...السلام عليكم
AUTO PUBLISHED.
sambungan daripada Sabah #1.
aktiviti yang ditunggu2!
apa lagi kalau bukan shopping 'menyoping'!
yeeee haaaa...
tapi sebelum tu, anies nak minta maaf andai belum berkesempatan BW ke blog anda.
sebelum shopping, perut harus diisi dulu.
yang ni, murtabak ayam tapi meriah dengan sayur-sayuran.
kat mana nak dapat murtabak ni?
senang je.
resto ni terletak bersebelahan hotel Le Meridien, Kota Kinabalu.
yeee haaaa...
tempat untuk mengopakkan purse!
mana lagi kalau bukan kat sini!
kalau sebut Pasar Kraftangan, nanti ramai yang terpinga2.
tapi kalau sebut Pasar Filipina, hah... kompem semua tahulah!
acu tengok budak baju oren tu.
mata dia tak berkelip bila tengok mutiara!
kalau boleh satu kedai dia nak borong!
suasana kat dalam Pasar Filipina ni agak sempit.
so, bagi yang tak biasa dengan keadaan macam ni...
tak payahlah nak merungut2 kepanasan ke, sempit ke...
yang penting... enjoy!
selain barangan perhiasan diri, nak rembat FM ke, keychain ke...
hah, kat sinilah syurganya!
dah puas menyelam laut cari mutiara dan seangkatan dengannya, moh la kita ke Pasar Ikan Masin.
jangan risau... tak jauh...
sebelah je dengan Pasar Filipina ni.
kat sini, cuma memborong barang2 yang penting je.
macam ikan bilis, udang kering dan tak lupa juga, kuih cincin yang keras tapi sedaapppp...
tu, budak baju oren tengah buat proses tawar menawar.
orang dah kasi murah, dia tawar lagi sampai tauke kedai tu terduduk.
ekekeke
udang kering, ikan masin, sotong kering....
perrghhh...
lepas tu... ehhh... belum habis lagi menyoping...
kita terjah pasar buah pulak!
tak jauh juga.
sebelah je dengan Pasar Ikan Masin ni.
pesan anies, kalau nak cari buah yang sedap tapi murah...
carilah yang betul2 elok.
takut2 nanti, baru je sampai hotel... buah dah tak boleh nak makan...
rembatan of the day!
kalau nak memborong ikan masin banyak2, jangan risau tentang bau bila naik flight.
orang kat Pasar Ikan Masin tu tahu sesangat cam ne nak tolong packing macam kotak kat atas tu...
kira-kira dalam pukul 5.30 petang, saudara kami datang jemput untuk ke rumahnya yang terletak di Putatan.
ya Allah... nak ke Putatan ni tak lah jauh mana...
oleh kerana kami keluar time orang balik kerja, makanya bersiap sedialah untuk mengadap jammed!
perrrghhh... panas montot woo nak sampai Putatan...
lepas borak2 dengan saudara mara, pak cik Ghafar sekeluarga ajak kami keluar makan.
ngeh ngeh ngeh...
tak kan nak menolak kan?
kat mana ni?
mereka bawa kami makan kat sini.
Seri Tiga Rasa Seafood.
terletak tak jauh dari Pasar Filipina.
kalau yu ols nak makan kat sini, cari je khemah kaler putih, tepi jalan.
tapi kena banyak bersabarlah time nak tunggu hidangan tu.
agak lama juga laa...
sebabnya, orang sangat2 ramai time tu...
antara juadah malam tu...
butter prawn, sotong goreng tepung, ketam masak kicap, ikan bakar etc.
Alhamdulillah... kenyang sampai ke pagi.
terima kasih pak cik Ghafar sebab belanja kami.
moga2 murah rezeki pak cik sekeluarga.
aminn...
last but not least...
sekalung tahniah buat officemate kami...
Que Lyana yang berjaya menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2012 bagi karyanya yang berjudul 'Lukisan Lisa Untuk Ibu', yang berlangsung semalam di Hotel Istana.
you made us proud, dear!!
well.. anies pergi ke mana lepas ni?
tungguuuuu....