✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
TOKYO MONORAIL
salah satu reason kenapa kami naik Tokyo Monorail (TM) ni adalah... sebab boleh, dik! termasuk dalam JR Pass. tu je.
kalau tak nak naik, boleh ke? boleh je. ni kerana banyak alternatif lain: bas, airport limosine, teksi dan juga Keikyu Airport Line (JR Pass tak cover Keikyu Airport Line).
kalau nak naik TM tanpa JR Pass, harga tambang sehala perjalanan ke Stesen Hamamatsucho (stesen terakhir) adalah ¥492 dan ambil masa 19 minit je.
since destinasi pertama kami adalah Stesen Tokyo, jadinya TM laa pengangkutan paling sesuai (setakat entry ni ditulis. [dengar khabar ada medium pengangkutan baru bakal dibangunkan bagi hubungkan Tokyo ke Haneda Airport, vice versa. tapi tu masih dalam plan lagi]).
so, selesa tak naik TM ni? nak kata selesa sangat tu, melampaulah pula😁 biasa je. sama macam naik tren lain. yang penting ia selamat dan kami tiba di destinasi dengan jayanya.
entrance stesen Tokyo Monorail. dari sini kami naik eskalator dan terus ke platform.
short video @ platform TM, Haneda Airport.
baru nak tinjau-tinjau suasana kat stesen ni, kedengaran pengumuman ketibaan tren. tanpa berlengah kami terus naik.
tren TM dah sampai! jom naik!
suasana dalam gerabak TM. ya, ada tempat letak luggage. tapi tak muat untuk luggage farah & nora😂
nak jadikan cerita, entah macam mana sling bag anies terlepas anddd... bertaburanlah segala tok nenek dalam beg tu😂
ada seorang Japanese guy ni cepat-cepat tolong kutipkan barang. then, "sumimasen sumimasen... arigato arigato!"
tu jelah yang mampu anies balas. segan pun ada. dah laa penumpang ramai. aduhh anies... awal nau laa kau dah buat drama😂
salah sebuah stesen TM sebelum tiba Stesen Hamamatsuchō. simple je, kan? i like!
keadaan rel TM dan tiang-tiang penyokong di bawahnya. sekali tengok memang seriau!
short video - perjalanan dari airport ke stesen Hamamatsuchō.
STESEN HAMAMATSUCHŌ
sebenarnya tak ada apa-apa pun yang istimewa fasal stesen ni. ia cuma stesen pertukaran / penghubung antara Tokyo Monorail dengan JR Yamanote Line (laluan warna hijau, menggunakan letters: JY - a.k.a Tokyo Loop Line).
untuk teruskan perjalanan ke Stesen Tokyo, maka kami harus turun kat sini dan naik tren JR Yamanote.
sebaik keluar dari gerabak, kami just ikut je pergerakan orang ramai. masa tengah turun eskalator, terus nampak signage ni:
blur laa pulak... since kami cuma tukar tren / platform je, jadinya JR Pass tak perlu di scan. kami terus ke platform dan tunggu sampai tren tiba.
platform stesen Hamamatsuchō. tren dah sampai! jom naik!
dalam gerabak. masa ni tak ramai penumpang. mungkin sebab dah lepas waktu puncak kot!
FYI, hanya tren JR Yamanote Line je yang boleh guna JR Pass. lain-lain laluan tren seperti Ginza Line, Tozai Line, Hibiya Line etc. (total of 14 lines around Tokyo with 3 different operators!), kena bayar macam biasa.
