✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Alhamdulillah... masih ada yang sudi menitipkan ucapan raya menerusi kad walaupun anies menerimanya lepas raya. tak apa... janji sampai...
cuma tu laa... bila terima kad raya ni, tiba2 rasa bersalah sebab belum pernah balas pun mana2 kad raya yang dikirim dari dulu... alahai... maaf ya kepada sahabat2 yang pernah hantar kad raya tapi anies tak balas. bukan tak sudi. no, no! cuma tu laa... tak ingat langsung tapi bukan buat2 lupa ya...
mudah2an kalau panjang umur, insya allah tahun depan anies akan cuba balas satu persatu... i know... kegembiraan dapat kad raya sekarang memang lain feelingnya. ye laa... sekarang hantar kad dengan WA je. feeling tu tak ada... zaman guna SMS tu, mula2 guna SMS memanglah happy. lama kelamaan feeling tu melayang pergi. tak sama dengan feeling dapat kad raya sepertimana yang kita2 semua pernah lalui zaman kanak2 dulu (sob sob... 😭😭😭😭 terkenang zaman kanak2 bila dapat kad raya bukan sekeping dua tapi berpuluh keping. penuh ruang tamu dengan kad raya yang digantung)
eh, panjanglah pulak membebelnya... padahal nak ucapkan
terima kasih my travel mate yang katanya dah 3 tahun setia menghantar kad raya... nina cakap, dia ada buat GA sebelum ni nak kasi kad raya tapi tulah... pemenang2nya tak kasi alamat... aduhhh korang ni... orang kasi kad raya pun tak nak ke? rugi rugi...
dan kad raya kedua... hah haa... tengok gambar je korang dah boleh tahu kan siapa pengirimnya? siapa lagi kalau bukan si tangan emas ni... blogger Farrah MF! sama macam kad raya nina, anies terima kad ni lepas raya. tak apa... janji selamat sampai... terima kasih sis farrah... lain daripada yang lain kadnya!
okey tu je laa kad raya yang anies dapat daripada sahabat blogger tahun ni. terima kasih sekali lagi atas ingatan ni... mudah2an si pemberi diberi rahmat dan rezeki yang melimpah dari-Nya. dan jangan lupa singgahlah blog nina dan farrah ni ya!
siapa yang bakal dapat buku2 ini? nantikan Isnin ini 2 Julai 2018!
nota untuk SalbiahM: walaupun Germany tercampak keluar dari WC, tapi Liverpool masih ada.. eh eh!