Pages

Friday, 8 December 2023

日本へようこそ

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Sebelum tu anies nak ucapkan tahniah kepada blogger Mulan kerana berjaya meneka dengan tepat dalam entry INI.

so harap-harapnya ketika blogger Mulan baca entry ni, hadiah yang dikirim dah pun sampai dengan selamat

kepada yang dah teka tapi tak berjaya, jangan susah hati. nanti ada rezeki anies buat lagi mini GA ni ya!

well... kat mana nak mula, ya? hmm... sebenarnya... jalan-jalan ke Jepun ni dah lama kami plan. sebelum wabak Covid-19 lagi, anies dengan blogger Sal dah cadang nak tonton sukan Olimpik kat sana. 

tiket (return) dah beli. hotel masih mencari masa tu. itinerary dah buat tapi tak siap sepenuhnya.

tup tup... lockdown! sampai bulan 5 2020, kami masih berharap dapat pergi. masuk bulan 7, bila kerajaan Jepun beritahu yang sukan Olimpik postponed, maka kami sepakat untuk minta refund.

fast forward... bila trip ke Türkiye tak jadi disebabkan ada yang tarik diri, then anies & blogger Farah plan buat trip sama-sama. pilih punya pilih, bincang punya bincang... akhirnya kami decide untuk ke Jepun.

kenapa Jepun? sebab boleh dik!🤣 

since itinerary Jepun dah ada, jadinya anies just modified/update apa yang perlu. sementara tu Farah pula buat 'tugasan' booked hotel, beli tiket flight & pass etc. kiranya bab-bab $, semua serah kat Farah. thanks, darling🫰

Alhamdulillah... both Farah & Nora tak banyak tanya fasal itinerary. diorang serahkan 100% kepada anies. rasa bersemangat bila kawan-kawan beri kepercayaan macam ni. i 💜 you both!

then.... tibalah hari yang dinanti-nanti...

anies berseorangan ke KLIA T2 dengan ERL...

dannn... juga bakal 'terbang' berseorangan. tak percaya? silalah percaya. ya. anies berlepas dari KLIA T2 tanpa teman. dan... ni laa luggage yang anies bawa sepanjang berada kat Jepun. percaya tak cuma besar ni je?


silalah percaya. sebelum masuk, staf AA dah terpacak kat situ untuk timbang luggage. anies dah start berdebar. walaupun luggage ni kecil tapi mana laa tahu... naik je atas timbang, tetiba dia jadi 10kg! mahu pengsan kat situ!😂 tapi alhamdulillah... luggage anies cuma 7.3kg je. so, bila dah lepas, hati pun senang sampailah selesai semua proses pemeriksaan kastam & imigresen. 

p/s ada masa nanti anies share macam mana nak buat travel light, okey?


flight meal. disebabkan tak ada kebab, so anies order nasi ayam. tetiba perut lapar padahal dah sarapan berat sebelum keluar rumah. Alhamdulillah flight hari tu tak ada masalah. jam 11.10am kami berlepas dari KLIA T2.

Alhamdulillah, anies selamat mendarat kat Tant Son Nhat Inter. Airport jam 1.10pm waktu Ho Chi Minh. entah kenapa hari tu, orang sangat ramai. hampir sejam jugalah anies kena beratur untuk lepas kastam dan imigresen. 


ya, disebabkan kami bakal naik flight Vietjet ke Jepun, jadi...prosedurnya sama macam nak masuk Vietnam. luggage semua kena check. apa pun kami bersyukur sangat sebab kami ada gap masa yang lama. bayangkan kalau gap cuma 2 jam je? mahu menangis tak berlagu laa kat airport ni...

siap semuanya, anies pun tunggu Farah & Nora. flight diorang mendarat 10 minit lepas anies tiba. dan masa tunggu nak cop passport, tak nampak langsung kelibat depa. so lepas selesai urusan anies decide tunggu diorang kat arrival hall.

