...السلام عليكم
Meskipun kita telah memasuki era yang serba-serbi canggih lagi terkini, namun masih ada masyarakat di dunia ini yang belum terbuka fikiran mereka sepenuhnya akibat 'dibelenggu' oleh adat, amalan tradisi kuno dan sebagainya.
salah satu daripadanya adalah 'Chaupadi'.
amalan tradisi ini masih diamalkan oleh sebahagian masyarakat di negara Nepal.
menurut amalan ini, mana2 wanita yang didatangi haid hendaklah mengasingkan diri mereka.
ini bermakna, mereka tidak dibenarkan berada di dalam kediaman mereka sepanjang proses haid berlaku.
mengapa?
mereka percaya, wanita yang didatangi haid ini akan membawa 'sial' (kepada keluarga) dan kediaman mereka akan dimasuki haiwan liar.
di mana mereka akan ditempatkan?
sebuah bilik khas (hut) dibina berdekatan dengan kediaman dan kaum wanita akan 'tinggal' di situ selama haid berlangsung.
jika mereka didatangi haid selama 14 hari, maka 14 harilah mereka akan berada di situ.
pun begitu, mereka tetap diberi makan, mandi dan membuat aktiviti yang lain.
bezanya, mereka tidak diebnarkan berada di dalam kediaman.
pun begitu, masih ada individu / NGO yang menentang amalan ini disebabkan beberapa perkara.
antaranya, kes rogol yang terjadi ke atas wanita yang 'sedang mengamalkan Chaupadi' ini sehingga melahirkan anak.
pun begitu, tentangan ini ibarat 'mencurahkan air ke atas daun keladi' kerana wujud masyarakat / individu yang masih berpegang teguh dengan amalan ini.
p/s alhamdulillah, Islam tidak mendiskriminasi kaum wanita seperti amalan ini. malah mereka yang didatangi haid tetap dipandang mulia di sisi-Nya.
...السلام عليكم
*muntahijau*
>>::<<
Ahad lepas, hari yang ditunggu2 tiba jua.
seawal 5.30am kami dah sampai kat Setia Alam.
lelapkan mata 5 minit pastu terus solat Subuh.
then barulah gerak ke Setia Eco Park.
sebenarnya ni merupakan aktiviti outdoor pertama anies dalam tahun ni.
last year, kali terakhir anies join World Walking Day 2012 kat Putrajaya.
pastu, dah busy dengan kerja, so mana2 aktiviti outdoor terpaksa dilupakan buat seketika.
sebahagian pic masa WWD 2012:
insya-Allah, World Walking Day 2013 akan berlangsung lagi.
venue belum decide lagi.
boleh cari tak, where i am??
jarak pun tak jauh.
cuma 5KM je.
kalau kat Putrajaya tu, dari Istana Kehakiman sampailah ke simpang PICC then berpatah balik.
okey, berbalik kepada Setia Eco Walkathon (SEW) ni.
sama seperti WWD, SEW ni berlangsung saban tahun.
tahun ni, SEW menerima penyertaan sebanyak 3300 penyertaan.
masa ni baru pukul 7 pagi.
jerebu agak tebal.
warm up session.
mmm... biasalah...
aktiviti macam ni, selalunya didominasi oleh non-Malay.
@ starting line.
muka excited!
lautan hijau.
oh ya!
walkathon bermula tepat jam 7.30 pagi.
tengok kat belakang tu!
kelabu asap je...
bukan orang dewasa / muda je yang join.
kanak2 pun ada.
tapi paling respect, pak cik yang dah berumur 70++ pun join sekali.
kiteorang baru masuk 1KM, dia dah U-turn ko!
ko mampu??
Hulk, Superman dan Spiderman yang tersalah landing.
sian...
1st water station.
yang besar gedabak tu mascot Setia Eco.
masa ni tinggal 1KM je lagi sebelum finishing line.
so amik kesempatan untk posing2.
sian yang kena bongkok tu sebab nak beri laluan kepada unpaid model tu.
;-)
walking allows you to deal better with your stress and increase energy.
hah, so kalau dah stress sangat2, jangan dibaling periuk belanga lesung batu giling tu!
gi la jalan2.
ke Bandung ke, Liverpool ke, Disneyland ke...
(ayat2 hint)
;-)
oh, tengok tu!
peserta negara kita semakin manghampiri garisan penamat!
sikit lagi!
sikit lagi!
yeahhh!!
