✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Sebelum tu, tarik nafas
panjang-panjang... fuhhhhh... fuhhhhh...
alhamdulillah... sampai juga ke entry
terakhir jalan2 Taiwan. Lap peluh, lap ketiak, lap pelipat hahaha...
well, sama macam sebelum ni, anies
akan kongsikan itinerary ringkas kami sepanjang berada kat Taiwan, 6D 5N.
Jujur cakap, anies memang excited nak
share itinerary ni sebab anies nak orang lain dapat manfaat atas
perkongsian ni. Walaupun tak 100% sempurna, walaupun 100% tidak memenuhi kehendak kami (dan mungkin anda juga), tapi cuma seperkara yang
anies harapkan, apa yang dikongsikan ni kita sama-sama dapat kebaikan, pahala
dan manfaat.
Kami mula beli tiket pada penghujung
November 2017. alhamdulillah, masa tu dapat tiket murah Malindo Air
ke Taiwan. Tapi kami beli sehala je. Untuk return, kami tunggu sampai
Februari 2018. Alhamdulillah, dapat murah juga. Terima kasih Asia
Asia! TAPI, tiket murah return ni AA tak announce pun kat website.
suatu hari, anies dapat emel / notification dari Sky Scanner yang mengatakan, ada tiket murah ke Taiwan. then anies terus check web site AA dan memang betul apa yang dikatakan. tapi, masa tu terlambat 5 minit nak confirm beli. kalau masa dapat notify (on the spot) anies terus beli, anies boleh dapat harga RM290. sebab lewat, harga terus naik jadi RM308++... arghh... frust jugalah masa tu. tapi apa nak buat. tak ada rezeki. tapi Alhamdulillah, harga yang kami dapat ni tak semahal harga2 yang pernah kami survey sebelum ni (ada sampai RM500++ sehala). so, moral of the story, tolong download apps Sky Scanner hahahaha... sempat iklan...
suatu hari, anies dapat emel / notification dari Sky Scanner yang mengatakan, ada tiket murah ke Taiwan. then anies terus check web site AA dan memang betul apa yang dikatakan. tapi, masa tu terlambat 5 minit nak confirm beli. kalau masa dapat notify (on the spot) anies terus beli, anies boleh dapat harga RM290. sebab lewat, harga terus naik jadi RM308++... arghh... frust jugalah masa tu. tapi apa nak buat. tak ada rezeki. tapi Alhamdulillah, harga yang kami dapat ni tak semahal harga2 yang pernah kami survey sebelum ni (ada sampai RM500++ sehala). so, moral of the story, tolong download apps Sky Scanner hahahaha... sempat iklan...
Untuk hotel pula, kami start buat
survey lepas beli tiket flight. Kami juga sedia maklum, harga hotel pasti
melonjak sebab tarikh kami berada kat sana jatuh pada weekends dan
Labour Day. Part cari hotel murah ni, sampai bulan Mac 2018 masih tak
complete lagi. Yelah, dah jumpa yang murah bulan ni, tetiba bulan
depan ada yang lagi murah. Mana tak pening! Lagi satu, lokasi hotel
juga mainkan peranan. Takkanlah kita nak pilih hotel yang jauh, kan? Lainlah lutut kami ni diperbuat daripada besi. No hal
kalau nak menapak jauh.
Since kami ni duduk berjauhan, WhatApps
dan call sahajalah yang jadi penghubung. nina kat Penang, anies kat KL. Dalam tempoh lebih kurang 6 bulan, kami
jumpa sekali je. Time tulah kena ambil peluang betul2. Bincang dari A
sampai Z.
Alhamdulillah, everything went
smoothly. Kami pergi dan pulang dengan selamat (fulus je yang tak berapa nak selamat) hahaha
Dan kesempatan ni, anies nak ucapkan
terima kasih pada blogger nina atas kerjasama, wang ringgit, titik
peluh dan etc. yang dicurahkan untuk menjayakan trip ni... sob sob...
sebaklah pulak... dan saya minta maaf banyak2 atas salah silap saya
sepanjang 6D 5N kita bersama... yelah, kadang moody tak tentu pasal, kadang marah naik hangin, mengamuk bak puting beliung, kadang merajuk macam budak kecik nak coklat, kadang tercubit, tertampar hahahahhaa (ni semua poyo!😂😂)
akhir kalam... bila nak siap iti ke
Kashmir ni, nina? Ops!!! hahahaha...