STESEN TOKYO
Alhamdulillah... akhirnya sampai juga kami kat sini. antara stesen tersibuk di dunia... satu fakta yang tak boleh dinafikan.
kami terkesima sekejap bila tengok keadaan kat sini. sesak yakmat! berlaga bahu tu biasa...
tambah pula keadaan siling stesen yang agak rendah. jadi ia secara tak langsung menjadikan stesen ni kelihatan padat. ni pada pandangan anies je ya...
lepas dah jumpa platform Shinkansen, anies dengan nora pergi cari makanan sementara farah pula jagakan luggage. kami dah lapar sangat. last makan, masa transit kat Ho Chi Minh. tu pun makan roti je.
kalau kat KLCC, Kinokuniya ni kedai buku. tapi kat stesen Tokyo, ia macam convenience store😁
mine. buat alas perut. kopi & Hanjuku cheese cake. kopi Mt. Rainier Caffe Latte ni jadi favourite farah. wajib beli kalau kami singgah Family Mart ke... 7E ke... Lawsons ke... farah ni peminat kopi. dia dapat secawan kopi ni, terus💪😁
lepas membeli, turn farah pula pergi cari makanan. sejam setengah kemudian, barulah kami beredar dan terus naik ke platform.
tiba kat platform, terus nampak Shinkansen. masa tu excited gila! Alhamdulillah... doa kami nak naik Shinkansen selepas Eurostar dan Taiwan High Speed Rail Allah makbulkan. semoga ada rezeki kami naik Maglev kat China & Whoosh kat Jakarta pula lepas ni. aminnn...
@ Shinkansen platform...
sementara menanti Shinkansen sampai, kami merayau-rayau kat sini sambil snap foto.
ralit tengok pelbagai jenis Shinkansen yang ada. teknologi Jepun memang 👍👍 anies dengar, India High Speed Rail yang bakal beroperasi pada 2030 nanti pun guna teknologi dan kejuruteraan Jepun. 🇲🇾 bila lagi?😔
sebelum ni cuma tengok foto je fasal Shinkansen bento. now dapat tengok dengan mata kepala sendiri!😁
kiosk jual pelbagai bento...
tempat rehat.
tak lama lepas tu, kedengaran pengumuman ketibaan Shinkansen.
bila kami dengar betul betul... rupanyaaaa.... kami tersilap platform! masa tu dah cuak dah! tapi bila check kat electronic board... fuhhh... syukur... platform tu cuma bersebelahan je...
waduhh... drama lagi! 😂😂... kalau self travel macam ni laa... tak lepas dari salah silap.
electronic board yang 👍👍
tepat jam 12.20PM kami pun meninggalkan Stesen Tokyo. Alhamdulillah... segalanya smooth dengan izin-Nya.
so, ke mana destinasi kami seterusnya? boleh teka tak? haaa... ni mini GA. jawapan ada kat electronic board di atas (sila zoom). tapi jangan terpedaya dengan 'suasana' dalam foto tu ya! seorang blogger cuma boleh beri satu jawapan sahaja.pemenang dipilih berdasarkan jawapan paling tepat dan terpantas. anies akan umumkan pemenangnya minggu depan, okey!
all the best! well tu je laa perkongsian untuk hari ni. thanks for reading.
daaa...
Jepun ni salah satu tempat yang nak tengok jugak......tq share post yang ni.
ReplyDeleteaminnn
Deleteinsya allah
1 hari nnt pasti akan sampai
Kereta di Jepang memang sangat maju dan teknologinya canggih banget, gimana rasanya ?😁
ReplyDeleterasa smooth sangat.
Deletenantikan video saya on next entry. saya ada share pengalaman dalam shinkansen
wahhh kinokuniya kat sana convenience store? bestt! ok zaty cuba tekaa. Osaka?? hahahahah
ReplyDeleteha ah... 😁😁
Deleteteettt... salahhh
Assalamualaikum...
ReplyDeletewaalaikumussalam wbt
DeleteKita nak jawab tapi kita pun blur wak, kalau soalan cenggini memang tak pernah betul pun kalau kita jawab jadi kita kasi can kat orang lain tolong jawab. Give up dulu jawab kemudian haha
ReplyDeletex pe try je😁
DeleteI would love to travel this country, thanks for your sharing...
