✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
selesai urusan beli tiket, (maaf, anies tak tahu harga tiket sebab ustaz [our tour guide] yang belikan) maka bergeraklah kami menuju ke kubu pertama.
sebelum tu, FYI ada beberapa lagi kubu yang dibina di sini. tapi disebabkan hal-hal seperti faktor keselamatan orang ramai, struktur kubu etc. maka ia ditutup kepada public. so hanya 2 kubu sahaja yang dibenarkan untuk dilawati.
kami diiringi seorang pegawai tentera. kiranya dia ni macam private tour guide laa. dari parking lot ke kubu pertama, jaraknya lebih kurang 50m. semua kena jalan kaki. no buggy car, okay?!!😂
sebaik melangkah masuk, kami terkesima sekejap. yalah... seumur hidup ni mana laa pernah masuk kubu tentera. kalau kubu yang diperbuat daripada 'kusyen' tu, tak heran dah😂 (you know what i mean, right?)
tapi ni kubu milik tentera Israel kot? bukan calang-calang punya military. meski ia tak secanggih dalam serba-serbi seperti hari ini, tapi bila melihat keadaan dalam kubu ni yang dah berusia lebih 50 tahun... hmm... kira agak hebat jugalah.
well... untuk cerita lanjut, anies explain dengan fotolah ya!
pintu masuk kubu pertama. pintu tu, kalau orang tinggi kena bongkok sikit. entah kenapa, bila tengok batu-batu tu dilonggokkan sebegini, dalam kepala terus teringat Piramid😁
kubu ni khas untuk pegawai tentera sahaja. kiranya ni macam office laa. so di sini pelbagai maklumat diterima/disebarkan/dimaklumkan melalui telefon, surat atau radio.
ketika kami berada dalam kubu ni, kami 'didendangkan' lagu kebangsaan Israel. kata pegawai tentera tu, mereka sengaja pasangkan lagu tu untuk pelawat mengimbau semula suasana ketika berperang dulu. kiranya, lagu tu digunakan untuk nak naikkan semangat patriotism dalam kalangan tentera. then, nampak tak white board sebelah kanan tu? di situ ada lirik lagu kebangsaan Israel. BTW yang pakai baju hijau tu patung ya.
kami ke bilik sebelah (dalam kubu yang sama) yang menyimpan beberapa peralatan yang pernah digunakan ketika kubu ni masih beroperasi. barang-barang seperti teropong, surat, pen, peluru, cop, tray makanan dan lain-lain disimpan dalam meja berkaca. manakala benda yang tersandar kat dinding kubu (sebelah kanan foto) tu adalah katil. oh ya, dinding kubu separa melengkung tu diperbuat daripada besi. macam mana besi ni ditanam/dibina, kami tak diberitahu tentangnya.
kubu pertama ni kecil je. hakikat, saiznya besar tapi pihak tentera cuma buka 2 bilik sahaja untuk orang ramai. then, dari kubu kami keluar melalui 'lorong' yang agak panjang tapi sempit (sebelah kiri gambar). lorong nilah yang tentera Israel gunakan untuk bergerak dari satu kubu ke kubu yang lain. nampak macam rendah je dinding lorong tu, kan? tapi sebenarnya tinggi. bila kami lalu, memang tak nampak kiri kanan kecuali langit.
keluar dari 'lorong kubu' terus terpampang kubu kedua. nampak tak peralatan ketenteraan (sebelah kanan foto) tu? kata pegawai tentera yang mengiringi kami (foto - kiri) tu, kubu kedua ni merupakan tempat simpan senjata termasuklah peluru berpandu.
anies tak tahu nama peralatan ni tapi yang pasti ia digunakan untuk melepaskan peluru berpandu. selain menempatkan senjata, ada item ketenteraan lain turut dipamerkan seperti topi tentera, pakaian, jam dan lain-lain. semua peralatan ni adalah milik tentera Israel.
kubu kedua ni agak sempit. so nak snap foto penuh tu 'sedikit mencabar'. so, silap anies tak rekod video kat sini. tapi bukan kat sini je. sepanjang berada kat sini, langsung tak ingat nak shoot video #mybad
antara senapang yang ditinggalkan tentera Israel. tersimpan kemas dalam almari kaca dan dirantai.
ni bom ke... peluru? ni semua peluru. sama ada masih boleh digunakan lagi atau tak, tu anies tak pasti. lupa nak tanya... yang nampak macam kaki manusia (sut kelabu) tu sebenarnya patung...
another senapang yang dipamerkan dan disimpan dalam meja kaca.
korang rasa ni lubang apa? haa ni laa lubang untuk simpan peluru berpandu. diperbuat daripada besi (tebal). bila tengok ni, anies terfikir macam mana laa diorang angkat dan bawa masuk ke dalam tanah... hmm... besar kot tempat simpanan peluru ni! boleh muatkan (saiz) seorang lelaki dewasa.
okey. selesai dah melawat kubu kedua. ya, macam yang anies beritahu. kubu ni besar tapi yang dibuka kepada orang ramai, kecil je. apa pun kami tetap puas hati dapat ke sini dan saksikan BTS 'drama' Perang Enam Hari yang berlangsung pada 1967.
oh ya... cerita kat BLL ni ada sambungan ya. anies nak 'sumbat' lagi tapi rasanya macam dah panjang je entry ni.
so stay tuned guys for the final part of Bar Lev Line next week. thanks for reading.
p/s sambung BW malam nanti🙏