✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
lepas check out, kami teruskan perjalanan ke sebuah lagi negeri (province) yang sangat terkenal dalam kalangan pelancong dari Eropah yakni Dahab.
Dahab berasal daripada perkatan Zahab yang bermaksud pergi. tapi disebabkan loghat tempatan, ia berubah jadi Dahab dan kekal sampai sekarang.
lokasi Dahab. terletak di Teluk Arab
Dahab ni tak ubah macam Pantai Cenang, Langkawi. ramai betul 'mat saleh' tinggal dan melancong kat sini sampai suasana persekitaran pun tak rasa macam berada kat Kaherah atau Alexandria. walaupun 'macam' Pantai Cenang tapi Dahab ni lebih luas dan pelbagai.
perjalanan dari hotel di Saint Catherine ke Dahab mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit. dan sama seperti sebelum ni, ada beberapa check point harus kami tempuhi.
tiba kat hotel, kami lebih banyak berehat memandangkan sebelah paginya kami dah daki Gunung Sinai. kaki pun masih sakit lagi. jadi masing-masing pilih untuk tidur dan berurut.
lepas maghrib, seperti yang dirancang kami pun bergerak ke restoran. Dahab juga terkenal sebagai 'lubuk' seafood. so kalau korang ke sini, suka atau tak - wajib pekena seafood. alaa... macam korang pergi Kota Kinabalu, kan... tak sah kalau tak makan seafood, kan?
anies bercerita dengan foto laa ya...
main entrance. separa bangunan restoran ni terletak atas laut. so memang heaven laa sambil makan disapa bayu laut.
suasana malam di Dahab. kiri kanan terdiri daripada kedai, restoran dan juga hotel-hotel bajet... kenderaan tak sesibuk tempat lain sebab kebanyakan 'mat saleh' dan 'minah saleh' kat sini suka naik basikal...
tepi laut Dahab diterangi pelbagai lampu... kebayakan yang terang-benderang ni adalah lampu daripada restoran-restoran dan pub...
ni laa menu kami...anies tak tahu nak explain nama menu ni. yang anies tahu... yang belah kanan. roti nan kosong... side dish tu terdiri daripada pelbagai sos dan juga salad.
ni nasi apa ntah hahaha...nasi sikit je tapi lauk banyak...dah laa kami ni tekak melayu... mana boleh nasi sikit? 😂😂😂
lepas makan barulah kami dihidangkan dengan teh pudina panas. syok ooo...bayu laut sejuk pekena dengan teh panas... perghh...
suasana belakang restoran...
keadaan dalam restoran... sekali tengok macam restoran mewah...
antara ikan yang ada untuk mereka yang nak order ikan bakar...
kami merayau sampai ke sini sebelum kembali semula ke hotel...
okey tu jelah perkongsian untuk hari ni. korang masih beraya lagi ke tu? atau pun hari ni dah kerja macam biasa?
thanks for reading.
daaaa...