✿...السلام عليكم✿
“Macam mana? jadi tak ni?” soal officemate aku.
“err... boleh ke ni?”
“ish, apa pulak tak bolehnya?”
“aku... seganlah...”
“nak segan mende nyer...
bukan ada sesiapa pun kat rumah aku tu.
hah, macam ni. kalau kau rasa segan,
kau duduk je dalam bilik bila ada orang datang...”
cadang officemate aku.
“kalau aku duduk je, nanti apa pulak kata family kau...”
aku kurang bersetuju dengan cadangannya itu.
walaupun dia kawan aku, tapi aku masih ada adab.
aku tak sesekali bersenang lenang
di rumah orang lain dan buat rumah tu macam rumah aku.
no, no!
"alaa... rileks laa... aku pun macam tu juga bila balik kampung."
aku terdiam dan tak tahu macam mana nak membalas.
"hah, tak pun... kau ikut aku.
kita ronda-ronda satu kampung. macam mana?"
aku memikirkan sejenak cadangan itu.
"boleh juga..." jawab aku yang sebenarnya masih teragak-agak
maklum sahajalah, ini kali pertama aku beraya di halaman
orang dan kali pertama juga aku merayakan Aidilfitri!
tak percaya? tapi... silalah percaya!
tahun ni merupakan kali pertama aku menyambut lebaran.
“hah, kau biar betul ni?” soal officemate aku pada suatu hari.
aku mengangguk.
“kau tak pernah beraya since kau darjah 3?”
aku mengangguk lagi.
"lepas mak aku meninggal, aku tak pernah beraya."
“maknanya, dah lebih 30 tahun kau tak beraya?"
kepalaku angguk lagi.
aku lihat, kawan aku ketawa dan menggeleng.
mereka tak percayalah tu!
“habis tu, selama ni kau beraya macam mana?”
soal kawanku yang lain.
“yelah... pagi raya kau buat apa?
tak kan kau tidur sampai ke petang?”
soal kawan aku yang duduk di meja sebelah aku.
aku tersenyum.
“aku tak tidur. aku pergi solat raya tapi lepas tu aku duduk je kat rumah.”
“kau tak pergi beraya?”
“tak pernah!”
“masya-Allah....” serentak kedengaran kawan-kawanku seperti mengeluh.
“habis tu, duit raya? kau tak pernah dapat?
kau tak pernah beri?”
aku menggeleng dan mereka juga turut menggeleng.
“baju raya?”
“tak pernah ada!”
“hah, kau ni biar betul?
apa.. selama ni kau beraya kat dalam hutan ke?”
aku ketawa sambil menggeleng.
“aku pergi ke masjid pakai t-shirt dan kain pelekat je...”
“orang lain tak pandang kau ke?”
“entah...”
selepas itu, kawan-kawan aku berborak sesama mereka.
topik hangat tentulah pasal aku yang tak pernah beraya ni.
eh, besar sangat ke masalah aku tak pernah beraya ni?
“macam ni la... kau ikut aku balik kampung dan beraya.
memandangkan beberapa bulan yang lepas,
abah kau dah meninggal, so kau cakaplah dengan
family kau yang kau nak beraya dengan aku.
macam mana?”
aku terdiam seketika.
“nantilah... aku fikirkan...”
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ini adalah KISAH BENAR tapi
ianya bukan berlaku pada anies.
ia berlaku pada someone yang anies kenal.
memula dengar pasal hal ni, memang terkejut jugalah.
yelah... bunyi macam selama ni dia duduk kat oversea.
tak pernah beraya. tak pernah ada baju raya.
tapi tak tahulah pulak sama ada dia pernah makan
ketupat, lemang, kuih raya etc. atau sebaliknya.
nak kata dia datang dari keluarga miskin, tak juga.
sebab dia duduk di kawasan perumahan.
nak kata dia tak ada pendapatan,
mustahillah sebab dia ada kerjaya dan
masih belum berkahwin.
apa2 pun, harap2nya setelah dia beraya di halaman
orang pada raya yang lepas, tahun ni dia bersemangat sikit
nak beraya. at least ada beli sehelai baju dan
merayakan bulan kemenangan ini bersama family.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
terima kasih YAB Nuffnang yang sudi beri
duit raya walaupun mem besar blog ni,
mood dia ke laut sejak akhir2 ni.
BW pun jalan sekali harung!
btw, terima kasih Nuffnang!
dan di kesempatan ini, anies ingin mengucapkan
selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.
segala silap dan salah yang dilakukan
sama ada sengaja atau pun tidak,
mohon setulus hati agar diberi kemaafan.
yang pulang beraya, semoga selamat
pulang dan selamat kembali.
hati2 di jalan raya!
