Taipei, Taiwan: Ice Monster
11:21 am
✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
Come on anies... sikit je lagi nak
habis entry Taiwan ni. Lepas ni ko boleh relaks and tak payah update
lagi sampai tahun depan...gitewww
sebenarnya ada cerita kenapa kami
teringin nak makan 'ABC Taiwan' ni. Ni semua blogger nina punya
pasallah. Dia pergi skodeng IG Janna Nick. Masa tu, si Janna ni pergi
Taiwan dan lepas tu dia tunjuk 'ABC Taiwan'. Apa lagi menggelupurlah
nina tengok post tu. Sebab nampak macam sedap. Nampak je. Rasa belum
tentu lagi hahaha...
dan rancangan nak makan 'ABC Taiwan'
ni kami tak study betul2 pun. Kalau ada pun cuma cari kat mana
lokasinya. Tu je.
So berpandukan map, kami pun cari laa
lokasinya. Bila turun kat salah satu stesen MRT, mula laa menggelabah.
Tak tahu ke mana nak tuju. Jangan harapkan signboard yang ada sebab
semuanya dalam tulisan Cina. Kalau faham lain ceritanya.
Then, kami pun tanya kat customer
service officer kat stesen MRT tu. Alhamdulillah... walaupun tak
berapa fasih, staf tu sudi tolong kami. Siap carikan lokasi restoran.
Rupanya kami salah masuk stesen MRT. Then
sambung semula perjalanan sampailah ke stesen MRT Dr. Sun Yat Sen Memorial Hall. keluar je
platform, sekali lagi tercangak2. Tak tahu arah mana nak tuju. Ke
depan ke ke belakang?
Dalam masa berkira2 tu (masa ni memang
nampak sangat muka pelancong hahahaha) tiba2 datang 2 perempuan dan
diorang tanya kami nak ke mana. Lepas beritahu, diorang terus tunjuk
jalan. Hmm... rupanya kami salah exit. Tak apalah. Bukan jauh sangat
pun.
Apa2 pun kami berterima kasih sangat2
kat mereka yang tolong kami ni. Manalah tahu kan kalau2 diorang
terbaca entry ni hahahahahahah
ni exit sebenar dari stesen MRT Dr. Sun Yat Sen Memorial Hall ke Ice Monster. tapi kami keluar dari exit 2 hahaha...
kena melintas dulu sebelum sampai. jarak dari exit 1 stesen MRT Dr. Sun Yat-Sen Memorial Hall cuma 700 meter je...
yeayyyy dah sampai. bila tengok queue panjang, kami terkedu sekejap... alamak!
yang nak makan kat restoran, boleh order dulu. dah selesai nanti staf akan carikan tempat duduk. nak tapau pun boleh... tapi since kami bukan kejar masa, apa lagi jom lepak kat sini!
Ice Monster ni pernah dapat liputan oleh CNN tau...
antara menu2 di Ice Monster
chocolate sorbet (kiri)
almond sesame sensation (kiri), sweet osmanthus potato sensation
bubble milk tea sensation (kiri), fresh strawberry sensation
fresh mango sensation (kiri), lychee kiwi sensation
lime jasmine tea sensation (kiri), coffee sensation
peanut and milk sensation
mango avalanche (kiri) (available during summer only), strawberry avalanche
mung bean, grass jelly & glutinous avalanche (kiri), taro & red bean milk avalanche with red bean sensation (available from Oct. to March only)
mango sorbet (kiri), strawberry sorbet (both available during summer only)
melon sorbet (kiri), lime orange sorbet
jom kita masuk ke dalam!
kemain panjang lagi sudu dia...
kami duduk kat tingkat bawah... ni pun dah ramai... nampak tak termos dan cawan kertas tu? FOC je. air suam... almaklum laa lepas makan ais krim ni kena laa balas balik dengan air kosong...
memang ramai... nak tunggu menu sampai rasanya lebih 10 minit kot... nina dah nak menangis masa tu hahaha
sampai dah mango avalanche kami... dalam gelas kecil tu mango puree... yang putih tu puding dan yang scoop tu ais krim mangga manakala yang kuning membukit tu, ais perasa mangga...
mango puree dituang atas ais...wallaaaaaa... sedia untuk ngap! kami order semangkuk je. tu pun dah cukup kenyang untuk 2 orang. nampak kecik kan portion dia? tapi sebenarnya sangat banyak... kenyang makan ais je hahaha
okey laa tu je perkongsian untuk hari ni...
thanks 4 reading...
daaaa...
insya allah, semua hadiah untuk top commentator akan anies pos dalam minggu ni... terima kasih kerana sabar menunggu...
31 Words of Lo♥e
alahai..udah macam kat malaysia. Eh..pandai jer nak updates blog thun dpn.. updates la thn dpan..tgk apa jadi blog anies..haha
ReplyDeletejgn pecaya hahahaha
DeletePergh!! Tengok gamabr pun dah boleh bikin terliur.. Best nie kalau dapat..
ReplyDeletesy tgk pun terliur hahaha
DeleteCara penyajina es nya indah dan mantap sekali. Kalau dimakan sendiri, pastinya tidak habis tu. Super gede.
ReplyDeletebetul tu mas. banyak sangat
Deletewihhh enak banget tuh, jadi pingin la tu.. Kapan kapan bise la makan bareng pulak same akuni.. saye di jogja ni wuhehehe ;D
ReplyDeletebuat sendirilah mas hehehe
DeleteHebatnya pengalaman yang sukar dilupakan..tahniah nikmat melancong ya
ReplyDeletebetul tu ;-)
DeleteWuih menu makanannya sedapnya bau.. bikin selera tergoda untuk menyantap. Terima kasih.
ReplyDeletehahaha
Deletesedaaap…. tengok photo ais monster tu.
ReplyDeletenaklah...
ambillah gambar tu hehehe
Deletemenarik. menu pun nampak sedap :)
ReplyDeletetu laa psl ;-)
DeleteMacam bingsu Korea sikit. Agak-agak, mana lagi sedap?
ReplyDeletexpenah mkn bingsu lg ;-)
DeleteIce cream nya bikin super ngilerrrrrr.....
ReplyDeletebetul tu mas
DeleteNampak sedap tu. Tempat pun cantik
ReplyDeletekalaulah ada kt mesia ;-)
Deletetu laa... layanan pun bagus kt sini wpn x fasih BI
ReplyDeleteMmg patut pun beria2 nk pergi lepas tengok status ice cream tu.. mmg terbuka selera tengok hahaa.. nampak menarik dan sedap! :D
ReplyDeletetulah pasal hahaha
DeletePatutlah nama ice monster, saiz pun nampak besar tu..memula ingatkan bentuk aiskrim macam monster, rupanya bentuk bukit :D
ReplyDeletekannn😊
DeleteTiba-tiba jadi craving nak makan benda manis huhuhu
ReplyDeletebelanja sy jg😊
DeleteWow besar la ABC Taiwan tu, teringin nak try
ReplyDeletelai lai😊
Delete☆*✲゚*。(((´♡‿♡`+)))。*゚✲*☆
yea yea...
mekacih korang!
nanti anies BW ya!
mungkin lewat BW..
tapi yang PASTI,
anies tetap akan
TERJAH blog korang!
☆*・゜゚・*\(^O^)/*・゜゚・*☆