auto
Tokyo → Hakodate, Jepun: Hokkaido Shinkansen, Seikan Tunnel, Stesen Shin-Hakodate-Hokuto, Hakodate Liner dan Stesen Hakodate
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
kemain panjang lagi title entry hari ni😂😂 anies gabungkan semua sekali... mana laa tahu... kalau korang cari info nak ke Hakadote nanti, bolehlah skodeng blog ni.
since title dah panjang, jadi... entry ni pun panjanglah, ya! bertabahlah!😂 alaa... bagi laa chance... entry penutup 2023 kannn...
HOKKAIDO SHINKANSEN
sengaja anies pilih destinasi jauh untuk kami naik Shinkansen buat kali pertama. both nora and farah tak komen apa-apa masa anies forward itinerary, seminggu sebelum kami bertolak. cuma diorang cakap:
"wow, kita menjelajah dari pangkal hingga ke hujung Jepun!"😂😂
"eh, rugilah! dah beli JR Pass mahal-mahal... apa salahnya jalan jauh sikit?"
well... dari satu sudut... ya, anies faham... ada orang dia cover 1 tempat je. lepas tu dia akan jelajah tempat tu puas-puas.
tapi kami... tempoh berada kat Jepun ni tak lama. jadi, kami cuba jejaki semua tempat as much as possible. ada rezeki kelak, kami datang lagi dan explore sesuatu tempat tu (lama sikit). korang pula suka cara yang macam mana?
short video. ni laa 'rupa' Hokkaido Shinkansen...
Shinkansen kami dah sampai! lets gooo!
tepat jam 12.20PM Hokkaido Shinkansen berwarna Persian green (betul ke?), berjalur pink dan putih... yang diberi nama Hayabusa, perlahan-lahan meninggalkan stesen Tokyo (info tentang Hayabusa & Hokkaido Shinkansen, boleh baca kat SINI & SINI).
1 perkara yang mesti korang ingat. kat Jepun ni sama ada bas or train or taxi etc, kalau dijadualkan jam 12.20PM, ia bermaksud waktu bertolak (meninggalkan stesen). BUKAN waktu ketibaan, ya! ingat tau!
well... perjalanan ke Hakodate yang terletak dalam Pulau Hokkaido ni mengambil masa 4 jam 10 minit dan akan berhenti di stesen-stesen seperti Sendai, Shin-Aomori, Kikonai etc.
suasana dalam gerabak Shinkansen Hayabusa
seat lebih kurang sama macam flight seat. bezanya, seat Shinkansen ni boleh dipusingkan 360°.
dalam gerabak. air cond sederhana sejuk. overall, memang selesa laa...
toilet. bersih👍👍👍
ruang depan toilet.
tempat simpan luggage.
guide to the train.
ruang antara toilet.
entah kenapa anies suka dengan signage bertulisan Braille ni...
hari tu ada yang tanya... macam mana rasa naik Shinkansen ni? hmm... anies tak tahu nak describe macam mana 'rasanya'. so, apa kata korang tengok video ni?
short video. laju ke tak Shinkansen ni? you decide...
SEIKAN TUNNEL
masa kami ke Paris beberapa tahun lepas (baca kat SINI), kami dah get ready nak rasa pengalaman lalu bawah The Channel Tunnel. tapi... tahu tahu je, Eurostar dah sampai atas darat! adoi laa...
ya, kami tahu bila lalu bawah tunnel ni, tak ada apa-apa yang istimewa. gelap gelita. bukan nampak apa pun suasana kat bawah Selat Inggeris tu. tapi... at least nak tengok jugalah keadaannya kan...
hmm... apakan daya. tak ada rezeki. OTW balik ke London kami tak tunggu pun (nak tengok tunnel) sebab masing-masing tengah sedap membute 💤💤😂
tapi bila dapat peluang lalu bawah Seikan Tunnel (info tentang Seikan Tunnel boleh baca kat SINI) ni, kami dah get ready siap siap!
sebaik sahaja Shinkansen melepasi stesen Shin-Aomori, kami dah standby kamera. kononnya nak rakam laa suasana sebelum masuk terowong.
tapi........!!! lain pula yang jadi! tahu tahu je suasana dah gelap! (sepanjang perjalanan, Shinkansen banyak melintasi terowong berbukit. jadi kami tak dapat nak bezakan sama ada Shinkansen dah masuk terowong bawah laut atau terowong bukit) tak lama kemudian, kedengaran announcement memberitahu Shinkansen dah masuk tunnel.
adoiii... terlepas sudah... tapi tak apalah. cukuplah video ini sebagai bukti yang kami dah pernah lalu / merentasi Seikan Tunnel... ah gituuuwww...😁
anies malas nak edit bagai😂😂 sori laa... dah macam parkinson pulak video ni...
