✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
SINI
SINI
SINI
SINI
SINI
SINI
SINI
SINI
SINI
SINI
yang terlepas ketapi tu, boleh klik link kat atas tu ya...
okey, meneruskan cerita kami di HK. lepas turun dari C-M-L, lokasi kami seterusnya adalah HK Hard Rock Cafe. bukan nak shopping sakan tapi sekadar memenuhi kiriman orang.
so dari C-M-L jujur cakap, kami tak tahu lokasinya. kami just refer map yang ada di tangan dan nama jalan. bila rasa macam betul je jalan tu, kami pun redah je. bila dah sampai, kami tercengang. mana HRC nya? tak ada pun?
bila tengok peta, dah memang betul... takkan dah tutup kot? or dah berubah premis? tidakkkk...
tak puas hati, kami tanya orang yang lalu lalang kat situ. Alhamdulillah, dia sudi tolong sampai dan bawa kami sampai betul2 depan HRC.
anies dengan Sal tersenyum2 sebab kami dah jengah tempat tu tapi entah macam mana kami boleh tak nampak... ish ishhh...
memandangkan hari pun dah nak gelap, kami tak belek lelama dalam HRC tu. dapat je barangnya terus angkat dan bayar. yang best nyer kat HRC sini, beli tiga barang, then barang keempat adalah FOC. means, buy 3 free 1.
lebih kurang 20 minit kot dalam HRC, kami pun terus beredar menuju ke stesen MRT. kami perlu bergegas keluar dari Central sebab pukul 8 malam kami nak tengok Symphony of Light. tapi sebelum tu kami nak balik hotel sekejap, nak mandi dan isi perut.
dan macam biasa... anies bercerita dengan gambarlah yek!
kenapa dengan gambar ni? sebab terkagum bila jumpa butik Vera Wang kat celah2 lorong dalam HK ni! ingatkan butiknya dalam shopping2 ternama... dan Sal tu pulak dia tengah menggelabah sebab map yang dia baca tu bertulisan Cina hahahaah (#tipuje)
ni laa HRC nyer... kat celah2 bangunan... kat celah2 lorong... dari jalan besar memang takkan jumpa punya...
hasil menjala hari tu... dah... jom balik!
kira2 sebelum pukul 8 malam, kami dah tiba sini... bila sampai je... mak aiii... memang ramai giler umat manusia... sampai kami tak tahu kat mana kami patut berdiri. berhimpit2.
Symphony of Light ni biasa2 je... di belakang kami speaker dan di depan kami, lampu2 dimainkan pada bangunan2 di seberang Pulau Hong Kong... kami ingat lagu2 yang dipasang tu, lagu BI, rupanya... lagu2 Kantonis... so layan je laa... persembahan ni berlangsung kira2 20 minit je... tapi kalau korang nak tengok yang lebih kebabom, datanglah ke sini pada malam Tahun Baru. sure dapat tengok bunga api yang 'wow' punya...
ni kapal Jack Sparrow hahaha...
semasa 'persembahan' di mainkan... sorry laa nak up video tapi tak lepas sebab besar sangat kapisitinya...
acu cari Jack Sparrow dalam kapal tu? hahaha
tamat je Symphony of Light, kami beredar dan jalan2 cuci mata kat kawasan berhampiran...
jangan tak tahu, kedai2 branded kat sini bersepah2 yu ols... kalau kat KL tu, hanya dalam shopping2 glamer je kan ada kedai2 macam ni... kat sini, korang boleh jadi rambang mata hahahah... ada dengan tak ada duit je...
memandangkan ini hari terakhir kami berada di HK, maka 'berakhirlah perkhidmatan' Octopus card dengan kami. nak refund kad ni senang je. pergi je mana2 stesen MRT dan sebelum tu pastikan baki kad korang melebihi HKD50...
okey... sampai sini sahajalah cerita kami kat HK. insya allah ada rezeki pasti kami datang balik sebabnya kami 'berhutang HK Disneyland' hahaha...
so, ada sesapa nak ikut kami ke HK nanti? sila angkat keyboard dan mulakan menabung fulus yaaa 😂😂😂😂😂😂
have a nice weekends
daaa....