Pages

Wednesday, 30 November 2022

Singgah Turkish Tourism Office

✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿

Ehh... apahal tiba-tiba pergi sini? nak pergi Türkiye ke, anies? amboiiii diam-diam je yaaa...

hahaha... (gelak ntah hape hape) sabar... sabarrr... jangan terpedaya. baca dulu apa yang anies nak kongsikan ni ya.
.
.
.
setiba di kaunter khidmat pelanggan, Menara Prestige, KL:

anies: saya nak ke office Turkish Airlines. tingkat berapa ya?

staf: maaf, cik. office Turkish Airlines dah tutup!

anies: hah, dah tutup? ya ke? dah lama ke?

staf: dah 2 tahun cik.

anies: means, dari sebelum PKP lagi dah tutup?

staf: ya betul. 

anies: sebenarnya saya datang nak tanya fasal tiket mama saya. kami dah call, emel... tapi tak ada balasan. jadi, alang-alang dah ada kat sini, so saya singgahlah. nak cuba nasib.

staf: maaflah cik, kami tak dapat bantu. hmm... apa kata cik try pergi bangunan sebelah? Turkish Tourism Office. memang tak ada kaitan tapi mungkin diorang boleh bantu.

anies: okey, okey. saya cuba.

dengan hati yang berat, anies pun pergilah ke Turkish Tourism Office (TTO) yang cuma bersebelahan je dengan Menara Prestige.

setiba di office TTO, pada mulanya anies just nak tanya tentang keberadaan office Turkish Airlines. then...

staf TTO: hah? dah pindah? biar betul?

anies cuma mampu ketawa bila staf TTO tanya begitu. nampaknya dia pun tak tahu ke mana 'menghilangnya' office Turkish Airlines. dah balik Istanbul kot?
 
dan dari pertanyaan tu, perbualan kami meleret masuk bab-bab pelancongan di Türkiye. macam-macam kami bualkan sampai terlupa tujuan asal ke situ. 

sebelum beredar, staf TTO sempat beri sedikit cenderamata. rasa terharu pula. sebab anies datang bukan tujuan nak dapatkan info daripada mereka.  

situasi ni mengingatkan anies kunjungan ke Taiwan Visitor Association (TVA) (boleh baca kat SINI) beberapa tahun lepas.

so, anies anggap semua ni... rezeki ke Türkiye... aminnn...

ni lah lokasinya... terletak di jalan P. Ramlee, KL.

bila melangkah masuk, akan nampak ni dulu...

pelbagai jenis pamphlet berkaitan produk pelancongan di Türkiye ada di sini. bole ambil. FOC.

ruang pejabat TTO.

cenderahati daripada pihak TTO. woven bag, small note book, pen & sekeping coaster. dalam woven bag tu, ada macam-macam pamphlet anies ambil.


okey, tu sahaja perkongsian untuk hari ni. tak ada apa-apa yang istimewa. cuma rasa teruja dapat hadiah yang tak disangka. terima kasih TTO. dan terima kasih juga kepada korang yang sudi baca dan komen.

daaaa...

42 comments:

  1. Allahu... so tak dapat balik la duit mama anies tu? Senasib dgn mak saya kot. Dia pun dah bayar duit tiket & duit nak ke Korea sebelum PKP, tup2 lepas PKP ejen tu boleh pulak menghilangkan diri dgn duit rombongan dieorg. Sedih rasanya sbb dalam 2k jugak lesap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nnt sy bagitahu psl tiket tu😁

      ooo ye ke? agent apa mcm tu? beraninya dia ambil then mkn duit org mcm tu? kalau sy, sy x kn halalkan. biar berulat perut dia ms nazak nnt kalau x refund. apa dia igt duit kite tumbuh kt pokok ke? eee geram.pulak sy!

      Delete
  2. Walaupun masalah utama tak dapat jawapan tapi rezeki Anies untuk terima cenderamata.. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbnr nya jawapan dah ada sblm sy dtg lg...tp yg tu nnt sy bg tau hehehe... seronok dpt cenderamata tu hlg dah kerisauan hehehe

      Delete
  3. Habis itu tanya pada siapa masalah tiket mama Anies?
    Hehe lain tujuan lain yang dapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg tu nnt sy cerita ya😀😀tu laa lain yg plan lain yg dpt😀

      Delete
  4. i have only assumed about this spam, because I did not see my comment in your post:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. just go to spam box. dont worry i'm still monitoring all incoming comments

      Delete
  5. Rezeki tu dpt info dan cenderahati.. Alhamdulillah! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah kata2, kita hanya merancang...😀

      Delete
  6. I can't wait to read the details of your trip to Turkiye.