Alhamdulillah... Allah izinkan kami melintasi the world's longest undersea tunnel (by overall length) dengan selamat. mudah-mudahan ada rezeki anies dan juga rezeki korang untuk melintasi Ryfylke Tunnel & Gotthard Base Tunnel pula lepas ni. amin...
STESEN SHIN-HAKODATE-HOKUTO
Alhamdulillah... tepat jam 4.30PM kami selamat sampai di stesen terakhir Shinkansen yang diberi nama Shin-Hakodate-Hokuto (SHH).
(mana-mana stesen yang ada perkataan 'Shin' di awalnya, tu bermakna kereta api Shinkansen akan berhenti / singgah sebentar kat stesen tersebut. contoh lain: Shin-Osaka, Shin-Aomori, Shin-Fuji, Shin-Yokohama, etc.).
well... daripada pembacaan anies, pada tahun 2030 nanti, laluan Shinkansen akan 'bertambah' sampai ke Sapporo. so lepas ni korang bolehlah naik Shinkansen directly dari Tokyo ke Sapporo untuk main salji. wuhuuu...
BTW, tak ada apa-apa yang istimewa fasal stesen ni. ia sekadar stesen penghubung untuk mereka yang nak teruskan perjalanan ke Sapporo, Hakodate, Oshamambe etc.
ni jelah foto yang ada kat Shin-Hakodate-Hokuto. sebabnya, sebaik melepasi gate ni, kami terus naik tren lain. memang tak sempat nak snap bagai.
HAKODATE LINER
kaki belum jejak lantai platform lagi, mata kami dah nampak kereta api ni sedang tunggu penumpang. apa lagi? kelam-kabutlah kami turun eskalator dan berlari sambil heret luggage masing-masing!
bila dah masuk gerabak, barulah kami sibuk nak check... betul ke train ni pergi Hakodate? JR Pass cover tak route ni? ahh, sudah...😂😂😂
kalau silap memang naya! dahlah (waktu) senja. kalau salah naik train ni... alamatnya kami sampai hotel tengah malam😂
then anies check itinerary kami dan... yes, nilah kereta apinya. dan... of coz! JR Pass dah cover siap siap! selang 5 minit kemudian, kereta api Hakodate Liner (HL) berlalu meninggalkan stesen SHH.
masa tu baru jam 4.45PM tapi suasana sekeliling dah gelap. ya betul. penghujung autumn (winter kat Jepun bermula bulan Disember) cuaca dan suasananya sama macam winter. langit dah cerah seawal jam 5.45AM dan sekitar 4.30PM dah mulai gelap.
perjalanan sejauh 17KM ni mengambil masa lebih kurang 30 minit. HL akan berhenti kat beberapa stesen kecil dan berakhir di stesen Hakodate.
BTW, harga tambang dari stesen SHH ke stesen Hakodate adalah ¥440 sehala (tanpa JR Pass).
short video. dalam gerabak HL.
kami dah sampai! ni laa HL. HL ber line ungu + hijau stricking ni menghubungkan stesen SHH dengan stesen Hakodate. info tentang HL, boleh baca kat SINI.
selain HL, alternatif lain yang korang boleh pilih dari stesen SHH ke Hakodate adalah bas dan teksi. both pengangkutan ni tersedia di luar perkarangan stesen SHH.
STESEN HAKODATE
sebaik tiba, kami tak terus keluar dulu. sebabnya farah nak rekod video... anies okey je sebab kami tak ada apa-apa nak dikejar lepas ni kecuali check in hotel.
udara sejuk menyambut ketibaan kami. bila check suhu, masa tu... 15°C! fuhh!
kalau nak tahu kat mana kedudukan Hakadote ni dalam pulau Hokkaido, sila check kat Google Map ya😂
ruang antara entrance dengan platform. platform kereta api di sebelah kiri foto.
tak tahu laa apa motif snap foto kat mural stesen Hakodate ni😂😂
gate keluar - masuk. masa ni dah lengang. tinggal kami bertiga je yang tak reti reti nak keluar dari stesen😂
well tu jelah perkongsian untuk hari ni. panjang kan? gigih tau anies taip entry ni. silalah baca walau 1 perenggan😂 apa-apa pun... thanks for reading.
HAPPY NEW YEAR, guys! jumpa lagi 'tahun depan'!
daaa...