#pray4MH17
#pray4MH370
#pray4Gaza
#pray4MH17
#pray4MH370
#pray4Gaza
✿...السلام عليكم✿
Mula2 kenal roti titap ni
masa tertengok Majalah 3.
masa tu Mazidul dok tayang2
roti ni semasa dia berkunjung ke
salah sebuah warung yang agak
pemes kat Kelantan iaitu Kopitiam Kita.
bila tengok roti ni, tetiba terfikir...
kenapa sepanjang duduk kat Kelantan,
anies tak tahu pun tentang kewujudan
roti ni ek??
kesian...
sejak tu, ada jugalah usha2 kedai2
roti kat KL ni semata2 nak cari
roti macam yang ditunjukkan dalam
Majalah 3 tu.
pusing punya pusing, akhirnya jumpa roti ni.
laa... dekat je... kat dalam JJ rupanya.
sebungkus cuma 4 keping je.
tapi sekeping roti tu ketebalannya
bersamaan 2 keping roti biasa.
so setiap kali pergi ke JJ,
pasti anies akan angkut sebungkus.
roti ni expired date nyer kejap je.
so kalau nak 'lanjutkan' expired date nyer,
simpan je dalam peti ais.
seminggu selepas tu
still boleh makan lagi.
dah lebih 2 minggu berpuasa ni,
boleh dikatakan tiap2 hari anies
bersahur dengan roti titap ni.
bezanya dengan menu kat Kopitiam Kita tu,
anies tak letakkan kaya.
just letak telur separuh masak
dan lepas tu makan dengan sos cili.
sekeping je dah kenyang.
kalau malas or terlajak tidur,
just bakar je.
bila nampak dah hitam sikit,
terus je ngap!
oh, ya... nak buat roti titap ni senang je.
sapu je planta atas roti dan bakar 2-3 minit.
pada masa yang sama, rebus telur.
dalam tempoh 10 minit dah boleh
hadap roti titap ni.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
pagi ni, bising2 budak2 kat opis
pasal 'minah CDM25'.
aduyai.... penangan media sosial...
sekejap je kena troll, viral etc.
anies bukan nak troll budak ni
or nak 'menambahkan minyak'
yang sedia ada ni.
cuma mampu menggeleng bila tengok sikap yang
ditunjukkannya lebih2 lagi kita sedang berpuasa ni.
so, harap2 apa yang dah berlaku ni,
usah kita menambahkan lagi dosa sedia ada.
lihatlah apa yang terjadi ni sebagai
sempadan untuk kita agar berfikir lebih
waras dalam setiap tindakan.
mana tahu kan, esok lusa kita pulak
diuji lebih dahsyat daripada 'CDM 25' ni??
who knows rite?
sesi BW terpaksa ditangguh kerana line tenet tengah nazak...
✿...السلام عليكم✿
Der Weg ins Finale...
-Deutschland war in der Gruppe "G" oder
Gruppe "7"
-Deutschland beendete die Gruppenphase mit
7 Punkte
-Deutschland erzielte 7 Tore in der Gruppe
Stufen: 4 vs Portugal, 2 vs Ghana und 1 vs
USA
-Deutschland erzielte 7 Tore gegen Brasilien
-Und natürlich sind wir in der 7.
Monat des Jahres und gewinnen Ziel war
erzielte 7 Minuten zum Ende der Verlängerung
Zeit ... was für eine Weltmeisterschaft!
wir haben gewartet, so lange Zeit,
um diesen Moment zu sehen.
und heute bezahlt sie aus!
es gibt keine mehr Alptraum für uns.
es ist Zeit zu feiern.
Herzlichen Glückwunsch an alle!
Sie mich stolz gemacht haben!
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
kalau sesapa nak feeling2 macam
Maya Karin, silalah bertandang ke
rumah Uncle Google Translate ya!
sehari sebelum WC bermula,
sempat anies edit pic ni.
saja2 je edit and nak letak kat profile
dalam WhatsApp dan contact list.
lepas upload, ada laa hamba Allah
yang dok sindir2.
"boleh pergi ke team Hitler ni?
takat group stage je kot..."
"hey, come on laa... Oranje!"
"Brazillll baiii... ada Neymar tahu tak?"
"apa hal ni? kata fan Liverpool,
tapi sokong Germany... support la England!
ada Steven Gerrard!"