tunggu punya tunggu akhirnya diorang pun keluar. punyalah excited dapat jumpa & peluk diorang. sebabnya... last kami jumpa, Februari lepas. lepas tu, kami cuma 'jumpa' kat group WA je. everything related to our trip, bergaduh😂 dibuat dalam WA. so bila dapat jumpa ni memang happy sangatlah!


short video. baru perasan video ni Farah share kat group WA😂😂 masa ni kami dah sampai HCM.


tanpa berlengah, kami terus ke tingkat atas. caranya mudah je. cuma cari lif dah terus ke departure hall. sebaik melangkah masuk, kami dapati kaunter Vietjet dah dibuka. tanpa berlengah kami terus masuk dan check in luggage. lepas tu terus beredar ke bilik menunggu. 


sempat lagi usha flight orang lain😂😂

short video. bila dapat geng yang suka bebenor dengan Tik Tok😂😂

tepat jam 4.30pm, staf VietJet pun panggil penumpang. lepas check tiket dan boarding pass, kami terus naik bas sebelum directly dihantar ke pesawat.


jam 5.20pm kami meninggalkan bumi Vietnam. perjalanan kami smooth tapi.... air turbulance.... fuh!!! rasanya lebih 5 kali kot? memang tak boleh nak terlelap. hanya mampu mengucap banyak-banyak. dah laa flight malam...


dan akhirnya.... alhamdulillah... kami selamat tiba di Haneda Airport pada jam 12.10AM waktu Tokyo. ya betul. kami tiba tengah malam. jadinya kami akan stay kat airport sampai pagi.

3 of us. muka mengantuk tapi depan kamera, buat-buat ceria.😂😂


selesai semua perkara, kami terus ke tingkat 4 Haneda Airport. kat sini adalah 'port' untuk berehat sementara menunggu pagi menjelma. bukan kami je yang lepak kat sini. ada ramai lagi pelancong dan orang tempatan tidur, baring, makan minum etc. kat sini.


carilah bangku beralas kain merah ni kalau nak rehat kat tingkat 4 Haneda Airport. FOC. kena cari sendiri. 1st come 1st serve. kami dapat bangku masing-masing tapi berjauhan dari satu sama lain. that's okay. janji ada tempat rehat.


bangku ni tak ada apa yang special. keras. kecil. nak tidur pun tak berapa lena sebab bunyi bising sekeliling. plus, aircond agak sejuk. 

well... tu jelah mukadimah yang panjang lebar tentang permulaan trip kami. ada banyakkkkk suka duka, drama, air mata etc. berlaku lepas ni. jeng jeng jeng...

sama macam sebelum ni, perkongsian jalan-jalan ni anies cuma share pada hari Jumaat sahaja #JalanJalanJumaat #JalanJalanJepun. so cerita ni akan jadi panjangggg sampailah ke bab kami pulang nanti. you know me😉😉😉😂


ah lupa pula. ni haa... bukti blogger Mulan berjaya meneka dengan tepat & pantas mini GA yang anies buat 2 minggu lepas. kalau nak hadiah, stay tuned laa ya. mana tau... ada oleh-oleh dari Jepun untuk korang nanti!


so, that's all for today. thanks for reading.
daaaa

48 comments:

  1. brp ye kos pergi balik dr jepun?

    ReplyDelete
  2. Selamat yah buat yang berhasil menebak tujuan perjalanan ke Jepang, asiik...di tunggu cerita jalan"ke Jepang nya, wajah "lelah, tapi perempuan seperti tak buang kesempatan kalau ber-selfie 😁

    ReplyDelete
  3. oh, maksudnya memang diorang sediakan bangku tu untuk tourist yang nak baring/tidur ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul. kat mana2 tmpt kat jepun ni kalu jumpa bangku beralas kain merah, means kite boleh guna/duduk FOC

      Delete
  4. Wah ada mini GA. Kapan lagi ya mau ikutan deh hehe.

    Yeay jalan² ke Jepang. Negara yang sewaktu kecil pengen banget aku kunjungi

    Kamera memang bisa bikin kinclong seketika hehe.

