Pattaya, Thailand: Pattaya Floating Market
1:46 pm
✿...السلام عليكم✿
Dari Ratchaburi, kami terus menghala ke Pattaya... salah sebuah daerah yang memang tak asing lagi di bumi Thai ni.
kata cek Wan, kalau nak datang Thai ni, korang wajib pergi 5 tempat ni:
1. Bangkok
2. Chiang Mai
3. Pattaya
4. Koh Samui
5. Phuket
sebabnya... kelima2 tempat ni kira macam berbaloi2 laa untuk korang spend duit dan masa... tu kata cek Wan laa sebab dia tour guide. kita yang bukan tour guide ni, dengar je laa kan... 😆😆 cousin anies pula, bila dia tau yang kitorang akan pergi ke Pattaya, terus dia kata... "kak, ingat tak cerita tu?" hahaha... terus anies gelak... nak tau cerita apa yang dia maksudkan? hah, korang boleh klik kat SINI.
okey laa... layankan gambar sambil bercerita laa ye!
benda pertama yang akan korang jumpa bila dah sampai sini... kat belakang tu, kemain besar gedabak dia punya tongkang😆 tapi rupanya... sekadar bumbung dan bangunan je...
masuk sini kena bayar lor... tapi kami punya fee dan masuk siap2 dalam pakej.
main entrance. oleh kerana kami sampai dah lewat petang, so orang pun tak berapa ramai... floating market ni dibuka seawal jam 8 pagi dan ditutup pada pukul 7 malam.
kenapa floating market ni famous amos? ni jawapannya!
sebenarnya ada banyak drama sebelum kami masuk sini. sebelum sampai, cek Wan beritau yang kami akan solat jama' kat floating market ni. tapi, bila dah sampai sini, tup tup air paip tak ada / kecik. apa lagi... mula laa masing2 dok bising sana sini. ada yang marah cek Wan (bukan marah depan2) sebab tak singgah masjid padahal ada je masjid yang kami lewati sebelum sampai sini. menambahkan lagi 'drama'nya kedudukan bilik air dan surau dalam floating market ni... ya Allah... jauh sangat2... walaupun kawasan ni tak de laa besar mana pun tapi dia punya pusing sana pusing sini... memang boleh sesat laa... dah jadi macam ni lagi 'bengkek' laa diorang. waktu Maghrib dah nak dekat. tapi surau dengan bilik air... ada yang tak jumpa2.... masing2 dah berpecah. adoiii... pening gak laa anies masa ni. terus menjunam mood nak shopping...
jalan punya jalan, baru laa kami jumpa suraunya. Ya Allah... memang patut laa orang yang marah cek Wan tu. kecik bebenor suraunya! boleh muat dalam 5-6 je. pastu air paip kecik nak mamps... fuhhhh memang urut dada laa tahan sabar... FYI, surau ada kat belakang kedai teh ni...
moh kita tengok apa yang ada kat floating market ni. yang ni memang pemandangan biasa kalau kat Ratchaburi. tapi kat sini tak ramai yang menjual macam ni sebab...
mostly mereka menjual dalam kedai macam ni...
anies cuma beli FM je kat sini sebab harga kat sini pun boleh tahan mahal juga laa... tapi tak de laa sampai cekik darah gitu... masih boleh lagi kalau nak tawar menawar. cuma kena pandai la yek!
main entrance dari bahagian dalam floating market. disebabkan kami sampai sini pun dah nak maghrib jadinya tak banyak sangat aktiviti kat sini. tengok2 beli barang dan lepas tu balik hotel...
okey tu je cerita hari ni... thanks for reading..
p/s gambar tak boleh transfer ke PC tu sebab tak de mood nak update 😫😫😫
7 Words of Lo♥e
terus potong niat nak shopping kan
ReplyDeleteHahhaa... boleh ganti drama pukul 7 petang tu
ReplyDeletenice...
ReplyDeleteRata2 ada floating market ek kt sana.. tp tgk tmpt dia mcm pendalaman sikit yer..
ReplyDeleteselesai kewajipan baru senang hatikan..
ReplyDeletekena take note ni..nasib baik tak gulung cik wan tu jadi nasi goreng pattaya sebab geram
ReplyDeleteBab mencari tempat solat dalam kawasan macam ni betul menguji kesabaran kan..
ReplyDeleteApa-apapun singgah sini dari entry floating market 2024.
☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