    ReplyDelete
  7. Siempre es genial viajar y si me gustaría conocer Turquía y otros piases mas. Te mando un beso.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Espero que algún día tengas la oportunidad de visitar Turquía.

      Delete
  8. Tu namanya seruan pergi Turkiye. Isu tiket flight ni senang kalau gi opis terus. Dok bercakap dengan mesin memang tak selesai

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak seru ko pergi sekali.lg lah😂😂

      pergi ke opis turkish airlines nak tanya psl tiket... opis ghaib! (pantun 2 kerat)😂😂😂

      Delete
    2. boleh je, tapi takde bajet dah nak naik belon lagi

      Delete
    3. ko x yah naik lg. ko panjat bkt cappadocia tu sambil tgk kitorg naik 😁

      Delete
  9. sama-sama kerana saya juga telah membaca artikel ini

    ReplyDelete
  10. Lahhh... buleh pulak ghaib macam tu ja, call dan emel tak berbalas 😐

    ReplyDelete
  11. Boa tarde minha querida amiga. Desejo um ótimo mês de dezembro.

    ReplyDelete
  12. so amazing items:D and cool place;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. just share the joy of getting a souvenir ;-)

      Delete
  13. wah bestnya siap dpt souvenir dari TTO

    ReplyDelete
  14. Bestnya dpt souvenir! Kalau saya singgah sana mesti ambik semua pamphlets, hahaha.

    ReplyDelete
  15. Jadi macam mana tentang tiket mama kak Anies? Ini dibeli sebelum pandemic ya? Tiket saya yg dibeli sebelum pandemic pun banyaaak yg cancel. Tapi beruntung nya, semua maskapai masih bisa dihubungi, dan akhirnya refund. Ada jugak travel yg tak bisa refund, dan hanya mau reschedule sampai nanti bisa jalan 🤣🤣. Trip saya dari 2020 ke Iran, akhirnya diswitch jadi ke US dan berangkat 2022 Desember akhir nih. 2 tahun menunggu 🤣. Saya mau aja di switch, drpd uang makin tak jelas kan digantung mereka.

    Baik juga Turkish tourism tuh. Teringin juga nak balik vacation ke Turki. Saya suka Istanbul. Kalo kesana lagi, nak visit kota2 yg lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tentang tiket mama saya tu, nanti saya cerita.
      di sini, air asia pada mulanya beri kredit. tiada refund kepada yang beli sebelum pandemik. sekarang kredit ditukar kepada kupon. dan kupon tu valid sampai 2023.

      kami pun tak plan lagi apa nak buat dengan kupon tu. kadang rasa malas bila fikir delayed, reschedule etc. penat dengan kerenah air asia ni!

      jom jom kita ke Turkiye tahun dpn ;-)

      Delete
  16. gitu plak ek. m.i.a gitu aje :) hi hi...
    moga urusan anies tu dipermudahkan ye.
    gift tu best! anies hadir di situ dan mereka x nak menghampakan.
    kecil tapi amat berharga, kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa... dtg tujuan lain balik dgn souvenir... tu yg happy tu hehe

      Delete
  17. Akhirnya tiket mama jadi d-irefund ya. Seharusnya di-refund.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh refund sebab tu tiket promo. jd kami guna alasan, office TA dah tutup.😁

      Delete
  18. Nampaknya tak ada penyelesaian lah nak refund tu. Aduhaii..kesian mama Anies. Rugi betul kalau tak dapat refund. At least dorang inform lah atau reply email tu kan. Taklah menyusahkan orang sampai ke datang ke office. Office pulak dah tak wujud lagi. adeh!

    Rezeki dapat sourvenir. Okaylah dapat sejukkan hati kejap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. x boleh refund sbb tu tiket promo. so nk tak nak dia terpaksa jg pergi mesir

      opis x wujud sejak 2 thn lpa tu yg x bleh diterima. apa diorg ni x de socmed ke😁

      Delete
  19. seronok ye kalau ke mana2 tourism. hahaa.. org dh bg kita ambil. rejeki jgn ditolak. mana tahu boleh pi turkiye dgn sal lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa... mmg x sangka dpt.

      tu dia nk ikut sy kalau sy g bln 5 😂

      Delete
  20. kalau ke turki boleh kirim belikan tumbler starbucks. cantik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh boleh... nnt kasi gmbr tumbler mn yg berkenan

      Delete

☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆

yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!

☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