✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Sinopsis:
sewaktu sedang mengemas, Manuel (a.k.a Manu) terjumpa sebuah gitar di dalam setor. dia memetik gitar itu seketika dan ternyata, ia masih boleh digunakan lagi.
setelah itu, dia pun mengumpulkan barang-barang yang ingin dibawa bersama. ibunya, Virginia ketika itu sedang sibuk mengajar tuisyen Bahasa Inggeris di ruang tamu. sebelum Manu dan adiknya; Augustin keluar dari rumah itu, Virginia sempat menitipkan pesanan agar kedua-duanya tekun belajar.
setiba di suatu tempat, Manu menelefon ayahnya. pada mulanya dia menyangka, rumah yang ayahnya duduki itu adalah rumah biasa. tapi rupanya, ia sebuah bangunan pejabat kosong, banyak barang dan kotor.
Manu melihat tempat itu sebagai peluang untuknya mendalami muzik. begitu juga dengan Augustin. lalu Manu menyuarakan pandangannya kepada si ayah; Cesar - bekas pemain bass kumpulan Los Autonomos dan semestinya dia amat menggalakkan anak-anaknya menceburi bidang muzik.
bangunan pejabat yang kotor dan berselerak itu menjadi ruang mereka berlatih muzik. Cesar, yang tiada pekerjaan tetap, menyertai 'band' anak-anaknya yang turut dianggotai kawan baik Manu iaitu Rafa. melalui Rafa, mereka diperkenalkan dengan Eli. Eli menjadi vokalis untuk kumpulan yang diberi nama High Fidelity.
pada suatu hari, Augustin menyarankan kepada abangnya agar 'menyingkirkan' bapa mereka dari kumpulan tersebut. Manu mahu menolak cadangan itu tetapi akhirnya dia suarakan juga pandangan itu kepada Cesar.
apa tindakan Cesar selepas itu? adakah dia tercabar dengan tindakan si anak?
tiket.
review:
kalau baca kat Wikipedia, filem ni dikatakan filem komedi tapi bagi anies ia seperti drama biasa sahaja. jalan ceritanya 'straight' je. tak ada konflik yang menyakitkan hati, tak ada babak yang boleh buat penonton teruja dan lain-lain.
ada beberapa babak yang dipotong. don't know why. jadi jalan ceritanya seperti tergantung. pun begitu mesej yang nak disampaikan menerusi filem ini boleh difahami.
filem ni dari Uruguay dan pernah dihantar pencalonannya ke Anugerah Oscar kali ke 96. namun tak terpilih.
sisi menarik tentang filem ni adalah ia memaparkan kehidupan rakyat biasa di sana. kalau kita tengok telenovela, asyik-asyik cerita fasal orang kaya je kan? tapi, dalam filem ni kita boleh nampak suasana seharian rakyat biasa, persekitarannya dan paling menarik, tentulah tentang cara hidup mereka.
filem ni dikategorikan sebagai 16. adengan merokok termasuk kanak-kanak di bawah umur merokok dipertontonkan dengan nyata. mungkin merokok adalah budaya di sana. tapi kat sini, jangankan merokok. buat aksi seperti merokok pun mungkin akan kena kecam kot...
tu je laa ulasan biasa-biasa daripada anies.
kalau korang nak tonton filem ni, cari je judul seperti di atas. tapi anies tak pasti, ada Eng-sub atau sebaliknya.
selamat menonton.
banner filem...
p/s anies cuma dapat BW masa hari cuti je. apa-apa pun terima kasih kerana tinggalkan jejak di sini. esok, cuti sempena Deepavali. so, see ya on friday!