>>::<<
itinerary ringkas 6D 5N @ Taiwan
💚departs from KLIA by Malindo Air (6.50 am)
💚landed at Taoyuan Inter. Airport
(10.40 am)
💚naik MRT ke Taipei Main Station
(TMS). Beli Easycard, tiket kereta api dan THSR.
💚ke Carrefour Guilin Store beli barang2
💚over night at Poshpacker Hotel (1 night)
💚over night at Poshpacker Hotel (1 night)
💚check out hotel
💚ke TMS, naik bas ke Yangmingshan
National Park. Berada di YNP kira2 3 jam.
💚kembali ke TMS. Singgah Chiang
Kai-Shek Memorial Park dan Daan Park.
💚kembali ke TMS dan naik tren ke
Taichung.
💚arrived at Taichung Railway Station
(5.20pm)
💚check in at VIP Hotel (1 night)
💚check out hotel
💚beli tiket bas di Gan Cheng Bus
Station untuk ke Chingjing Farm.
💚ke Chingjing Farm (berada di sini
kira2 2 jam)
💚from Chingjing Farm to Puli Bus Station by bus.
💚from Puli Bus Station to Sun Moon
Lake (SML) by bus.
💚check in at Tan Hui Modern Hotel (2 nights)
💚merayau2 sekitar SML
💚breakfast at hotel
💚beli pass SML di Shuishe Visitor
Center
💚ke SML Ropeway, naik ropeway ke
Farmosan Abroginal Cultural Village
💚selesai naik ropeway, berjalan kaki
ke Ita Tao Pier
💚naik bot merentasi SML
💚rehat dan solat
💚aktiviti berbasikal hingga ke
Xiangshan Visitor Center and return
💚membeli belah di sekitar SML
💚check out and having breakfast at hotel
💚beli tiket bas ke stesen THSR
Taichung
💚tiba di stesen THSR Taichung, naik
THSR ke Taipei.
💚tiba di TMS, drop luggage di Say Love Hotel,
lunch di restoral halal (Chang's Beef Noodle)
💚solat jamak di surau TMS
💚ke Sun Yat Sen Memorial Hall
💚ke Taipei 101
💚ke Shilin Night Market
💚ke Sun Yat Sen Memorial Hall
💚ke Taipei 101
💚ke Shilin Night Market
1 Mei 2018
💚check out, drop luggage at hotel
💚breakfast at halal restaurant: Chang's Beef Noodle
💚singgah North Gate (Cheng'en Gate)
💚singgah North Gate (Cheng'en Gate)
💚ke TMS, naik MRT ke Taipei Zoo /
Maokong Gondola
💚beli tiket, naik gondola,
bersiar-siar di sekitar Maokong
💚naik MRT, berhenti di stesen Dr. Sun
Yat-Sen Memorial Hall untuk menikmati Ice Monster
💚kembali ke TMS, ke hotel untuk
collect luggage
💚bertolak ke airport by Airport MRT
💚flight airbus AA, departs 11.30 PM
💚landed at KLIA 2 - 4.30 AM, 2 May 2018.
Budget:
💜flight ticket (Malindo Air, Air Asia [return]) – RM710++ (1 person)
💜5 hotels – RM1100++ (divide 2 person)
💜transport in Taiwan – RM200++
💜others (foods, drinks, souvenirs,
entrance fees, etc) – RM600++
::total RM2000++ per person
kami balik naik Air Bus pada hari tu sebab penumpang ramai termasuklah budak2 sekolah (kumpulan pancaragam rasanya)
dari TMS ke airport, sama macam waktu kami sampai. naik airport MRT. tambang FOC. macam mana nak dapat tambang FOC ni? boleh baca kat SINI.
kaunter check in TIA. memang panjang queue malam tu. tapi tak delah sampai lenguh2 kena tunggu lama...
extra info: nak cari souvenir murah kat Taipei, cari kedai ni. kedai underground TMS. kat sini banyak pilihan. dari yang murah sampailah harga yahudi...
surau TMS. sebelah locker. sebelah parking lot. di tingkat bawah TMS. surau ni tak ada tempat berwuduk. akan tetapi ada bilik air khas untuk berwuduk bersebelahan tandas TMS. jarak lebih kurang 5 - 8 meter dari surau. means, korang kena ambil wuduk kat luar. kalau pintu bilik air ni dikunci, korang minta kebenaran dari cleaner. nanti diA akan bukakan pintu. (kalau pakai tudung, tak payah cakap banyak pun tak apa sebab dia tahu korang memang nak ambil wuduk)
okey..tu je perkongsian hari ni...
thanks 4 reading!
p/s kalau ada soalan berkaitan, boleh drop komen kat bawah ya...