(sambil lompat bintang)
akhirnya beliau berjaya menamatkan walkathon beliau dalam jangkamasa tepat 1 jam!
(ek eleh... pok cik yang umur 70++ tu selamba je dia jalan 20 minit dah tiba finishing line!)
cepat2!
pasangkan lagu Negaraku!
sejarah bakal tercipta!
you're the best!
tahniah kerana berjaya mengharumkan nama sendiri!
bagus tak?
lepas penat berjalan, organizer sediakan nasi untuk sarapan.
weehhh... jangan salah tafsir ye.
tu nasi + lauk pauk organik giteww...
sedap beb!
kenyang sampai ke petang.
goodie bag, massage bip dan medal.
kat message bip tu ada nombor bertuah.
tapi bila wat lucky draw, selalunya memang unlucky.
kesian...
lepas makan, check berat.
bagus tak?
tapi bila tengok slip ni, rasa nak melompat2.
walaupun lemak2 manja tu masih berkampung di sana sini dalam badan ni, tapi bila tengok ideal body weight tu, tetiba rasa membuak2 nak berdiet monyet.
sabaq no... bulan puasa ni kita pulun habis-habisan.
raya nanti, kita boleh posing2 dengan kebaya nyonya!
;-)
...السلام عليكم
Hari ni, genaplah 3 tahun usia blog ni.
how time flies.
daripada suka2 baca blog kakak ipar, akhirnya terjebak juga.
(kak M... bila nak update ni? baby Arissa dah boleh berlari dah ni!)
tak dinafikan, dalam tempoh 3 tahun ni, banyak perkara / benda yang anies peroleh / pelajari daripada planet blogging ni.
ada yang lucu, ada yang sedih, ada sedap (blog masakan), ada yang comel (blog cerita pasal anak2) dan ada juga yang pelik2.
itulah yang istimewanya tentang dunia blogging ni.
apa2 pun, di kesempatan ni anies nak ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH yang tak tertingga kepada anda (termasuk encik dan puan anon) yang sudi membaca, komen termasuklah 'mem'folllow blog ni.
segala kekurangan, tersilap kata (typo juga), anies mohon jutaan kemaafan.
juga nasihat, teguran (juga sindiran), pesanan
mudah2an jika ada perkara baik yang dikongsi di sini, harap dapat dimanfaatkan bersama.
dan mudah2an juga usaha yang tak seberapa ni, akan diberkati-Nya.
terima kasih.
jika tak keberatan, mohon kalian sedekah al-Fatihah untuk arwah.
al-Fatihah...
...السلام عليكم
Man: Usop, aku tengok kau lately... tak macam dulu. dulu kau rajin tolong orang, selalu datang awal, buat kerja pun on time... tapi sekarang... kau macam dah 'kureng' je...
Usop: sebenarnya, aku perhatikan orang kat opis ni... yang datang lambat, yang pemalas dan selalu delay je memanjang... yang tu lah yang akan naik gaji dan naik pangkat... jadi, mulai sekarang, aku pun nak jadi macam diorang!
Man: ???
singa: "ada aku kesah?"
...السلام عليكم
Last weekend, adik-beradik mama anies saja2 buat 'kenduri makan2' (kalau dah kenduri tu, memanglah ada makan2 kan...)
depa pun tak planning apa2.
dan buat kenduri ni pun tak ada tujuan apa2.
masing2 beli apa2 yang patut then masak sama2.
so malam tu, kami makan...
ayam goreng rempah, ikan bawal masak sweet sour, ikan pekasam, sayur campur, acar timun, daging masak asam pedas dan buah rock melon (menu ikut pusingan jam)
p/s tolonglah redha dengan kualiti gambar ya...
bila dah kumpul and makan beramai2 ni, memang seronok tak terkata.
masing2 dok bercerita dari A-Z.
bila penat pot pet pot pet dan perut pun dah penuh, masing2 start amik nombor tunggu giliran untuk berurut pula...
tu la aturcaranya bila berkumpul ramai2.
sekian terima kasih.
