✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Sama macam pergi ke Taiwan (boleh baca kat SINI, SINI) dan Türkiye (boleh baca kat SINI, SINI); salah satu sebab anies ke JNTO (Japan National Tourism Organization) ni, lain tak bukan... nak dapatkan info lebih.
ya, apa yang ada dalam Google tu memang banyak. tapi tak semua kita boleh faham dan hadam. jadi, bila ke sini kita bukan saja dapat banyak info tapi juga boleh tanya macam-macam sampai puas hati.
contoh, anies memang tak faham sangat fasal Shinkansen. dah banyak kali baca pun still tak faham. bukan sebab masalah bahasa. tapi ada certain part... beritahu macam ni. baca yang lain, cakap macam ni. last last kita jadi keliru yang mana satu info paling tepat dan boleh dipercayai.
so bila dah jumpa pegawai JNTO ni, anies memang tak lepaskan peluang laa...
sebelum balik, pihak JNTO bekalkan macam-macam pamplet. bukan pamplet fasal Tokyo je. hampir semua tempat dia bagi pamplet. so, tugas anies lepas tu... baca sampai muntah😂
lokasi JNTO dalam bangunan ni yang diberi nama Chulan Tower. jangan confius pula dengan hotel Royal Chulan Bukit Bintang kat sebelah tu ya...
JNTO berada kat tingkat 1. keluar dari lif dah nampak signage ni...
anies jumpa staf JNTO kat sini je... lenguh jugalah sebab tak ada kerusi. dah laa sembang kemain lama😂
pejabat JNTO di sebalik kaunter ni...
dari main entrance... kat rak tu ada pelbagai jenis pamplet, booklet etc tentang Jepun terutamanya destinasi pelancongan...
another rak yang ada kat sini... ralit jugalah pilih bahan bacaan yang sesuai dengan itinerary kami...
main entrance dari lobi...
ni sebahagian pamplet yang diberi JNTO. kebanyakannya dalam English. selain peta, lokasi makanan halal, souvenir halal etc semuanya ada dalam pamplet ni.
so, kalau korang nak pergi Jepun terutama yang buat trip sendiri tu, bolehlah singgah sini. banyak info terkini yang korang boleh dapat directly daripada staf JNTO. mereka sangat peramah dan sedia membantu.
buttt... jangan jadi macam anies! itinerary tak siap lagi tapi dah datang ke sini😂sepatutnya itinerary dah siap baru datang. senang sikit staf JNTO nak check... aduyaiii...
well tu je laa perkongsian untuk hari ni.
thanks for reading.
daaa....
Lumayan lengkap juga pamplet,jadi gak bingung lagi, info bagi turis luar yang mau tau ttg Jepang ,cukup membantu
ReplyDeleteya. sangat2 membantu esp sy yang kena buat itinerary ni
DeleteWah! Baru tau ada tempat cam ni... boleh dapat info!
ReplyDeleteya. mostly negara2 tumpuan pelancong ada buka centre macam ni... staf diorang ada yg local. ada foreigner
DeleteBest best. Thanks for sharing. Tunggu next post pulak hehe
ReplyDeletesama sama😀
DeleteWAH RANCANG NAK KE JEPUN PULA YA ANIES
ReplyDeletedah balik pun kak😁
DeleteSo nice place, thanks for your sharing...
ReplyDeleteyou're welcome🫰
DeleteDulu saya awal2 ke jepang, masih buta juga dengan Shinkansen. Saat itu Krn 2 Minggu di Jepang dan memang nak pergi jauh2, jadi beli jr pass lah. Untungnya di setiap stasiun , banyak information, dan mereka baik sangat menjelaskan sesuatunya. Bersyukur bahasa inggris mereka pun bersih. JD paham cakapnya.
ReplyDeleteya betul. info sangat banyak. mereka pun sedia untuk bantu kita. cuma dari segi masa, kita akan kuranglah...
DeleteBertahun berangan nak jejak Jepun.
ReplyDeleteTapi tak pernah sampai.
insya allah tak lama lg smpi laa tu. aminnn
DeleteMbak Anies sudah sampai Jepang saja nih...
ReplyDeleteBaik juga nih Mbak trip nya dengan mampir dahulu dan mencari banyak informasi ke JNTO ini.
Jadi akan mengunjungi lokasi wisata apa saja di Jepang, Mbak?
Saya nantikan catatannya di blog ya.
Salam,
saya dipertanggungjawab buat itinerary. jadi saya perlu info banyak. google pun bukan 100% tepat. jadi di sini saya akan dapat extra info.
Deletenanti saya cerita ya... 😀
my big brother ada plan nak pergi jepun next year and this entry sangat membantu hehe. nanti zaty share link post ni dekat dia so that nanti dia tak keliru. thank u so much for this sharing!! <3
ReplyDeletesaya masih simpan pamplet tu. kalau dia nak sy boleh bagi
DeleteBoa tarde de quinta-feira. Excelente matéria minha querida amiga.
ReplyDeleteobrigado luiz
DeleteOoo... pentingnya merancang sebelum buat sesuatu, yek. Banyak kena study sebelum pergi negara orang, kan.
ReplyDeletebetul. bila g sendiri mcm ni laa ikhtiarnya... nak redah je boleh tp $$ mengizinkan😁
DeleteGenial siempre es bueno recolectar información. Te mando un beso.
ReplyDeleteLo que encontramos en Google no es 100% exacto. Entonces la solución es... venir aquí y obtener la información más reciente.
DeleteDulu pegi Jepun sebab adik belajar kat sana. Jadi apa2 semua harapkan adik yg tolong explain 😂 Bestnya pegi jepun, rindu makanan kat jepun 🤤
ReplyDeletekalau sy ada sedara kat sana mmg x buat laa itinerary semua bagai. huluq duit je laa😀
DeleteEh tmpt apa ni best nyer boleh dpt info pasal jepun.. Biasa kita terjah embassy jer kalau nak buat last confirmation itinerary.. Utk negara yg sgt2 kurang info la ..:D
ReplyDeleteke embassy tu pun kalau x de tmpt2 mcm ni... selagi ada lite cari kat kl ni😁
Deleteinfo tersebut memberikan bantuan kepada para pembaca dimana berada. ternyata bantuan tidak hanya berupa tenaga dan materi, tetapi dengan informasi kita dapat menjelajah dunia
ReplyDeleteya betul tu. kadang bukan semua yang ada di google tu tepat dan betul..dengan ada bantuan macam ni, ia sangat2 menolong tourist mcm kami
DeleteJalan elok2! Jangan lupa sampaikan salam pada Hello Kitty! hhehehehe
ReplyDeleteok nnt tggu salam sy kpd hello kitty😁
Deletecantik interior dalam bangunan ni. mmg kdg2 lebih bagus pergi sendiri berbanding online2 kan
ReplyDeleteMudahan juga saya ada rezeki dan kesempatan juga untuk ke Japan...
ReplyDeleteBagusnya.. Senang nak travel bila boleh dapat semua maklumat ini..
ReplyDelete