✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Cerita jalan-jalan Jepun kami bersambung dari SINI.
kami tak ada plan / tujuan lain lepas melawat Tocho. jadi kami ambil keputusan untuk 'buang masa' dengan berjalan-jalan di sekitar Shinjuku. lagipun, 🎵🎶'malam masih muda' asal kau duduk macam tak buat apa 𝄞🎼 andai kata terjumpa tempat-tempat menarik, kami akan singgah.
first, kami singgah sini. sekali tengok je dah tahu. shopping complex.
short video inside the mall...
kami tuju ke bahagian kosmetik dan minyak wangi. adik farah, si nurul ada pesan. kalau jumpa minyak wangi dia minta tolong belikan. cari punya cari, tak ada laa pula minyak wangi yang dia nak tu. jenamanya ada tapi jenis perfume yang nurul nak tu, tak ada.
lepas tu kami merayau-rayau jelah sambil gatal tangan test/spray tester minyak wangi branded yang ada. so, malam tu kami tak payah mandi sebab masing-masing dah wangi😂😂
BTW harga kosmetik dan perfume kat sini, kalau convert to RM... lebih kurang je. kalau ada beza pun antara RM10 ke RM30 selepas cukai.
keluar dari shopping complex, kami nampak street busker ni. so, anies rekod video buat kenangan. mana laa tahu kan... 1 hari nanti group ni jadi popular... at least anies dah 'pernah jumpa' diorang... so tak payah pergi konsert lagi😂
then, kami pun melintas jalan. nak masuk Uniqlo ke tu? eh tak ada laa... sekadar snap foto je.
short video
kami just jalan-jalan je sambil memerhati gelagat orang ramai. Alhamdulillah... cuaca pada malam tu elok walaupun diselubungi angin sejuk.
sekali lagi kami melintas jalan. BTW ni bukan Shibuya Scramble Crossing (SCC) yang famous tu ya! ni zebra crossing biasa je. next time anies cerita fasal SCC ya!
kami teruskan berjalan tanpa tujuan. then farah buka Google Map: "eh, apa kata kita jalan kaki je sampai ke hotel? lagi pun dah tak jauh. sekitar 700M je."
kami setuju dengan cadangan farah tu. sebenarnya kalau naik tren, stesen Shin Ōkubo dengan stesen Shibuya cuma bersebelahan je.
then, suasana malam kat sini tak sunyi. even kat lorong-lorong kecil pun, ada ramai orang lalu-lalang. jadi taklah kami rasa takut nak sampai ke hotel.
kami singgah convenience store sebab dah haus. sambil-sambil tu sempat survey harga coklat yang ada...
dari convenience store, kami sambung perjalanan balik ke hotel.
sorry... blur laa pula...
tengok ni. dah malam pun ramai juga manusia kat sini. tak ada apa yang mengejutkan sebab Tokyo adalah bandar tersibuk/terpadat di dunia dengan jumlah penghuni seramai 31 juta orang! dah macam penduduk Malaysia (+-32 juta orang).
sorry... blur🙏
masa ni dah kami menghampiri area Shin Ōkubo. means dah tak jauh daa dari hotel kami. nak tahu kami menginap kat mana? boleh baca kat SINI.
short video
well tu je laa perkongsian untuk hari ni. esok dan lusa korang pergi mana? confirm pergi jemputan open house, kan? apa-apa pun... hati-hati di jalan raya! yang nak puasa 6 tu, selamat berpuasa!
salam 10 Syawal... daaa...
Rindunya saya dengan Tokyo, masih ingat lagi masa masuk Uniqlo tu, rambang mata!
ReplyDeletemesti byk memborong niii
Deleteanies..bila nak ajak akak gi Jepun?akak teringin nak pergi hokkaido hahaha
ReplyDeleteinsya allah 2026. nak ikut tak?
Deletebestnya ke jepun..
ReplyDeleteya x dinafikan..
Deletebestnya berjalan2 di Tokyo. Selamat Hari Raya Aidil Fitri...
ReplyDeletesalam aidilfitri utk abam kie sekeluarga
DeleteWah.. Betul-betul jalan-jalan ini.. Sesekali buat aktiviti macam ini memang syok.. Okaylah orang ramai, suasana pun sibuk.. Nak berjalan pun tak adalah risau sangat..
ReplyDeleteseronok bla jln2 dlm kelompok ramai mcm ni. tak ada laa rs tkt even dah malam
DeleteMeriah bandar dia. Penuh manusia.
