Pages

Friday, 15 December 2023

Haneda Airport, Jepun: shower rooms + activate Japan Rail Pass

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Bersambung dari SINI.

SHOWER ROOMS

walaupun dalam itinerary anies ada masukkan lokasi dan harga untuk mandi kat sini, tapi ada 1 perkara yang anies terlepas pandang. orang ramai!

yes, we didn't expect it at all yang pagi tu... too many people lined up to take a shower! walhal baru 5.00AM, okey!

tunggu punya tunggu, 6.15AM baru dapat turn. ni bermakna, secara tak langsung itinerary kami akan berubah. hmm... nak buat macam mana kan...😓

then, kalau korang pilih untuk mandi kat sini, make sure jangan lebih masa daripada tempoh yang diberi iaitu 30 minit!

kalau lebih seminit, bersedialah untuk bayar ¥750! you know, Japan right? no compromise kalau bab-bab masa ni...

ni laa shower room nya. berada di tingkat 3.

bab kebersihan tak yah cakap. memang tip top👍👍👍

1 bilik air untuk seorang. no sharing. so jangan lupa kunci pintu ya lepas masuk.

ruang mandi yang selesa.

syampu, shower foam dan perapi rambut. wangi tak? of coz laa wangi... dah bayar mahal kot? 

short video

short video tentang bayaran extra.



ACTIVATE JAPAN RAIL (JR) PASS

lepas mandi dan bersiap, kami terus kemas luggage dan beredar ke JR East Travel Service Centre yang terletak kat tingkat 3.

sebaik tiba... arghhh nak pitam jap! panjangnya queue!!!!!

ikut plan, kami nak beratur pada 6.30AM. tapi sebab lambat dapat turn mandi, jadinya kenalah hadap... hmm... 

since farah yang beli pass ni, jadi dialah yang beratur (dengan nora) sampai tiba giliran. anies standby kat luar barisan sebab kalau dah sampai turn farah nanti, ada apa-apa bantuan, anies boleh terus masuk.

well, berbaloi ke tak beli JR pass ni? it depends on how you use it and where you want to go. 

since kami akan guna 100% public transport sepanjang berada kat sini, jadinya pass ni adalah satu keperluan.

farah beli JR Pass ni kat website Klook - 2 minggu sebelum harganya naik sebanyak 65% pada 1 Oktober lepas. so, kalau convert to RM masa tu, kami kena bayar +-RM935 per head. sekarang, harganya mungkin RM1500++ untuk ordinary 7 days pass.

tepat jam 8.20am, tibalah turn farah. belum buat apa-apa lagi dia dah panggil anies😂 so tanpa buang masa, anies terus ke kaunter and explain kat staff JR fasal itinerary kami.

alhamdulillah, lega rasanya bila staf tu inform semua tempat yang kami bakal pergi, covered by JR Pass. rasa nak melompat-lompat je kat situ😂

then, farah masuk bilik dalam untuk activate pass. tak sampai 2 minit dia panggil anies masuk😂 so sekali lagi kena explain fasal itinerary kami. lepas tu, tanya pula fasal luggage laa... reservation seat laa etc. dah puas tanya itu ini, barulah staf JR print pass. alhamdulillah... selesai!

keluar dari situ, kami terus capai luggage dan beredar ke stesen Tokyo Monorail yang cuma bersebelahan je dengan JR East Travel Service Centre.

berdebar juga laa bila first time guna JR Pass ni. sebab once dah guna, JANGAN sesekali hilangkannya. once hilang... NO REISSUED, okay!

kau menangis laa air mata darah sekali pun... or berguling-guling hentak kaki bagai nak rak... bolayan! 😂

pihak JR takkan ganti pass tu lebih-lebih lagi kalau disebabkan kecuaian sendiri... haaa... pandai-pandailah yaa nak hidup lepas tu...😁

