✿...السلام عليكم✿
Kalau cakap pasal dream dream ni...
semua orang boleh jadi campeones!
and me too... ;-)
tapi bila perkataan dream diadun
dengan
di
perkataan Macau...
omai omaiii...
adrenalin dan ginjal kiriku
bervibrate dengan maha hebat!!
amacam?
okey tak intro ni?
tak okey?
okeyyy... (mulut herot)
apa2 pun, pertama sekali
TERIMA KASIH kepada MGTO
atau nama manjanya Macau Government Tourist Office
kerana akan membawa...
bukan satu, bukan dua...
tapi TIGA BLOGGERS BERTUAH ke MACAU!!
wowww!!!
lebih menerujakan...
this is ALL-EXPENSE-PAID TRIP tau!!!
anies ulang: ALL-EXPENSE-PAID TRIP!!
sapa tak nak woiiiii...
orang gile, kalau dengar pun dia tersengih2.
(tersengih je)
tak lupa juga, TERIMA KASIH
kepada pihak Nuffnang yang sudi
menganjurkan contest ni.
so, bagi memenuhi syarat2 yang telah ditetapkan,
berikut, THREE MOST AMAZING THINGS
yang membuatkan anies tak sabar2 untuk
melawat Macau.
okey, cik daud!!
Ruin's of The St. Paul
credit: www.pegi-pegi.com
FYI, pertama kali anies tengok binaan peninggalan Portugis ni masa kecik2 dulu. kalau tak silap anies, melalui sebuah majalah yang memaparkan seorang artis terkenal dari Hong Kong (tak ingat namanya) sedang berposing dengan gaun pengantinnya. gambar tu benar2 menarik perhatian anies sebab ianya berlatar belakangkan bangunan bersejarah ni. masa tu anies tak tahu lagi nama bangunan ni serta di mana lokasinya. beberapa tahun lepas tu, baru anies tahu, Ruin's of The St. Paul ni terletak di Macau dan of coz... memasang impian untuk ke sini pada suatu hari nanti... kalau nak baca sejarah tentang bangunan ni, klik kat SINI.
Chapel of St. Francis Xavier @ Coloane Island (Village)
credit: http://is.asia-city.com
kenapa anies pilih tempat ni? ini semua 'salah' K-drama lah! drama apa, anies? drama Princess Hours (Gong)!! ingat lagi tak scene terakhir drama ni di mana Chae-kyung dan Putera Mahkota Lee Shin bertemu dan berkahwin? tak ingat? kalau tak ingat, acu tengok gambar ni:
gambar ni berlatar belakangkan tugu yang terdapat di halaman chapel ni. omai... omaiii... suka sesangat scene ni... comelnyaaaa Chae-kyung masa niiii...
credit: fardelynhacky.blogspot.com
ni pulak, masa Lee Shin baru sampai di Macau. di tangan Shin-kyung tu, the famous Portuguese egg tart. masih di lokasi yang sama iaitu di Coloane Island. mmm... ingat lagi tak? acu tengok video ni lah:
masa tengok drama ni, anies suka sesangat scenery yang terdapat kat situ sebab suasananya yang 'jauh dari hiruk pikuk kota' dan tenang. omai... omaiii.... rasa nak terjah Macau sekarang jugak!!!
Macau Tower
credit: www.cntravelre.com
sekali tengok, Macau Tower ni hampir sama binaannya dengan Menara Kuala Lumpur. Menara Alor Setar ya pun. akan tetapi, ada seperkara yang menggamit anies untuk menjejakkan kaki di menara ni. nak tahu apa dia?
credit: www.ajhackett.com
SKYWALK!! omai...omaiii... tak dapat anies bayangkan apabila berdiri, bergayut, melompat bintang, berkuak lentang dan berjuntaian kaki di ketinggian 338 meter / 1109 kaki sambil menjamu mata melihat panorama indah yang terdapat di Macau. bukan tu je, boleh berselfie bagai tanpa rasa gerun, sayup or gayat! kalau ada peluang buat BUNGEE JUMPING kat menara tu, anies lah akan menjadi orang yang pertama register! siyes! pastu, kat menara ni juga korang boleh jumpa Lady Gaga, Anita Mui dan Louis Koo!! tak percaya? silalah percaya dan google lah dengan jayanya.
sebenarnya ada banyak lagi tempat2
menarik yang ingin anies jejaki.
tapi kerana syarat2 yang ditetapkan oleh
YAB Nuffnang, maka terpaksa laa anies akur.
3 tempat pun dah memadai.
okey. bagi men 'tough' kan lagi entry dan
dream dream anies ni, di sini anies sertakan
5 REASONS ON WHY NUFFNANG /
MGTO SHOULD SEND ME TO MACAU:
kerana anies belum pernah menjejakkan kaki di salah sebuah tanah bekas jajahan Portugis ni termasuklah dalam mimpi tak basah.
kerana anies suka melawat tempat2 bersejarah dan dari situ anies dapat pelajari sesuatu yang semestinya tak ada dalam buku teks Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 3.
pepatah ada menyebut, jauh berjalan luas pandangan. tapi anies nak tambah lagi: jauh berjalan, tambah pengalaman! amacam? okey tak? sila like dan # sekarang juga!
nak tambah koleksi fridge magnet. hahaha... nampak macam lawak dan poyo, kan? tapi kalau kita pergi ke sesuatu tempat tu dan memiliki (membeli) cenderahati dari tempat tersebut, nilainya tak terhitung berbanding cenderahati yang diberi oleh seseorang. ada sesiapa setuju dengan statement ni??
sebab ianya FOC! sebab ianya ALL-PAID! sebab trip ni PERCUMA! GRATIS! sapa yang tak nak oiiiiiii...
dah macam nak berkempen untuk calon PRU-14 la plak....
kepada kawan2 yang nak sertai contest ni,
klik je kat SINI. (Nuffnang)
dan kepada mereka yang nak tahu
lebih lanjut tentang Macau dan
tempat2 yang menarik kat sana,
klik kat SINI (MGTO) dan
di SINI (Facebook MGTO) ya!
last, but not least...