Tokyo, Jepun: jalan-jalan malam Shinjuku

12:00 pm

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Cerita jalan-jalan Jepun kami bersambung dari SINI.

kami tak ada plan / tujuan lain lepas melawat Tocho. jadi kami ambil keputusan untuk 'buang masa' dengan berjalan-jalan di sekitar Shinjuku. lagipun, 🎵🎶'malam masih muda' asal kau duduk macam tak buat apa 𝄞🎼 andai kata terjumpa tempat-tempat menarik, kami akan singgah.


first, kami singgah sini. sekali tengok je dah tahu. shopping complex.





short video inside the mall...


kami tuju ke bahagian kosmetik dan minyak wangi. adik farah, si nurul ada pesan. kalau jumpa minyak wangi dia minta tolong belikan. cari punya cari, tak ada laa pula minyak wangi yang dia nak tu. jenamanya ada tapi jenis perfume yang nurul nak tu, tak ada.

lepas tu kami merayau-rayau jelah sambil gatal tangan test/spray tester minyak wangi branded yang ada. so, malam tu kami tak payah mandi sebab masing-masing dah wangi😂😂

BTW harga kosmetik dan perfume kat sini, kalau convert to RM... lebih kurang je. kalau ada beza pun antara RM10 ke RM30 selepas cukai.


keluar dari shopping complex, kami nampak street busker ni. so, anies rekod video buat kenangan. mana laa tahu kan... 1 hari nanti group ni jadi popular... at least anies dah 'pernah jumpa' diorang... so tak payah pergi konsert lagi😂

then, kami pun melintas jalan. nak masuk Uniqlo ke tu? eh tak ada laa... sekadar snap foto je.

short video


kami just jalan-jalan je sambil memerhati gelagat orang ramai. Alhamdulillah... cuaca pada malam tu elok walaupun diselubungi angin sejuk.



sekali lagi kami melintas jalan. BTW ni bukan Shibuya Scramble Crossing (SCC) yang famous tu ya! ni zebra crossing biasa je. next time anies cerita fasal SCC ya!




kami teruskan berjalan tanpa tujuan. then farah buka Google Map: "eh, apa kata kita jalan kaki je sampai ke hotel? lagi pun dah tak jauh. sekitar 700M je."

kami setuju dengan cadangan farah tu. sebenarnya kalau naik tren, stesen Shin Ōkubo dengan stesen Shibuya cuma bersebelahan je. 

then, suasana malam kat sini tak sunyi. even kat lorong-lorong kecil pun, ada ramai orang lalu-lalang. jadi taklah kami rasa takut nak sampai ke hotel.


kami singgah convenience store sebab dah haus. sambil-sambil tu sempat survey harga coklat yang ada...


dari convenience store, kami sambung perjalanan balik ke hotel.


sorry... blur laa pula...

tengok ni. dah malam pun ramai juga manusia kat sini. tak ada apa yang mengejutkan sebab Tokyo adalah bandar tersibuk/terpadat di dunia dengan jumlah penghuni seramai 31 juta orang! dah macam penduduk Malaysia (+-32 juta orang).

sorry... blur🙏


masa ni dah kami menghampiri area Shin Ōkubo. means dah tak jauh daa dari hotel kami. nak tahu kami menginap kat mana? boleh baca kat SINI.

short video


well tu je laa perkongsian untuk hari ni. esok dan lusa korang pergi mana? confirm pergi jemputan open house, kan? apa-apa pun... hati-hati di jalan raya! yang nak puasa 6 tu, selamat berpuasa!

salam 10 Syawal... daaa...

Echoes Of The Past: Old Stories Retold

44 Words of Lo♥e

  1. Rindunya saya dengan Tokyo, masih ingat lagi masa masuk Uniqlo tu, rambang mata!

    ReplyDelete
  2. anies..bila nak ajak akak gi Jepun?akak teringin nak pergi hokkaido hahaha

    ReplyDelete
  3. bestnya berjalan2 di Tokyo. Selamat Hari Raya Aidil Fitri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam aidilfitri utk abam kie sekeluarga

      Delete
  4. Wah.. Betul-betul jalan-jalan ini.. Sesekali buat aktiviti macam ini memang syok.. Okaylah orang ramai, suasana pun sibuk.. Nak berjalan pun tak adalah risau sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok bla jln2 dlm kelompok ramai mcm ni. tak ada laa rs tkt even dah malam

      Delete
  5. Meriah bandar dia. Penuh manusia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tokyo mcm ni laa... x sunyi dr org ramai

      Delete
  6. Cukup ramai juga kalau malam hari, gak takut karena banyak orang lalu lalang di gang"...wah ternyata padat juga ya , tapi masih padat Jakarta seperti nya 😁.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya. orang kat tokyo ni mana mana pergi pun tetap ramai...
      31 juta orang dalam 1 kawasan...

