✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
masa buat itinerary, anies masukkan kawasa Ueno ni sebab nak beli kain ela untuk buat baju raya. arwah mak cik anies dulu pernah outstation ke Jepun dan arwah belikan 6M kain ela kimono.
4M kain anies ambil untuk buat baju kurung dan selebihnya mama buat baju kurung Kedah. corak pada kain tu ada bunga-bunga tulip kecil warna merah. materialnya seperti kain kasa tapi lebih tebal. part paling tak suka fasal kain ni adalah time nak iron. kemain payah nak hilangkan kedutan.
tapi yang pasti warna pada kain tu sangat 'kebal', tak luntur mahupun pudar. lebih 10 tahun anies pakai baju kurung tu. maintain je warnanya.
tapi... entah samdol bagero mana agaknya... dia curi baju tu kat ampaian masa anies duduk asrama dulu😡😡😡
namun bila dah sampai sini, niat nak beli beli kain ela tu terpaksa dilupakan. ni kerana kami cuma ada masa 2 jam je (kedai kain ela tu terletak jauh ke dalam. kami kena jalan lebih kurang 400M dari kedai beg).
masa ni kami baru keluar dari stesen Ueno lepas membeli kat Hard Rock Cafe (boleh baca kat SINI). kat sini ada banyak lorong dan setiap lorong ada macam-macam jenis kedai. kalau sesat masuk lorong lain, don't worry. nanti korang akan jumpa balik 'jalan asal'. faham tak?
sebelah Yamashiroya (baca kat SINI) pun ada lorong juga. jadi kami pilih lorong ni dan terus jalan sampai ke dalam...
suasana @ Ueno. selain kedai-kedai, kat sini juga ada macam-macam jenis restoran dan kafe.
jejantas tu adalah laluan tren. setiap kali tren lalu, bergegar-gegar kawasan ni dibuatnya. bising pun ya...
kami stop kat salah sebuah kedai beg yang ada. nora dan farah berkenan dengan beg Anello. siapa tahu kualiti Anello ni, pasti takkan lepaskan peluang untuk beli sebuah.
rezeki depa... penjual beg tu boleh cakap bahasa Indonesia sebab dia pernah tinggal kat Bali selama 7 tahun. so, apa lagi? 'menggoreng' laa budak berdua tu minta diskaun kaw kaw😂
ni laa kedai beg yang kami singgah tu... lelaki pakai cap tu laa yang bisa ngomong ngomong dalam bahasa Indonesia😁
Aslan Kebab
selesai membeli, kami terus ke Aslan Kebab. restoran ni cuma 30m je dari kedai beg. saiz Aslan Kebab ni kecil je. kerusi meja pun cuma ada 4-5 buah je.
sebelum order makanan, kami plan nak bungkus je. tapi bila dah nampak menu, terus rasa lapar. lastly kami decide untuk makan kat situ.
ni laa restorannya. kalau korang singgah Ueno nanti, bolehlah try makanan kat sini. anies rasa ni satu-satunya restoran halal yang ada kat Ueno ni.
antara menu yang ada... haip! siapa suruh convert to RM?!!😁
anies dan nora pilih menu ni. rasanya ni chicken kebab rice. nikmat sungguh laa dapat jamah nasi. farah pula pilih chicken kebab wrap. ada foto wrap kat dalam menu👆 Alhamdulillah, walaupun portion nampak sikit tapi cukup buat kami kekenyangan. kami order air fresh orange tapi lupa pula nak snap😓
usai makan, kami terus gerak semula ke stesen Ueno. tapi OTW ke stesen, kami terjumpa kedai pre-loved barangan branded. farah ajak masuk sebab nak beli barang kiriman Nurul. cari punya cari, tak ada pula yang berkenan di hati.
nama je pre-loved tapi still mahal...
then, kami terus keluar dan menuju ke stesen. walaupun cuma sekejap je kat Ueno ni, tapi kami enjoy.
Ueno ni kawasan membeli-belah terkenal. in the future mungkin kami patut spend masa sehari seandainya ada rezeki ke sini lagi. insya Allah...
kami turun di stesen Shin-Ōkubo untuk ke hotel dan collect luggage. ketika turun tangga stesen, baru perasan ada billboard drama My Dearest terpampang kat sini. masa anies ke Jepun, My Dearest Part 2 sedang ditayangkan. mengambil peluang wi-fi hotel yang berdesup tu, sempat jugalah layan 2 episod😂
well, dengan ini berakhirlah kisah jalan-jalan kami di Tokyo. sedihnya nak tinggalkan kota Metropolitan ni😭😭 bila laa agaknya ada rezeki lagi nak datang ke sini...
so tu je laa perkongsian untuk hari ni. Isnin depan cuti umum sempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong. so macam biasa laa blog ni pun cuti juga. ada yang balik kampung ke tu? hati-hati di jalan raya ya!
hari ni hari last untuk join GA anjuran blogger syazni rahim. kalau korang tak join lagi, klik kat SINI, ya!
thanks for reading.
daaa