✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Segalanya berpunca dari X (Twitter) bila mana YB Shah Alam buat satu 'ciapan' tentang macam mana nak atasi kesesakan di Lebuhraya Persekutuan. salah satu cadangannya adalah mewujudkan BRT Laluan Shah Alam.
so, macam biasa... ada yang sokong, ada yang bangkang diikuti pelbagai alasan yang logik / tak logik diluahkan.
'topik' ni agak lama juga 'berlanjutan' kat X dan disebabkan tu, tiba-tiba anies terasa nak naik BRT😂 boleh tak macam tu?😁
sebenarnya ni kali kedua anies naik BRT. masa kali pertama naik tu, tak sempat nak snap foto bagai sebab dalam kepala, just nak buat kerja je (ada buka booth masa tu kat Sunway Hotel).
kali kedua ni, just nak santai-santai je. so, berbekalkan pass Smart50, anies cuma naik LRT (Laluan Kelana Jaya) dan turun kat stesen USJ 7. then, sambung ke stesen BRT yang hanya terletak 'bersebelahan' je.
sebaik tiba... eh, ramai pula orang nak naik BRT hari ni! tak sampai 5 minit menunggu, bas pun sampai.
bagi yang tak tahu apa itu BRT, ia merupakan laluan bas khas yang menghubungkan 1 kawasan dengan kawasan yang lain. laluan BRT sama macam jalan raya. tapi cuma bas sahaja yang menggunakan laluan ni dan akan berhenti di stesen-stesen khas.
so far dalam Malaysia ni cuma ada 1 je laluan BRT yang terletak antara USJ, Subang Jaya dengan Bandar Sunway. that's why laa YB Shah Alam tu bagi cadangan untuk wujudkan BRT kedua.
tapi bagi anies idea ni mungkin tak berlaku kerana pada tahun depan, MRT Laluan Shah Alam bakal dibuka. so, orang Klang, Bukit Raja dan Shah Alam kalau nak pergi KL, just naik MRT je nanti.
berbalik kepada BRT ni, ia salah sebuah prasarana yang dikendalikan pihak rapidKL. so kalau nak naik dan tak ada pass Smart50, korang boleh guna kad TnG. kalau tak ada kedua-dua kad ni, beli je token kat mesin tiket.
since penumpang agak ramai hari tu, anies cuba loloskan diri ke ruang bersebelahan pemandu. kat situ tak ada kerusi. tapi yang best nya dapat saksikan 'suasana' atas laluan BRT!
stesen BRT USJ 7... tu tengah tunggu bas sampai...
short video. bas dah nak sampai...
nampak macam tak ramai. tapi bila dah masuk, sesak juga!
laluan ke stesen LRT USJ 7 (sebelah kiri foto) manakala atas bumbung stesen BRT ni adalah landasan LRT. faham tak? kalau tak faham acu tengok foto👇
stesen LRT USJ 7. landasan LRT di atas manakala laluan BRT di bawah...
kan anies dah cakap... berdiri kat sebelah driver gituu...
jelas depan mata, laluan BRT yang lengang. ya. memang tak ada kenderaan lain. hanya bas BRT sahaja yang beroperasi kat sini. dan... dalam bas ada air cond ya...
short video. on the ride...
bas-bas BRT parking dan dibaiki kat sini.
dah sampai...
BRT ni tak ada loceng ya untuk ditekan kalau korang nak turun, macam bas-bas lain. jangan nanti dah naik, tercari-cari pula loceng. haa... buat bantai gelak orang je nanti😂
stesen-stesen BRT dan harga tambang... kalau korang nak pergi pasar raya Mydin terbesar @ Malaysia, korang boleh turun kat stesen South-Quay-USJ 1. kalau korang naik KTM Komuter, turun kat stesen Setia Jaya. then tukar ke stesen BRT Sunway-Setia Jaya yang cuma terletak bersebelahan je.
stesen BRT Sunway Lagoon. anies turun kat sini...
korang dah pernah naik BRT ni? kalau belum, try laa naik sekali. best tau!