      Delete
  7. Ne güzel hem geziyor hem de eğlenmiyorsunuz. Fotoğraflar güzel gezinin tadını çıkarın. İyi eğlenceler dilerim. Sevgiler. 😊

    ReplyDelete
  8. hello thank you sharing have a nice friday:*

    ReplyDelete
  9. Tingginya kasut busker tu... tak jatuh ke?

    ReplyDelete
  10. Me encantaría viajar allí. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  11. Tokyo ni belum ada kesempatan lagi nak jejak kaki ke sini. Dulu cuma pergi Kyoto/Osaka je, tu pun sebab ada adik belajar dekat sana, jimat duit hotel hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada rezeki nnt bolehlah singgah kota metropolitan ni😁

      Delete
  12. Kalau sudah ke counter kosmetik mana boleh tahan
    Hahaha,,, kalau sudah pakai macam-macam minyak wangi tester boleh lah tak mandi sepekan

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana mana pergi jumpa kaunter perfume, mesti nak spray bagu wangi🤣

      Delete
  13. Alhamdulillah travelling ke Jepang, negara modern, bersih, tingkat disiplinnya tinggi, dan biaya hidupnya termasuk tinggi di dunia, apalagi di Tokyo. Walau bikin terkagum-kagum, tapi tingkat stres penduduknya tinggi. Oh ya, mohon maaf lahir batin ya, Taqobbalallahu minna wa minkum

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu. serba serbi mahal. tapi kalau travel ke sana sekarang ¥ tengah murah...

      Delete
  14. Alhamdulillah, travelling ke Jepang, negara modern dengan tingkat kedisipilinan tinggi walau tingkat stres penduduknya juga tinggi mengingat biaya hidupnya tinggi seperti di TOkyo. Oh ya mohon maaf lahir batin ya, Taqobbalallahu minna wa minkum

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya salam aidil fitri buat mas vicky sekeluarga

      Delete
  15. bila nak ke jepun lagi? :D.. best tengok ..

    ReplyDelete
  16. bisa ke tempat asalnya uniqlo y mbak hehe
    mantap

    ReplyDelete
  17. unik Shibuya Scramble Crossing tu.. mmg bandar cosmopolian tokyo ni mcm KL juga padat dan sibuk kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. bkn. ni bkn SCC. ni zebra crossing biasa je. ni kat shinjuku. nnt next entry sy share psl.SCC

      Delete
  18. wahhh sesak mcm tengah KL nu! hehehe

    ReplyDelete
  19. Parece un lugar interesante. Te mando un beso.

    ReplyDelete
  20. Orang kata harga baju kat uniqlo Jepun lebih murah compare kat Malaysia. Betui ka?

    ReplyDelete
  21. Sesekali exercise kaki jalan malam-malam kan. Alahaiii sedihnya kalau yang dikirim tu takde. Takde rezeki lah kan. Kira okaylah kalau harga tak jauh beza sangat. Boleh membeli gitu.

    ReplyDelete
  22. Jepang memang utk kosmetik dan skincare tak jauh beda dengan harga di luar negara. Krn dulu saya kan user setia SKII. Jadi saat ke jepang dah niat beli banyak Krn pikir lebih murah ternyata lebih mahal 🤣🤣🤣. Krn mereka pakai politik dumping kan. JD barang yg dijual ke luar negara lebih murah drpd yg mereka jual di dalam negara.

    Sejak itu tak nak lah beli SK-II di sana. JKT lebih murah 🤣🤣

    ReplyDelete
  23. Syoknya jalan-jalan sambil ambil angin malam Jepun 😊

    ReplyDelete
  24. Kalau masuk Uniqlo tu, rasa-rasa jumpa jalan keluar dak? Confirm rambang mata kan… 😂

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