ReplyDeletetokyo mcm ni laa... x sunyi dr org ramai
DeleteCukup ramai juga kalau malam hari, gak takut karena banyak orang lalu lalang di gang"...wah ternyata padat juga ya , tapi masih padat Jakarta seperti nya 😁.
ReplyDeleteya. orang kat tokyo ni mana mana pergi pun tetap ramai...
Delete31 juta orang dalam 1 kawasan...
selamat berpuasa anies
ReplyDeleteterima kasih kak
DeleteNe güzel hem geziyor hem de eğlenmiyorsunuz. Fotoğraflar güzel gezinin tadını çıkarın. İyi eğlenceler dilerim. Sevgiler. 😊
ReplyDeletehello thank you sharing have a nice friday:*
ReplyDeleteURW✌️
DeleteTingginya kasut busker tu... tak jatuh ke?
ReplyDeletetak kot hehehe
DeleteMe encantaría viajar allí. Te mando un beso.
ReplyDeleteTokyo ni belum ada kesempatan lagi nak jejak kaki ke sini. Dulu cuma pergi Kyoto/Osaka je, tu pun sebab ada adik belajar dekat sana, jimat duit hotel hehe.
ReplyDeleteada rezeki nnt bolehlah singgah kota metropolitan ni😁
DeleteKalau sudah ke counter kosmetik mana boleh tahan
ReplyDeleteHahaha,,, kalau sudah pakai macam-macam minyak wangi tester boleh lah tak mandi sepekan
mana mana pergi jumpa kaunter perfume, mesti nak spray bagu wangi🤣
DeleteAlhamdulillah travelling ke Jepang, negara modern, bersih, tingkat disiplinnya tinggi, dan biaya hidupnya termasuk tinggi di dunia, apalagi di Tokyo. Walau bikin terkagum-kagum, tapi tingkat stres penduduknya tinggi. Oh ya, mohon maaf lahir batin ya, Taqobbalallahu minna wa minkum
ReplyDeleteya betul tu. serba serbi mahal. tapi kalau travel ke sana sekarang ¥ tengah murah...
DeleteAlhamdulillah, travelling ke Jepang, negara modern dengan tingkat kedisipilinan tinggi walau tingkat stres penduduknya juga tinggi mengingat biaya hidupnya tinggi seperti di TOkyo. Oh ya mohon maaf lahir batin ya, Taqobbalallahu minna wa minkum
ReplyDeleteya salam aidil fitri buat mas vicky sekeluarga
Deletebila nak ke jepun lagi? :D.. best tengok ..
ReplyDeleteinsya allah ada rezeki thn depan ;-)
Deletebisa ke tempat asalnya uniqlo y mbak hehe
ReplyDeletemantap
tak pergi pun. just snap foto je
Deleteunik Shibuya Scramble Crossing tu.. mmg bandar cosmopolian tokyo ni mcm KL juga padat dan sibuk kan
ReplyDeletebkn. ni bkn SCC. ni zebra crossing biasa je. ni kat shinjuku. nnt next entry sy share psl.SCC
Deletewahhh sesak mcm tengah KL nu! hehehe
ReplyDeleteni lagi sesak
DeleteParece un lugar interesante. Te mando un beso.
ReplyDeleteOrang kata harga baju kat uniqlo Jepun lebih murah compare kat Malaysia. Betui ka?
ReplyDeleteSesekali exercise kaki jalan malam-malam kan. Alahaiii sedihnya kalau yang dikirim tu takde. Takde rezeki lah kan. Kira okaylah kalau harga tak jauh beza sangat. Boleh membeli gitu.
ReplyDeleteJepang memang utk kosmetik dan skincare tak jauh beda dengan harga di luar negara. Krn dulu saya kan user setia SKII. Jadi saat ke jepang dah niat beli banyak Krn pikir lebih murah ternyata lebih mahal 🤣🤣🤣. Krn mereka pakai politik dumping kan. JD barang yg dijual ke luar negara lebih murah drpd yg mereka jual di dalam negara.
ReplyDeleteSejak itu tak nak lah beli SK-II di sana. JKT lebih murah 🤣🤣
Syoknya jalan-jalan sambil ambil angin malam Jepun 😊
ReplyDeleteKalau masuk Uniqlo tu, rasa-rasa jumpa jalan keluar dak? Confirm rambang mata kan… 😂
ReplyDelete