"apa ni? tak patriotik langsung!"
dan macam2 lagi.
anies just senyum je.
tapi pastu dalam hati menjawab:
"sukati orang ler nak support sapa!"
"tak de kena mengena fan Liverpool,
then kena support England! apa kes??"
"ooo... tak patriotik ya? dah tu,
janganlah pakai BMW! pakailah Proton Saga!"
dan pagi tadi, mulut2 yang dok bising
sebelum WC, sibuk2 hantar mesej.
"suka lettew jerman menang..."
"ko tak nak isytihar cuti umum ke?
jerman dah menang tu!"
"alaa... 1-0 je pun..."
"hah, cepatlah belanja! dah menang, kan?"
pulakkk...
apa2 pun, it's time to celebrate.
dan kalau boleh nak lupakan apa yang
dah berlaku pada WC 2002.
perit woo masa tu...
tapi hari ni, dah boleh tersenyum lebar.
masa menaip entry ni pun rasa bersemangat je.
masakan tidak!
semalam birthday,
then hari ni dapat 'hadiah'.
tetiba rasa tak sabar pulak nak tunggu
WC 2018 di Rusia.
boleh ke Germany pertahankan kejuaraan ni??
p/s untuk fans Argentina yang ber I.C Malaysia... terimalah...
selamat menyambut Nuzul Quran, esok. KL cuti buat pertama kali...yahooo...
✿...السلام عليكم✿
Alhamdulillah...
dengan itu, bertambah lagi usiaku ini.
yang ke berapa ni?
baru je 18 tahun.
^_^
so, cam ne ek anies boleh tahu
yang hari ni birthday hijrah anies?
sebenarnya memang dah lama tau
sebab arwah abah ada buat note
kat surat beranak tentang tarikh lahir
anies ni.
then 2 tahun lepas, terjumpa 1 website
ni and anies check, memang betul... anies
lahir pada 16 Ramadan.
so kalau yu ols nak tahu
BILA TARIKH LAHIR YU OLS
MENGIKUT TAHUN HIJRAH,
klik je kat SINI.
ok... tu je...
anies nak gi makan kek kat atas tu sekejap.
ops!!
p/s Vielen Dank, dass du meine Liebe...
fur Ihren wunch...
✿...السلام عليكم✿
Yang pertama, tentang MINI GIVEAWAY MAJALAH AISYAH.
tepat jam 11.59 malam ni adalah tempoh terakhir untuk
yu ols menjoinkan diri.
then sesiapa yang dah join tapi belum complete kan
syarat2 nyer... sila bertindak sekarang ya...
KLIK DI SINI UNTUK JOIN MINI
GIVEAWAY MAJALAH AISYAH.
kalau yu ols menang mini GA majalah Aisyah ni,
then yu ols dialu-alukan untuk join kontes
yang super kacang ni!
yang kedua, tentang BLOG LIST OF THE MONTH.
ada yang dah letakkan URL BLOG tapi sayangnya
TAK DISERTAKAN BULAN KELAHIRAN.
so anies minta kerjasama yu ols
untuk semak semula ya...
kepada yang dah join, terima kasih banyak2.
KLIK DI SINI UNTUK JOIN
BLOG LIST OF THE MONTH.
TERIMA KASIH YA KAWAN2!
p/s masih dalamusaha melangsaikan hutang2 BW dan follow back...
✿...السلام عليكم✿
Walaupun KLIHF 2014 dah menutup tirainya,
tapi anies masih lagi nak share tentang apa
yang dah berlaku sepanjang program ni.
salah satu acara yang kami adakan
sempena program ni adalah majlis
pelancaran majalah terbaharu keluaran
AM Sdn Bhd iaitu majalah AISYAH!
spesifikasi majalah Aisyah:
deskripsi majalah: Aisyah merupakan sebuah majalah untuk wanita
yang kaya dengan pengisian ilmu berteraskan nilai Islami.
majalah ini mengambil kira pelbagai pendekatan ilmu yang
dapat memenui kehendak seorang wanita untuk menjadi wanita muslimah.
antara isu-isu yang dipaparkan: wanita sebagai seorang individu
berkerjaya, wanita dan keluarga, wanita dan masyarakat menurut
perspektif Islam dan lain-lain.
jumlah muka surat: 96
colour: 4 colours
sasaran pembaca: 21 tahun dan ke atas
binding: perfect binding
harga: RM8 (SM), RM9.50 (S/S), Brunei B$8.00, Singapura S$8.00
jumlah keluaran: 1 / per month
FB: https://www.facebook.com/majalah.aisyah
antara kandungan: Munakahat, Ibrah, Adam, Mudahnya Masak Chef Nan, Novel Bersiri, Bisnes Online, Ustaz Cinta, etc.