ReplyDeleteyou're welcome🫰
DeleteOh? Ingatkan Kinokuniya tu hanya kedai buku...
ReplyDeletekat sini kedai buku😁
DeleteBoa tarde de sexta-feira e bom final de semana com muita paz e saúde.
ReplyDeleteobrigado luiz👍
DeleteParece una buena forma de viajar. Te mando un beso.
ReplyDeletelooks very nice :D
ReplyDeleteyou're right kathy👍
DeleteDoakan saya dan anak-anak dapat bercuti di Jepun. Aamiin.
ReplyDeleteaminnnn insya allah
DeleteBestnya tengok lunch box tu, comeinya lahaii yg container shinkansen tu... tapi kita tak boleh beli sebab non-halal meal kan huhuu, dapat tengok ja pun cukuplah 😅
ReplyDeletekalau halal dah lama sy rembat sekotak😁
DeleteSedapnya bento di kiosk,,,,jadi lapaaarrr
ReplyDeleteNaik shinkansen paling nyaman...👍👍👍
kalau halal dah lama kami beli 😁
DeleteKakak nak ke Nagano yaaa 😁
ReplyDeleteBtw, betul lah saya rinduuu sangat Kat jepang. Kangen juga eksplor prefectures dia pakai Shinkansen ini. Kalo ke jepang saya tak suka pakai travel. Tak puas. apalagi jepang termasuk mudah untuk dieksplor sendiri
betul tu. jepun paling senang nak explore. transportation tip top. tu yg sy sukaaaa sgt!
Deleteteetttt salah😁
Cita2 saya sih pergi ke jepang,semoga masih ada rejeki dan kesempatan untuk brangkat kesana
ReplyDeleteaminnn
Deleteinsya allah...
Macam selalu tertanya tanya juga. Kalau travel ke Jepun ni kalau nak tanya orang Jepun boleh ke tak mereka berbahasa inggeris?. Pernah kena dulu masa ke Beijing. Ya ampun....macam cakap ayam dan itik.
ReplyDeletekalau kat stesen or mall, better tanya kat kaunter customer service sbb mrk boleh ckp BI. tapi kalau tanya org ramai contoh tepi jln, better guna google translate. biar diorg baca. then suh diorg taip utk reply. kalau tamya f2f nnt jd mcm itik ayam😁 kami guna cara ni. sng keje dan x pening
Deleteadeh.. terlepas cerita.. kena baca balik ke belakang dan lagi dan lagi ni cerita ke tokyo... tapi Shinkansen tu mmg nmpk high tech lah... design pun dah gitu mesti laju giler... kinokuniya di tokyo hanya sebuah convenient store rupanya
ReplyDeleteya betul. kalau berselisih time tgh laju tu x terasa pn bergegar. teknologi diorg mmg sy salute laa...
Deleteya betul. tp convinient store dia besttt... ala2 bakery gitu
Serasa diajak jalan-jalan berkereta di Tokyo nih Mbak...
ReplyDeleteSudut-sudut terlihat demikian rapi, dan terlihat orang-orang Jepang dengan langkah kakinya yang cepat.
Terlihat betapa majunya Jepang dengan teknologi yang mutakhir.
Salam,
ya mas..mereka berjalan laju esp yang ada urusan.
Deleteteknologi di sana memang👍👍👍saya pun turut kagum.esp their public transport
oh my god, wishlist aku bisa naik shinkansen di Jepang nantinya.
ReplyDeleteJepang teknologinya memang luar biasa, canggih sekali
restoran pun juga ada yang dikerjakan oleh tenaga robot
betul tu
Deleteinsya allah 1 hari nanti pasti ainun akan tiba di jepang. aminnn
Pengalaman yang menarik.. Wah.. Farah geng dengan Sha.. kopi gurl..
ReplyDeleteKinokuniya Entrée tu sub Kinokuniya ke? Menarik. Mesti banyak manisan dalam tu.
ReplyDelete