    Congrats juga untuk kak Mulan

    ReplyDelete
  5. Beg Anies yang paling kecil sekali banding lagi 2 orang kawan Anies. Seronoknya, ke Jepun rupanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. travel bajet namanya😁😁diorg kalau boleh nk bw almari sekali🤣

      Delete
  6. Alhamdulillah dan Thanks Anies. Baru sampai parcel, suka sangat. Woww best ni trip ke Jepun. Tak sabar tunggu next post.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama sama🫰

      jap. tgh korek folder. byk nau gambar nak kena upload😁

      Delete
  7. Wahhh bestnya Jepun! Banyak barang comey kat situ dan pelik2... hehehe
    Moga satu hari nanti Cuya pon dapat ke sana :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang byk. cuma certain kedai je yg kami sempat sggh

      Delete
  8. Short sangat la 'short video' tu... tak puas tengok

    ReplyDelete
  9. Rindunyaaaa dengan jepang 😍😍😍😍😍. Teringin sangat balik kesanaaa. Tak sabar baca cerita kakak ttg jepang 😍. Eksplor mana aja nih?

    ReplyDelete
  10. aaaa jadi rindu pula feeling catch the flight lepas baca entri ni!! i adore your bravery bawak luggage sekecil tu while travel heheheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha travel bajet mcm tu laaa😁😁😁

      Delete
  11. Lovelys photographs of your nice travel, that sure was very interesting, and you meeted new wonderful places abroad.

    ReplyDelete
  12. wahh bestnye anies ke jepun pula..enjoyy

    ReplyDelete
  13. Wah!
    Menjepun pulak dah.
    Wokey, ditunggu cerita seterusnya.

    ReplyDelete
  14. Bom sábado e um excelente final de semana.

    ReplyDelete
  15. aku kalau naik Air Asia agak was-was kak, karena bagasinya maksimal 7 kilo, sedangkan barangku buanyak banget hahaha, mau beli bagasi sepertinya tanggung
    ditunggu cerita serunya di Jepun kak anis

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa hanya di malaysia dan indonesia sahaja yang ada check luggage oleh AA. di vietnam tiada langsung!

      Delete
  16. wow pasti menyenangkan sekali nih perjalanannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. kami selamat pergi dan selamat kembali😀

      Delete
  17. Suerte con el viaje. Pásatelo bien.

    ReplyDelete
  18. Jepun ni pun tak pernah jejak lagi. Mungkin suatu hari nanti insya-Allah.

    ReplyDelete
  19. Kakak masih di jepang? Saya masih tak habis pikir kenapa Kaka bisa bawa koper sekecil itu 🤣. Ke jepang pula tuh.

    Kalo saya dah koper paling besar, trus sampai jepang, confirm beranak pula kopernya, alias beli koper baru 😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. balik daa

      travel budget, fanny🤣🤣 lately saya tak suka carry barang2 berat. tambah pula saya tahu jepun banyak tangga esp di station. jadi luggage kecil is better😁

      Delete
  20. Assalammualaikum anies. yaya singgah entri ni je =D

    ReplyDelete
  21. Travel bertiga saja nih Mbak?
    Asik tapi lebih leluasa bergerak mengunjungi tempat-tempat wisata.
    Selamat berwisata Mbak...

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. asalnya 4 orang. tapi dia tarik diri. tinggal kami bertiga. alhamdulillah senang gerak bertiga

      Delete
  22. ala.. terlepas mini GA anies.. apapun tahniah Mulan

    ReplyDelete
  23. mcm tak percaya luggage anies sekecil tu... mmg bijak merancang ni... bestnya setahun berkali² ke oversea

    ReplyDelete
  24. Pergh!! Comel betul luggage anies tu.. Tak sabar nak tunggu Anies share pasal light travel ini.. Kalau Sha, 2 hari pun rasa macam seminggu begnya.. kikiki..

    ReplyDelete
  25. Gigih cari entri ni sebab takut tertinggal train. Mudahnya plan. Tahniah!

    ReplyDelete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