dan seperti yang tertera kat title entry,
khas untuk followers blog ni,
4 BUAH MAJALAH AISYAH FIRST EDITION ini
akan MENJADI MILIK YU OLS.
nak tak??
okey, kalau nak, sila amati syarat-syarat berikut:
1. yang ada akaun FB, sila LIKE fanpage majalah Aisyah. klik DI SINI.2. yang tak ada akaun FB, di ruangan komen, sila sambung ayat ini: SAYA INGIN MENDAPATKAN SENASKHAH MAJALAH AISYAH KERANA ______________ jumlah perkataan - TIADA HAD.
3. sertakan URL blog.
4. sertakan VALID EMAIL ADDRESS.5. kalau nak buat entry untuk GA ni, sertakan LINK sekali. kalau tak nak buat pun tak apa.6. tarikh tutup: 7 JULAI 2014 (ISNIN)7. pemenang akan dipilih menerusi random.com.*pemilik akaun FB juga perlu mengikuti syarat nombor 3 & 4.
so, ALL THE BEST ya!
last but not least...
ada beberapa keping gambar yang sempat
diambil semasa pelancaran majalah AISYAH.
cekidaut!
last but not least...
ada beberapa keping gambar yang sempat
diambil semasa pelancaran majalah AISYAH.
cekidaut!
Irma Hasmie & majalah Aisyah.
nak tahu apa cerita lebih lanjut?
dapatkan majalah Aisyah sekarang!
kudap-kudapan khas untuk mereka yang join
majlis pelancaran majalah Aisyah.
sewaktu majlis berlangsung...
orang ramai memenuhi pentas utama.
rasa macam tak bernafas masa ni...
ramai sesangat!
salah seorang finalist covergirl majalah Aisyah
sedang mendeklamasikan sajak.
Heliza Helmi merasmikan pelancaran majalah Aisyah.
yang yu ols nampak kat replika majalah tu
adalah cover untuk next issue.
autograph session bersama peminat
di booth AM.
sesak woo...
dari kiri Amin Idris, Felixia Yeap, Mizz Nina dan Noor Kumalasari.
mereka sedang berdiskusi dalam salah satu program yang
terdapat sepanajng KLIHF 2014.
oh, ya sebelum terlupa...
AHLAN WASAHLAN KEPADA SAUDARI BARU KITA...
RANIA a.k.a FELIXIA YEAP yang dikhabarkan akan
mengucapkan 2 kalimah syahadah pada hari ini.
ALHAMDULILLAH... bertambah lagi umat Muhammad.
Yatt Hamzah (berkalung bunga) tengah busy
layan customers yang datang ke booth nyer...
i found her a very friendly person.
sambil layan customer sempat berselfie dengan peminat.
berminat untuk menjadi sebahagian daripada
team majalah Aisyah?
hubungi pemilik emel di atas ya!
✿...السلام عليكم✿
Salam Ramadan untuk semua rakan2
blogger yang dihormati.
macam mana puasa so far?
Alhamdulillah... mudah-mudahan
kita dapat melaksanakannya dengan
sebaik mungkin hingga ke akhirnya.
insya-Allah.
lama juga tak bersiaran ni.
bukan merajuk.
bukan menyendiri.
bukan busy.
bukan penat.
tapi memenuhi hutang2 BW dan 'follow back'
yang tertunggak.
ada yang sempat anies singgah,
dan ada juga yang tak sempat anies terjah.
so harap2 ada yang tak berkecil hati.
insya-Allah anies akan singgah teratak yu ols...
cuma lambat or cepat je...
sabaq no!
dan mereka yang ada singgah ke sini,
terima kasih banyak2!
apa2 pun di kesempatan ini
anies ingin memohon jutaan ampun dan maaf
di atas salah silap, terkasar bahasa, tersinggung etc
sama ada sengaja atau tak disengajakan
sepanjang persahabatan kita
di alam maya ini.
mudah-mudahan ukhuwah yang terjalin
ini akan berkekalan hingga ke hujung nyawa.
insya-Allah...
oh, ya... soalan kat tajuk di atas tu
ditujukan kat budak ticit ni...
yang memang sah2 tak puasa
^_^
last but not least...
terima kasih Yang Berhormat Nuffnang
sebab masih sudi 'menjengah' dan 'menyapa'
blog yang tak seberapa ni.
(boleh tersenyum sampai ke telinga)