✿السلام عليكم ورحمة الله وبركاته✿
Bersambung dari SINI.
bila dah puas berjalan, maka tak hairanlah kalau perut start berbunyi. so, kami pun Google laa restoran halal yang ada kat kawasan berdekatan. dalam keadaan cuaca sejuk tu, kami sebenarnya malas nak jalan jauh-jauh.
cari punya cari akhirnya kami sepakat untuk makan kat sini. masa kami sampai, ada rasa cuak jugalah sebab terlalu ramai pelanggan. kami bimbang akan dapat order lambat je. dah laa tengah lapar kan...
sebaik melangkah masuk kami terus beritahu staf nak makan kat situ untuk empat orang. tanpa berlengah dia pun tunjukkan meja kosong yang baru sahaja ditinggalkan pelanggan lain.
usai bersihkan meja kami, dia hulurkan buku menu dan katanya, once dah confirm nanti panggil dia semula.
kami pun pilihlah menu yang berkenan. kalau tengok harga, semuanya tak berkenan 😂 (harga dalam Leke).
suasana depan restoran. ramai juga yang makan kat luar. diorang okey laa makan kat luar. tahan sejuk. kami ni, mananyaa... kena angin sejuk dah gigil... oh ya! nampak tak signage halal kat situ? so.kalau korang ke Tiranë nanti boleh cari restoran ni ya!
menu dan suasana di dalam restoran...
dah lupa daa apa nama makanan ni. kami pilih menu set. ni pun tak habis makan sebab portion nya agak besar. kami bawa balik dan jadikan bekal untuk perjalanan kami yang seterusnya... semuanya sedap sebab kami bawa sos sendiri😂
short video...
well tu je laa cerita jalan-jalan untuk bari ni.
thanks for reading
daa
p/s hoiiii blogspot kenapa kau buat hal lagiiiiiii????😡😡😡

.jpg)







Albania
Belgium
Brunei Darussalam
Cambodia
China
Deutschland
Egypt
England
France
Greece
Hong Kong
Indonesia
Japan
Laos
Macau
Malaysia
Netherlands
Saudi Arabia
Singapore
Switzerland
Taiwan
Thailand
Türkiye
Turkmenistan
Vietnam