✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
1st outdoor event untuk tahun 2019. salah satu azam anies tahun ni adalah, nak participate at least 1 outdoor event setiap bulan. tak kisahlah, marathon ke... walkathon ke... merangkakthon ke... janji ada event yang boleh keluarkan peluh. kata nak diet sangat kannnn... jadi bersedialah untuk sahut cabaran
lepas solat terus tuju ke kaunter yang terletak berhadapan dengan Monument Alaf Baru. ini kerana anies belum lagi collect race kit. disebabkan hari sebelum tu sampai rumah dah Isyak, jadi memang tak sempatlah nak singgah Putrajaya walaupun kaunter buka sampai pukul 9.00 malam.
lepas salin baju, terus berkumpul. pelepasan peserta berlangsung tepat jam 7.25 bukan 7.15 huhu..
event ni ada 4 kategori. 10KM Open Men, 10KM Open Women, 5KM Open Men dan 5KM Open Women. anies pilih 5KM sebab rasa macam belum cukup fit. kalau ambil 10KM karang tak pasal2 pengsan tengah jalan. sapa nak tolong angkat nanti? hahaha...
tak apa... kita buat slow2 dulu. benda2 macam ni tak perlu rushing melainkan kau memang fit sejak dilahirkan lagi. 100KM pun tak jadi masalah. haha
tapi bila dah bedal nasi lemak, teh tarik, roti canai dan segala atuk nenek yang berlemak, hmmm faham2 je laa ya... nak fit tu bukan semudah #mogaesokkurus yaa.... banyak kena pantang larang, disiplin dan paling penting... otak ni... kalau 24 jam asyik ingat nak makan je... bye2 laa mr. fit tu hahaha...
okey laa... kalau merepek bukan2 ada je idea kan? korang belek2 laa je laa gambar yang ada ni yek!
t-shirt dan race bib. untuk 10KM, belakang race bib ada chip timing. untuk 5KM tak ada. oh ya! nombor yang sama juga digunakan sebagai nombor cabutan bertuah. tapi rezeki kereta Axia tak memihak kat mem besar😆 tapi tumpang gembira kat pemenang sebab dia perempuan Muslim. tahniah sis!
beberapa minit sebelum pelepasan... kalau tak silap, dianggarkan lebih 1000 peserta yang join kategori 5KM ni. untuk 10KM anies tak pasti. cayalah rakyat Malaysia!
route 5KM sebahagiannya menyusuri Tasik Putrajaya. ada peserta sempat lagi berselfie berlatar belakangkan Jambatan Seri Saujana....
salute kat ibu bapa yang participate sambil menyorong stroller anak2 terutama ibu bapa yang ada anak OKU. sebagaimana kentalnya mereka menjaga anak istimewa ini, sekental itu juga mereka menghabiskan larian. salute!
tinggal 2KM sebelum sampai finishing line... Alhamdulillah anies dapat habiskannya kurang dari sejam. tapi tak boleh lawan yang dapat tempat pertama tu. maka berhuhuhu laa kita..
mula2 anies ingatkan banner ni tempat turunkan tandatangan sokongan. rupanya kat situ ada senarai nama2 peserta yang join run kali ni. nak selfie pun tak boleh sebab kecik nau nau dia punya font! dah tu tinggi pulak tu! bertabahlah mereka yang comel lote nak berselfie melainkan ada orang tolong dukung 😆😆😆
nama pun breakfast run tapi bila dapat goodies ni, anies tersenyum simpul. alamak, habislah lemak dan kalori yang baru dibakar tadi. apa2 pun terima kasih McDonalds yang menjadi salah satu penganjur / penaja untuk event ini. (hash brown dan crispy chicken burger)
last but not least... finisher medal haruslah ada kan...
for the next month, anies masih lagi mencari event yang sesuai.. ada yang nak join sekali ke? jomlah kita lari sama2. kata nak pakai kebaya nyonya sama2 kan raya nanti??😆😆😆😆
thanks 4 reading...
daaa