...السلام عليكم
Beberapa hari yang lepas, Kiko balik rumah dengan sebelah mata yang membengkak.
lantas dibawa berjumpa veterinar.
kata veterinar, besar kemungkinan mata Kiko ni kena sembur dek bisa ular atau pun air liur katak.
lepas 3 hari, bengkak tu dah surut.
tapi anak mata Kiko still tak nampak.
putih jer...
yang ni lepas bubuh ubat.
agaknya 'lalok' sekejap.
tu yang mengantuk je.
kesian Kiko...
bimbang kalau2 lepas ni Kiko jadi Kasim Selamat.
huwaaaaaaaaaaaaa......
...السلام عليكم
Tak pernah makan kat sini sebenarnya walaupun dah beberapa kali terjah Tesco Ampang.
tapi bila nampak ramai je orang kat dalam restoran ni, kami terus terjah tanpa fikir 20 kali.
almaklumlah, perut tengah berdangdut raggae masa tu...
ABC ni memang terbaek lah!
isinya banyak.
rasanya, tak terlalu manis dan tak terlalu tawar.
RM4.50
jus tembikai (RM3.50), milo ais (RM2.50), limau ais (RM3.50)
seafood apa tah!
lupa...
sedappp...
RM8.90
mi bandung.
pekat kuahnya.
puas hati!
RM6.90.
bihun tom yam.
cukup masam manisnya.
RM8.90.
ovarall...
makanan kat sini ngam dengan tekak anies setakat ni!
walaupun mahal, tapi kerana sedap...
soal harga tu jatuh nombor 2.
well, ada masa nanti nak repeat lagi!
harga makanan tu...
anies main agak2 je...
tapi harganya lebih kurang gitu la...
more info, click here (FB Warung Santai)
p/s esok cuti yahooooooooooooooooooo
...السلام عليكم
Sebut je nama Afdlin Syauki, rasanya ramai yang mengenali beliau sebagai seorang pengarah, pelakon, penyanyi, pelawak, penulis lirik dan juga seorang sukarelawan.
kini, Afdlin melangkah setapak lagi dalam karier beliau iaitu sebagai seorang pengarang dan juga editor.
menerusi syarikat beliau Vision Works, Afdlin tampil dengan komik terbaharu yang diberi nama 'Boboi'.
nama Boboi mungkin diambil sempena kolaborasi beliau bersama Harun Salim Bachik dalam Maharaja Lawak Mega.
jangan terkeliru pulak dengan komik Boboboi ye!
menurut Afdlin ketika anies menghadiri Seminar Hidup Luar Biasa 2013 anjuran Dr. Azizan Osman beberapa hari yang lepas, beliau menghasilkan komik ni kerana berpendapat anak2 sekarang sudah jarang membaca.
mereka lebih banyak membaca menerusi online.
jadi untuk mewujudkan budaya membaca tu, agak sukar lebih2 lagi sekiranya ibu bapa mereka sendiri terdiri daripada golongan yang 'tak suka membaca'.
selain itu, penerbitan komik ni juga bertujuan untuk merangsang semula tabiat membaca, tak kiralah dari golongan kanak2 mahu pun dewasa.
mungkin kita dah familiar dengan majalah humor seperti Gila-Gila, Ujang etc, jadi apa kata kita cuba cari kelainan menerusi komik pertama keluaran syarikat Afdlin ni.
dalam komik ini, kebanyakan idea yang cuba digarab oleh Afdlin diinterpretasi daripada filem2 arahan beliau seperti Papadom, Along Bukit Beruntung dan sebagainya.
manakala kartunis2 yang terlibat pula terdiri daripada kartunis yang telah mencipta nama sebelum ini.
selain komik, turut diselitkankan adalah pelbagai nasihat, movtivasi serta pengajaran2 berguna lagi santai yang boleh diambil sebagai panduan.
harga: RM7.90
tebal: 100 muka surat.
warna: 4 colours
kertas: comic paper
binding: pin binding
FB: Afdlin Syauki
:: entry ni tak ditaja oleh sesiapa pun ;-)
Dok belek2 gambar dalam HD, tetiba nampak ada beberapa keping gambar yang tak sempat di share kat blog terchenta ni.
walaupun ceritanya dah 3 bulan berlalu, tapi anies tetap nak share juga.
pedulik apa kak ton...
okey, berbalik kepada tajuk.
otw balik dari Bandung, kami singgah sekejap kat R&R yang juga dikenali sebagai KM97.
kenapa KM97?
nanti beleklah gambar2 kat bawah ni yek.