JR pass ni tak dijual dalam Jepun ya! means, sebelum datang, belilah siap-siap. kalau tak nak beli, boleh guna Suica or Pasmo card yang fungsinya sama seperti TnG card. tapi kena top up selalu dan tak ada sebarang diskaun / offer macam JR Pass ni.

kalau tak nak beli Suica/Pasmo etc pun tak apa. mesin tiket 'belambak' kat setiap stesen. boleh guna tunai mahu pun kad debit / kredit (tapi bukan semua mesin available for card) ketika transaksi. bezanya bila beli on the spot ni, korang tak dapat laa diskaun esp. bila naik Shinkansen.

so, plan laa sebaiknya kalau korang nak ke sini terutama yang self trip tu. tapi kalau pergi dengan agent, tak payah susah hati sangatlah! semua dah tersedia. A - Z!😁

JR Pass & Shinkansen reserved seat ticket. sorry naa... kena cover sikit sebab ada details kat pass tu. then, warna pass pun dah berubah sebab guna setiap hari😁

suasana kat JR East Travel Service Centre. SC ni dibuka setiap hari, bermula jam 7.00AM. 

walaupun dah faham tapi kena snap juga sebagai peringatan untuk diri sendiri.

snap ni untuk rujukan...

short video. suasana pagi @ Haneda Airport

short video @ JR East Travel Service Centre.

short video. how to scan your JR Pass...


well, kalau korang ada apa-apa nak tanya... fasal shower room & JR pass ni, silakan. anies try jawab apa yang mampu. 

tu jelah perkongsian untuk hari ni. mudah-mudahan info ringkas ni dapat bantu korang sebelum travel ke Jepun.

our 'amazing race' starts now!
thanks for reading
daaa...

49 comments:

  1. Uish, mahalnya harga sekarang. Dulu boleh beli bila sampai kat airport kan? Skrg dah tak boleh ye. Syukur masa pegi Jepun dulu anak2 masih kecik jadi dieorg travel free je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya serba serbi mahallll la niii

      sy rs tu pass jr setempat yg boleh bli kt airport. kalu jr wide mmg x jual dlm jepun. tu yg sy bc kt website diorg

      Delete
  2. Thanks atas perkongsian.. Memang membantu sgt utk yg DIY ke Jepun ni.. :D

    ReplyDelete
    Replies

    1. sy fhm betapa sukar nk dpt info yg tepat esp yg pertama kali nk buat trip. hrp2 apa yg sy share ni dpt membantu

      Delete
  3. Kenapa ramai yg beratur org tempatan ke foreigner yg beratur tu? 30 minit kira sgt la tu.. Tak tahu la kita org laki mandi 10 mnt oun tak smpai hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. foreigner yg ramai...
      org pompuan mandi kejap je. tang bersiap tu yg lama...😁

      Delete
  4. Kita tak pernah guna JR pass ni hahahaa.. Sebab kdg2 tak gerak mana sbb stuck kat satu2 tmpt tu lama sgt hahaa.. Kalau ada itinerary mmg kene JR pass then okla

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau explore satu2 kaw x de jr pn x pe. janji ada duit kecik or rajin top up. x pun rajinnnn berjalan😁

      Delete
  5. Rindunya nak pergi Jepun... Best kan kat sana, saya paling suka Tokyo

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnnn rs x nak balikkkkkkkk. tokyo best. jrg sunyi

      Delete
  6. Kalau mandi lebih lama dari tu kena denda lumayan mahal ya😱

    ReplyDelete
  7. selalu suka baca artikelnya kakanya, ko bisa jalan2 terus

    ReplyDelete
  8. semoga dipermudahkan segala urusan sepanjang melancong di bumi Jepun.

    ReplyDelete
  9. Boa sexta-feira e bom final de semana.