BTW, apa anies buat kat Sunway Lagoon? bermandi-manda? atau pergi shopping kat Sunway Piramid?
to be continued...
Tak pernah naik cuma nampak BRT ni jalan dia je....senang budak uni sekitar situ nak bergerak.
ReplyDeleteya yg untung bdk2 uni sunway tu laa hehe
DeleteBagus ye ada laluan khas untuk bas. Taklah sesak dengan kenderaan lain. Perjalanan pun lancar. Tak ada loceng sebab dia berhenti henti di lokasi yang ditetapkan. Kan? So boleh turun di hentian yang kita nak. Haa..buat apa kat situ? Kita tunggu next entry je lah ye.
ReplyDeletetu laa kaw2 luar KL ni ni patut jg buat BRT..
Deletekuak lentang dlm pool
hahahha
Selalu tengok dari bawah je... tak pernah naik atas
ReplyDeletennt kalau g area sunway boleh laa try naik
DeleteAm i the first here hihiii..
ReplyDeleteacu tgk komen di atas
Deletehahaha
Segala apa yg baik dan memudahkan utk rakyat kita sokong.. tapi biarlah kena dngn cara nya.. kawasan yg padat dgn penduduk B40 tu buat lah stesyen kan.. ini buat kawasan yg bukan B40.. diorang pun tak nak naik.. huhuu.. eh tiber lak bagi pandangan kat sini hihihii
ReplyDeletesetuju kalau kemudahan sebegini dibuat di kaw B40
Deletetp bla fikir kawasan yg terhad kat situ...
agak payah juga...
bila kemudahan pengangkutan 'dtg kemudian' sebelum penempatan...
Pro dan kontra selalu ada..itu biasa... pun kita butuh transportasi yang memadai dan cepat.
ReplyDeletetu laa
Deleteuntuk kemudahan mereka yang kurang berkemampuan
Gezinin sonu güzel sanırım. Birde güzel yerde her zaman insan çok oluyor demek. Bu değişmez kural. 😊
ReplyDeleteHaklısın. Teşekkür ederim.
DeleteTak pernah lagi naik BRT. Macam jauh sangat nak mencuba 😅
ReplyDeletennt2 jenjalan area sunway bleh laa try naik... then shopping or mkn kat sunway piramid ;-)
DeleteBoa tarde de quinta-feira minha querida amiga.
ReplyDeleteobrigado luiz👍
DeleteEs un genial lugar. Te mando un beso.
ReplyDeletegracias!
DeleteIni kalau bawa anak-anak, syok gak ini.. Nak kena cari masa ini..
ReplyDeleteOh, ada laluan khas BRT. Patut tak sesak. Bagus juga.
ReplyDeleteEh, dulu-dulu saya pernah naik komuter sampai stesen Setia Jaya. Pastu naik teksi, pi Subang Parade. :D
laa awat naik teksi g subang parade? komuter ada sendiri: stesen subang jaya. n keluar je trs bleh g subang parade...
DeleteSure, Anies pergi shopping lah...
ReplyDeletefirst time mama dgr pasal BRT ni. lama tak naik public transport. tapi bagus la ada pilihan utk kurangkan kesesakan
ReplyDeletennt free2 g sunway bleh laa try naik BRT ni
DeleteOhhh ini mirip trans jakarta yaaa. Kalo di sini memang TransJ paling duluan ada kak, baru kemudian MRT dan LRT. Jadi rute Trans J dah banyak sangat sampai ke luar jakarta ada. Sementara MRT dan LRT yg msh baru panjangkan rutenya. Makanya LBH banyak yg pakai bus TransJ kalo di sini 😄. Jalurnya juga khusus.hanya dia saja yg lewat kan.
ReplyDeleteTapi kalo ke Malaysia saya LBH suka naik MRT atau LRT lah.krn merasa LBH banyak rutenya 😄
Belum pernah naik lagi setakat ni. Nanti nak planlah sekali.
ReplyDeleteBelum pernah. Mungkin sedikit masa lagi.
ReplyDelete