R&R kat sini sama je dengan R&R kat highway kita tu.
ada kedai makan, surau / masjid, stesen minyak etc.
anies pasti, kalau yu ols ke sana, pasti pak supir akan bawa yu ols singgah kat sini.
tapi ada 1 perbezaan antara R&R KM97 ni dengan R&R yang ada kat sini.
apa dia?
R&R ni terletak di lereng bukit.
so view kat sini, amat2 cantik dan sejuk mata memandang.
suasananya pun nyaman.
dan tetiba rasa, best nyer kalau dapat berumah bertangga kat sini...
eh, melalut lah pulak!
satu lagi, sempena Isra' Mi'raj yang jatuh pada hari ni, anies up kan sekali gambar masjid Al-Mi'raj yang terseragam indah kat R&R ni.
apa yang menarik tentang masjid ni?
tengok je la yek apa yang anies share ni.
cekidaut!
ada sesuatu yang menarik perhatian anies masa berada kat masjid ni.
apa dia tu?
acu tengok pic ni:
walaupun ceritanya dah 3 bulan berlalu, tapi anies tetap nak share juga.
pedulik apa kak ton...
okey, berbalik kepada tajuk.
otw balik dari Bandung, kami singgah sekejap kat R&R yang juga dikenali sebagai KM97.
kenapa KM97?
nanti beleklah gambar2 kat bawah ni yek.
R&R kat sini sama je dengan R&R kat highway kita tu.
ada kedai makan, surau / masjid, stesen minyak etc.
anies pasti, kalau yu ols ke sana, pasti pak supir akan bawa yu ols singgah kat sini.
tapi ada 1 perbezaan antara R&R KM97 ni dengan R&R yang ada kat sini.
apa dia?
R&R ni terletak di lereng bukit.
so view kat sini, amat2 cantik dan sejuk mata memandang.
suasananya pun nyaman.
dan tetiba rasa, best nyer kalau dapat berumah bertangga kat sini...
eh, melalut lah pulak!
satu lagi, sempena Isra' Mi'raj yang jatuh pada hari ni, anies up kan sekali gambar masjid Al-Mi'raj yang terseragam indah kat R&R ni.
apa yang menarik tentang masjid ni?
tengok je la yek apa yang anies share ni.
cekidaut!
ni la masjid Al-Mi'raj.
masa anies sampai, cuaca memang dah mendung.
tunggu masa nak hujan je.
syukur, bila masuk ke dalam bas, hujan pun turun selebat2nya.
btw, i loooiiiikkkeeee this pic!
masjid, dari jarak dekat.
masjid ni agak besar.
kalau tak silap boleh memuatkan 500 jemaah dalam 1 masa.
view masjid, dari restoran yang kami singgah.
sekali lagi tayang gambar masjid.
tengok dari luar masjid ni macam 2 tingkat.
tapi sebenarnya setingkat je.
apa dia tu?
acu tengok pic ni:
eh, ada orang jual cermin mata ke?
bukan...
habis tu?
etalase = almari / kabinet.
see?
terserlah kejujuran di situ.
err... masjid / surau / musolla kat Malaysia ada tak macam ni?
anies tak pasti.
yang anies tahu, tabung duit yang berantai besi segala bagai pun orang boleh kebas.
apatah lagi cermin mata, jam, etc.
Subhanallah! cantiknyaaaaa...
tu yang rasa nak berumah bertangga kat sini.
sayangnya, kawasan ni dah berpagar.
kalau tak, pasti anies akan turun ke bawah tu.
2 minit pun cukup untuk posing2.
;-)
ada kawasan penempatan kat situ.
yang berkabus tu bukan orang tengah bakar sampah ya.
tapi kabus yang berawan.
err... betul ke ayat ni?
entah apa la yang kami tengok tu...
rileks sekejap lepas solat.
kat Indon ni banyak patung dan replika.
so tak heranlah kat tempat macam ni pun ada.
melayan budak ticit sementara menanti bas.
kat belakang tu, stesen minyak.
saja nak beritahu... ;-)
oh ya!
lupa nak beritahu.
kenapa R&R ni dipanggil KM97?
acu tengok benda yang anies bulatkan tu...
nampak tak?
:: selamat menyambut Isra' dan Mi'raj.
kepada yang bercuti, selamat bercuti.
kepada yang bekerja, jangan ngulor or tido yek!