! aaaaa sedapnyaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya ana ms msk nmpk ni dulu. rs nk melompat kat situ🤣

      Delete
  6. Banyaknya makanan. Kalau saya, tak mampu nak rasa semua. Alhamdulillah, rejeki ofis belanja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah
      sy pilih yg teringin nak rs
      mcm kerabu suhun tu
      smpi 3x sy tambah😁

      Delete
  7. Wahh rezeki sangat kan. Semua yang Anies try sedap sedap. Memang berbaloilah kan berbuka puasa di sini. Harga setandin dan banyak pilihan makanan. Jenuh juga nak snap gambar tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya sy try yg jrg jumpa mcm kerabu suhun. mmg sedap smpi 3x tambah😁
      harga hotel kot mmg mcm tu...

      Delete
  8. Alhamdulillah bos baik hati. Hehe. Makanan sedaap. Semoga puasanya berkah, kak..

    ReplyDelete
  9. Untung la opis belanja...

    Uncle ni yg takde opis, camana...? huhuhu

    ReplyDelete
  10. Boa tarde de quarta-feira minha querida amiga.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah rezeki dibelanja in oleh pihak ofis.. untung nyer.. RM128.00 per adult tu huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah
      sy pun x tau harga bufet tu smpi laa mgmt edarkan kupon. so mkn je laa sbyk yg mampu😁

      Delete
  12. Rica comida. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  13. Untung tu ada juga pejabat nak bagi voucer berbuka di hotel. Banyak menunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa
      kalau x dpt hadir boleh dtg pd tarikh lain guna baucer tu

      Delete
  14. Wah rezeki berbuka kat hotel kan...best nampak semua hidangan terutama kambing tu...dapnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kambing golek mmg fav ramai
      cpt je habis tu

      Delete
  15. anies... sedap sgt nampak semuanya.. sebab tu la kan ambik sikit2 lepas tu jadi byk.. mkn x hbs..
    lepas tu kite bungkus bawa balik.. hihihihi (boleh ke? ;)

    ReplyDelete
  16. Wowwieee.. rambang mata tengok pelbagai juadah yang adaaa 🤩👍🏻

    ReplyDelete
  17. saya tercari-cari gambar orang makan banyak waktu berbuka nie ...tapi tak jumpa hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bla mkn byk lupa darat jap utk snap gmbr org tgh mkn😁

      Delete
  18. Aissssh sedaaaaap semua memang kliatan 😍😍😍😍. Ketawa lihat bubur lambuk bujang lapuk 😅😅. Yg buat dah bujang lapuk kah 🤭

    Saya tuh sbnrnya nak stay di berjaya pas ke KL nanti kak. Tapi masih ragu. Krn kami akan ke Penang pakai bus aeroline, dan bus ini standby di hotel corus. Makanya terpikir pula stay di corus, atau berjaya.. soalnya bus berangkat jam 9 pagi, takut pula tergopoh2 kalo stay di berjaya 🤣. Soalnya adik saya ada yg punya baby..

    Jauh tak berjaya hotel ke corus hotel?

    ReplyDelete
  19. Serasa mau dimakan semua.. semuanya sedaaappp

    ReplyDelete
  20. aduyai rambang mata tgk mcm2 menunya. lagi pula kalau puasa terasa semua nak cuba

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