    ReplyDelete
  10. Apalah aku yang selalu lama kalo di kamar mandi, bisa terkuras kantong 🥲

    ReplyDelete
  11. Biasanya perempuan suka lama dan lupa waktu kalau mandi, banyak ritualnya 😁

    ReplyDelete
  12. mandi dalam tempoh 30 mnit...lama juga tu...10 minit pun ok juga

    ReplyDelete
  13. Espero que no te hayas atrasado. Te mando un beso.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ¡Gracias a Dios! ¡Lo hemos conseguido a tiempo!😀

      Delete
  14. Uwaaaaah dah naik harga mandi di sanaaa 🤣🤣🤣. Trakhir saya ke jepang mandi 30 menit msh Jpy1000 kak, skr dah 1500 😅.

    Boleh masuk berdua asal dengan anak yg masih kecil 😄. Saya waktu itu berdua Fylly masuk, dia masih 4 THN lagi. Jadi boleh. Tapi biaya sama 🤣. Cuma waktu kami mandi JD LBH panjang Krn dihitung 2 orang.

    Jr pass dah laaah. Makin mahal, size dia pulaaaa makin keciiil 😂😂. Ya Allah, saya takut hilang. Dulu size dia besar, bisa disimpan Kat dry bag. Sekecil itu saya kuatir sangat terselip di mana nanti 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksud sy tu kalau masuk bersama orang dewasa. memang tak boleh laa nak sharing. dengan anak kecil tak jadi masalah.

      biasa laa tu fanny... tempat mana yang tak naik harga...

      ya. tu yamg seram sejuk tengok size nya. sentiasa check lepas scan. bimbang hilangggg

      Delete
  15. Negara yg semuanya pantas! Mandi pun pantas!

    ReplyDelete
  16. Saya memang enjoy baca travel post bloggers sebab puas nak baca, serap information dan tengok gambar2. Cuma kalau gambar kecik mmg auto pangkah, haha rabun teruk.

    Japan ni antara negara yg saya tak confident nak pegi tapi nak pegi sebab fikir mahal. But hopefully one day ada rezeki. Mana tau boleh refer blog Anies nanti.

    Tak sabar nak tengok upcoming post pasal your itinerary di jepun. Keep them coming and have fun!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih tqa🫰
      jepun mmg mahal. tp kalau rajin survey insya allah ada je yg mur mur...
      sy tolong amin kan... aminnn

      Delete
  17. Nak mandi 30 minit keje kacang je utk Cuya sebab Cuya boleh mandi laju2...kekeke kecuali kalau tengah berangan buat konsert dlm toilet..eheks

    ReplyDelete
    Replies
    1. campur bersiap mekap bagai ckp x 30 min?😁

      Delete
  18. jepun memang negara yang berdisiplin kan.. semua kemas and teratur and the way diorang manage time table pun mostly precise.

    ReplyDelete
  19. Kalau sejenis yg mandi lama dlm bilik air ni, mau kalut nak cepat 😂

    ReplyDelete
  20. Saya kat rumah, setengah jam mandi. :D
    Mahal juga, JR pass tu.

    ReplyDelete
  21. beratur sat jam lebih nak mandi je pun .. lama gak tu. tapi tempat dia mmg bersih.. JR Pass anies dh nampak vintage dah selalu guna

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaaa igt kan x ramai org...
      kad tu keluar msk mesin. mn x vintage?🤣

      Delete
  22. 30 min tu bisa diatur.. boleh je sekali bersiap... tp org jepun ni mmg serba serbi nak cepat kan? mmg budaya diorang dh mcm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak cukup kak🤣🤣 tu pun mekap pakai kat luar

      Delete
  23. Pergh!! 30 minit je.. Memang kena cepatlah tak boleh nak berlama-lama.. Tapi suka sebab bersih dan cukup kelengkapannya.. Alhamdulillah walaupun masa sedikit lari namun semua urusan Anies dan kawan-kawan lancar.. Ohsem trip..

    ReplyDelete
  24. Moga Anies buat step by step cara nak travel ke Jepun untuk pemula. Banyak terms yang tak familiar ni. 😂

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